• UTAMA
  • MENGENAI KAMI
  • HUBUNGI KAMI
  • PENAFIAN
  • ISI KANDUNGAN
Powered by Blogger.

KATEGORI ARTIKEL

  • Berita 120
  • Blogging 2
  • Filem 7
  • Gadjet 5
  • Gaming 6
  • Gossip 163
  • Kisah 84
  • Lawak 81
  • Video 20
  • WTF 18

Hairan Blog merupakan sebuah blog yang menyediakan artikel yang meliputi pelbagai jenis Informasi, Berita Semasa, Gosip Artis Malaysia, Dunia Teknologi, Panduan SEO dan Blogging.

Ditubuhkan pada tahun 2012 dan berharap pembaca masih setia dan sudi membaca blog ini. Segala kudrat dan usaha penulis pasti berbaloi dengan sokongan dari anda. TQ

BLOG LAIN YANG HAIRAN

  • BeautifulNara
  • Aksiz
  • Buasir Otak
  • Zaza Iman
  • HASRULHASSAN.COM
  • Encik Hairan - Benda Boleh Settle!
  • Oh! Media

SILA TEKAN LIKE

  • MENGENAI KAMI
  • HUBUNGI KAMI
  • PENAFIAN
  • ISI KANDUNGAN
Hairan Blog
  • Home-icon
  • UTAMA
  • _BERITA
  • _GOSIP
  • _GAMING
  • _TEKNOLOGI
  • _GAYA HIDUP
  • _VIDEO
  • BERITA
  • ARTIS
  • PANDUAN
  • _PEDOMAN
  • _TRAVEL
  • _BLOGGING
  • _SEO
  • _KEWANGAN
  • WOW!
  • FAKTA
  • KISAH MENARIK

Menu Footer Widget

  • KE BLOG ENCIK HAIRAN
  • KE GOSIP HAIRAN
youtube facebook instagram twitter

Hairan Blog

Fuh lega!

Pengecualian Potongan Pinjaman Perumahan Bagi Pengiraan Pendapatan Bersih Penjawat Awam

Penjawat Awam kini boleh menarik nafas lega apabila potongan pinjaman perumahan dikecualikan dari pengiraan potongan gaji 60% dalam slip gaji.

Melalui surat yang dikeluarkan pejabat Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam , Tan Sri Zainal Rahim Seman memaklumkan, potongan pinjaman perumahan adalah dikecualikan daripada pengiraan potongan gaji 60% dalam slip gaji pegawai.

"Ini bermakna, pegawai layak memohon pinjaman perumah walaupun pengiraan potongan pinjaman perumahan menyebabkan pendapatan bersih (take home pay) kurang daripada 40%." kata kenyataan yang dikeluarkan semalam.

Kami difahamkan, perlaksanaan pengecualian itu dibuat selepas disarankan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa dalam mesyuarat Jawatan Kuasa Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) yang menyarankan pengecualian itu diberikan kepada penjawat awam.

Pengecualian itu dibuat bagi memastikan penjawat awam dapat memiliki rumah yang dianggap sebagai keperluan asas hidup.

Pengecualian Potongan Pinjaman Perumahan Bagi Pengiraan Pendapatan Bersih Penjawat Awam

Pengecualian Potongan Pinjaman Perumahan Bagi Pengiraan Pendapatan Bersih Penjawat Awam

Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Merecikkkkkkk!

Perodua MYVI 2018 - Harga dan Spesifikasi

Secara rasminya Perodua mengumumkan pengenalan Myvi serba baru akan dibuka untuk tempahan. Lebih menarik, kami difahamkan harganya bermula dari RM44,300, tidak termasuk insurans. Ia akan menggantikan model Myvi sedia ada dalam pasaran, yang baru-baru ini diumumkan sudah mencapai produksi satu juta unit.

Perodua menyifatkan model Myvi generasi ketiga ini akan menampilkan rekaan yang lebih “muda” dan bergaya, dengan keselesaan dan keluasan yang tetap menjadi keutamaan bagi memastikannya kekal praktikal untuk ramai orang.

Perodua MYVI 2018 - Harga dan Spesifikasi

Dan, satu lagi aspek yang turut menjadi kebanggaan warga Perodua seperti yang dinyatakan oleh Presiden dan CEO Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh; “Myvi serba baru ini menjadi model Perodua pertama yang mana rekaan luarannya (upper body) dilakukan oleh Perodua sendiri tanpa input dari orang luar.”

