Cuphead - Game Paling Susah Abad Ini



Terseksa, jiwa merana, emosi tak stabil, nampak kucing pun rasa nak sepak. Begitulah emosi dan betapa mentalnya aku untuk bermain game Cuphead ini. Terasa kejantanan aku dicabar, malah dianjing - anjingkan kerana aku rebah setiap kali diuji.

Begitulah rungutan aku ketika bermain Cuphead. Pada mulanya cuma nak try saja main game ni, tapi bila try rasa tak puas hati sebab asyik kalah saja. Makanya, membawa kepada 3 jam lamanya aku duduk sambil mulut terkumat kamit memaki hamun game nih. Hahaha

Sebelum aku terus mental, rasanya korang tengok je la aku main. Jangan lupa subscribe channel aku yeeee..

You May Also Like

0 Comments