Rekaan terbaru ini juga disifatkan lebih panjang, lebih rendah serta lebih lebar berbanding Myvi sebelum ini. Sebagai contoh, tandem distance ruang kabinnya ialah 973 mm, dengan konfigurasi 8+1 bagi tempat duduk.

Ada dua pilihan enjin yang ditawarkan; 1.3L dan 1.5L baru yang cekap tenaga (EEV), lengkap dengan ciri Dual VVT-i yang dipadankan dengan sistem transmisi lima-kelajuan manual atau automatik empat-kelajuan E-AT bagi semua varian. Walaupun maklumat terperinci bagi enjinnya belum didedahkan, kami menjangkakan ia akan mewarisi enjin 1.3 dari Perodua Bezza manakala enjin 1.5L pula dari Toyota Avanza, tentunya dengan penambah baikan yang khusus untuk model baru ini.

Lima varian ditawarkan semuanya – 1.3 Standard G (MT), 1.3 Standard G (AT), 1.3 Premium X (AT), 1.5 High (AT) dan 1.5 Advance (AT). Ditawarkan pertama kali untuk Myvi ialah ciri Eco Idle bagi tiga varian paling tinggi – di mana enjin akan mati dan hidup semula jika brek dilepaskan (dalam keadaan statik)

Perodua MYVI 2018 - Harga dan Spesifikasi

Turut menjadi kelebihan bagi model ini; ia menjadi model pertama dalam kelasnya yang diperkenalkan untuk pasaran Malaysia yang dilengkapi dengan ciri keselamatan termaju. Sebagai contoh, varian tertinggi 1.5 Advance akan dilengkapi dengan Advance Safety Assist (ASA) – yang turut merangkumi ciri-ciri seperti Pre-Collision Warning, Pre-Collision Braking, Front Departure Alert dan Pedal Misoperation Control. Sistem ini berfungsi melalui sebuah kamera yang terletak di belakang bahagian cermin pandang belakang.

Bukan itu saja, semua varian Myvi 2018 serba baru ini akan dilengkapi dengan ciri ABS dengan EBD serta Vehicle Stability Control (VSC) sebagai ciri standard. Selain itu, semua varian 1.5L akan dilengkapi dengan enam beg udara, sementara varian 1.3L dengan empat beg udara. Perodua mensasarkan untuk memperoleh ASEAN NCAP lima bintang.

Kelengkapan lain yang disertakan ialah lampu utama LED dengan fungsi Follow-Me-Home serta boleh laras, sistem tanpa kunci dengan butang Push Start, nisbah lipatan kerusi belakang 60:40 dan sensor undur. Varian 1.3L akan hadir dengan rim 14 inci, manakala varian 1.5L dengan rim 15 inci.

Enam pilihan warna akan ditawarkan kepada pelanggan – Ivory White, Glittering Silver, Mystical Purple, Lava Red, Peppermint Green (warna baru untuk varian 1.3L) dan Granite Grey (warna baru untuk varian 1.5L).

Harga setiap varian pula adalah seperti berikut; 1.3 Standard G (MT) – RM44,300, 1.3 Standard G (AT) – RM46,300, 1.3 Premium X (AT) – RM48,300, 1.5 High (AT) – RM51,800 dan 1.5 Advance (AT) – RM55,300. Semua harga tidak termasuk insurans.


sumber : paultan
Share
Tweet
Pin
Share
1 Comments
Macam mana negara lain lagi murah??

Harga IPhone X Jauh Lebih Murah Di Negara Luar?

Setiap kali pelancaran model baru Apple iPhone di Amerika Syarikat, pastinya terdapat individu yang hadir dari negara lain untuk menjadi yang terawal untuk mendapatkannya. Kenapa? sebab perbezaan harga yang ditawarkan di setiap negara adalah berbeza dimana para pembeli ini mampu menjual semula pada harga yang lebih mahal. Bijak tak?!

Memandangkan harga Apple iPhone X mula diumumkan pada harga $999 (~RM4,182.31) dimana Amerika Syarikat menjadi negara penawaran terendah, pastinya anda boleh menjangkakan negara lain menawarkannya dengan harga yang sedikit tinggi. Berikut merupakan senarai yang dikeluarkan BusinessInsider sebagai perbandingan harga Apple iPhone X yang dijual di beberapa negara lain.

Harga IPhone X Jauh Lebih Murah Di Negara Luar?

Berdasarkan senarai yang dikeluarkan kami dapati Business Insider tidak meletakkan Malaysia di dalam senarai negara terendah dimana pengguna berpeluang mendapatkannya bermula 24 November ini dengan harga RM5,149 atau $1,229.91 sebagai perbandingan.

Buat anda yang mahu  mendapatkannya denga harga yang lebih rendah, membeli Apple iPhone X di Amerika Syarikat, Jepun, Kanada, UAE dan Hong Kong antara pilihan yang tersedia.

Harga IPhone X Jauh Lebih Murah Di Negara Luar?

Jadi, pastikan anda mendapatkan unlocked set yang ditawarkan pada Apple Store luar negara untuk memastikan anda dapat menggunanya dengan mudah apabila berada di Malaysia.

SUMBER : BUSINESSINSIDER
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Dengar pelik kan? Apa kaitan tuna dengan photobomb? Jom kita baca kupasan lanjut dari seorang rakan di FB.

Kenapa Tunafoto Adalah Perkataan Terjemaah Bagi Photobomb?

Sejak perkataan tunafoto mula dihebahkan sebagai 'photobomb' dalam versi bahasa Malaysia, ramai dalam kalangan orang Malaysia mempersoalkan pakar bahasa di Dewan Bahasa dan Pustaka yang tidak pasal-pasal mengguna nama ikan dan foto sebagai terjemaah bagi 'photobomb'.

Tak kurang juga ada dalam kalangan rakyat yang mempersendakan sehingga ada yang meletakkan gambar ikan tuna di dalam foto mereka.

Seorang pencinta bahasa, Ayman Rashdan Wong, merasa kesal dengan tindakan beberapa pihak yang tidak berapa arif dalam penggunaan bahasa tapi terus mengkritik dan mempersenda usaha Dewan Bahasa dan Pustaka tanpa usul periksa dahulu.

Menulis dalam bahasa Inggeris, Ayman berkata:

"Normal bagi orang ramai untuk gelakkan perkataan 'tunafoto'. Saya sendiri pun tak dapat tahan dari tergelak sedikit tentangnya. Ada juga orang lain yang lebih selesa menggunakan 'photobomb' dari tunafoto, saya tak kisah dengan perkara itu, " tulis Ayman.

"Tetapi tidak baik untuk mempersendakan dan merendah-rendahkan usaha DBP (Dewan Bahasa dan Pustaka) untuk mempromosi bahasa kebangssan. (Jadi), anda mesti seorang yang pakar dalam bahasa Melayu dan seorang yang linguistik kerana begitu yakin mempersendakan DBP.

"'Mendapat A untuk bahasa Melayu dalam SPM tidak cukup untuk anda (membenarkan) bercakap seperti seorang pro. Anda mesti berpengalaman dalam kesusasteraan Melayu klasik seperti Sulalatus Salatin, Tuhfat al-Nafis atau syair Hamzah Fansuri supaya anda boleh mencabar pakar linguistik di DBP.

"Seorang pakar dalam bahasa Melayu dan linguistik tidak akan gagal untuk menyedari penggunaan perkataan "tuna" dalam teks-teks Melayu klasik, seperti yang ada dalam "Sejarah Tuanku Batu Badan":

"Inilah cap Pagaruyung disalin kepada tempat ini sebab sudah tuna tempatnya jadi disalin kepada kitab ini adanya."

Menurut Ayman lagi, "Tuna" adalah satu contoh perkataan imbuhan hadapan dalam bahasa Melayu bagi mengekspressikan sesuatu benda yang tidak sempurna atau tidak cukup. Seperti contoh, "tunabudi" yang bermaksud seseorang yang kurang budi pekertinya dan "tunasusila" yang bermaksud kurang bermoral.

Contoh lain bagi imbuhan hadapan dalam bahasa Melayu termasuklah "tata-", "maha-", "pra-", "pasca-" dan lain-lain, jelas Ayman.

Jadi sekarang, jelas ada sebab mengapa perkataan tuna itu digunakan. Bagi yang mempersendakan DBP, sepertinya anda silap dan siapa yang malu sekarang?

Sumber: FB Ayman
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
IKEA!!


Kami terpegun melihat rekaan dalaman dari Muhammad Arif Arif yang dikongsi oleh fanpage tips hias rumah sehingga mendapat lebih 6 ribu perkongsian di facebook. Siapa sangka ruang rumah yang kecil juga boleh nampah mewah dengan menggunakan bahan dekorasi dan perabot IKEA.

Yang sebenarnya, penggunaan lampu juga memainkan peranan untuk membuatkan suasana nampak mewah seperti di dalam hotel. Mungkin anda juga boleh serba sedikit memulakan dekorasi di rumah anda bermula dengan ruang tamu. Cubalah!










HairanBlog - Apa macam? Stail kan?
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Kassim Ahmad, Aktivis Kontroversi Meninggal Dunia

Kami difahamkan tokoh kontroversi Kassim Ahmad, 84, yang juga bekas aktivis politik dilaporkan meninggal dunia pada pukul 10 pagi tadi di Hospital Kulim, Kedah akibat radang paru-paru selepas dilaporkan koma semalam.

Menurut anak bongsu Allahyarham, Ahmad Shauqi Kassim, bapanya menerima rawatan di Hospital Kulim sejak 16 September lalu.

"Ayah ada minta untuk keluar hospital kelmarin tapi keadaan kesihatannya tidak mengizinkan.

"Kesihatan ayah memang semakin merosot sejak akhir-akhir ini, namun kami sekeluarga reda dengan pemergiannya," katanya lagi.

Jasad Kassim dijangka disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kulim pada petang ini.

Kassim terkenal dengan karya “Hadis: Satu Penilaian Semula”, sebuah kajian ke atas kewibawaan hadis sebagai sumber Islam, yang diharamkan kerajaan pada 1986.

Media melaporkan karyanya diharamkan beberapa bulan selepas diterbitkan manakala pihak berkuasa agama berpendapat penulisan tu mengandungi ajaran dan fahaman yang bertentangan dengan akidah dan syariat Islam

Dia juga pernah ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selama lima tahun.
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Untung la Bangsa Johor!

Gedung IKEA Tebrau, Johor Bahru secara rasminya telah diumumkan akan mula beroperasi pada 16 November 2017. Menurut Pengarah Peruncitan IKEA Asia Tenggara Mike King, gedung IKEA di Tebrau ini merupakan gedung IKEA yang pertama di buka di Selatan Semenanjung Malaysia dan merupakan gedung IKEA yang terbesar di Asia Tenggara.
IKEA Tebrau, Johor Bakal Beroperasi 16 November Ini

IKEA Tebrau merangkumi kawasan seluas 46,713 meter persegi dan memiliki semua ciri yang ada seperti gedung IKEA lain termasuk 54 bilik pameran bagi kelengkapan rumah. Selain itu, terdapat lebih daripada 8,000 hiasan rumah rekaan Sweaden ditawarkan pada harga yang berpatutan.

Lebih menarik, gedung IKEA Tebrau ini mampu memuatkan sehingga 750 pelanggan dalam satu-satu masa dan tersedia dengan lebih daripada 1,700 parkir serta stesen mengecas kereta elektrik. Kepada pelanggan yang ingin datang ke sini, IKEA Tebrau boleh diakses menerusi Lebuhraya Pasir Gudang dan Lebuhraya Senai-Desaru.
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Macam haram!

Hahaha. Bagi korang yang memang kipas-susah-mati anime, pastinya tahu setiap anime ada opening scene dimana dalam opening tersebut dipaparkan sepintas lalu sedutan - sedutan menarik dalam anime tersebut. Jadi, bolehkah korang terbayang jika kartun Spongebob Squarepants menjadi anime?

Nah sila tonton opening terbaru Spongebob Squarepants versi anime. Memang cool!



Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Subscribe saya!

Ok tuan - tuan dan puan - puan. Kali ini Encik Hairan bermain Part 2 | Uncharted 4. Memang mencabar dan sungguh mendebarkan. Tapi yang paling Encik Hairan tak suka ialah teka - teki. Jemm betui! Haha, ditambah pula Nathan (watak utama) asyik duk memanjat saja dah rasa macam kera la pulak. Anyway, jom layan Uncharted 4 - Part 2.

Pastikan korang subscribe, like dan komen di channel Encik Hairan ya! Thanks!



tag: encik hairan, game, gamers, youtubers, malay youtube channel, malay gaming channel, malaysian gamers, youtube gaming channel, gaming, uncharted 4, a theif's end
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Uncharted 4 terbaik!

Post kali ini Encik Hairan nak kongsikan betapa powernya Encik Hairan main game Uncharted 4. Nampak macam amatur tapi gerak langkah dalam game yang Encik Hairan main nampak sangat padu dan tertib. Kalau tak percaya jom tengok part 1 Uncharted 4 dibawah.


Korang jangan lupa untuk SUBSCRIBE channel Encik Hairan ya. Like dan komen sekali ye. Terima Kasih.

Tercari - cari youtube channel Encik Hairan? Klik link ini ---> Encik Hairan

tag: uncharted 4, gaming channel, encik hairan youtuber, ps4, gaming malaysia, youtuber malaysia, game uncharted.
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Assalamualaikum semua!

Posting kali ini Saya ingin memaklumkan bahawa Saya telah create satu Youtube Channel atas nama Encik Hairan yang berkisar tentang permainan video games. Saya akan bermain game dan kongsikan pengalaman bersama korang semua.

Walaupun bukan expert sangat main game tapi saya cuba #abangcuba. Jadi menjadi tanggungjawap korang semua untuk subscribe, like dan komen video - video yang akan saya post di Channel Encik Hairan.

Buat masa ini, nikmatilah trailer Youtube Channel saya yang ala carte. Adios!


tags : encik hairan, gameplay malay, gaming channel, malay gaming channel, trailer, trailer youtube channel, trailer youtube channel encik hairan, youtube, youtube channel, youtubers, 
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments

Status ibu tunggal yang menjadi tular di media sosial.


Di Kuala Krai,  Seorang ibu tunggal tidak menyangka status yang dimuat naik di laman sosial petang Selasa lalu, menjadi tular sehingga mengganggunya.

Mira, 32, (bukan nama sebenar) berkata, status berkenaan dimuat naik semata-mata untuk menghilangkan rasa geram dan kecewa dengan sikap individu tertentu sahaja.

Menurutnya, statusnya itu adalah hal peribadi dan tidak perlu dijelaskan secara terperinci kepada pengetahuan umum.


"Saya muat naik status ini pada jam 5 petang dan selepas itu saya mula terima mesej secara berterusan.

"Tapi pada jam 6 petang saya padam status ini kerana bosan menerima mesej tanpa henti. Malah disebabkan itu juga, telefon saya 'hang'," katanya.

Ibu kepada dua anak berusia 5 dan 12 tahun ini juga berkata, kebanyakan mesej dihantar kepadanya daripada lelaki yang mengajaknya berkahwin.


Menurutnya, dia bukan terdesak untuk berkahwin tetapi mahu menunjukkan status tersebut kepada individu berkenaan.

“Saya cuma berharap dia baca dan faham, itu sahaja. Tak sangka lain pula jadinya. Saya juga tak sangka ramai orang kongsi status saya,” katanya.

Dia percaya, status tersebut dikongsi di pelbagai kumpulan media sosial sehingga menyebabkannya tular hingga kini.

Susulan status itu juga katanya, ramai kawan-kawannya yang hubunginya kerana terkejut membaca status tersebut.

“Kebanyakan kawan-kawan faham situasi saya sekarang. Walaupun kecewa dengan apa terjadi, tapi saya bersyukur mereka berikan kata-kata semangat.

“Saya harap selepas ini orang ramai tak lagi hantar mesej ajak saya berkahwin,” katanya.

Tambahnya, bagi individu yang tidak mengetahui perkara sebenar mungkin menganggap dia terdesak untuk berkahwin berdasarkan status berkenaan.

Katanya, status itu tidak menggambarkan kehendaknya sekarang dan hanya yang benar-benar mengetahui situasi sebenar memahami dirinya.


Sumber: Sinar Harian

tags: status nak kahwin, janda. facebook, status facebook tular
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Tahniah! Stacy selamat bersalin anak perempuan


PASANGAN selebriti Akim Ahmad dan juga Stacy telah selamat menyambut kelahiran cahaya mata pertama pada petang tadi (17 Februari) jam 5.17 petang.

Berita gembira tersebut telah dikongsikan oleh Akim di laman Instagram.

“17.02.17 jam 17.17 di petang Jumaat, penghulu segala hari, isteri saya telah selamat melahirkan putri kami.

“Syukur, semuanya baik-baik sahaja. Terima kasih diatas doa anda semua,” tulis Akim sambil menunjukkan foto kaki bayi yang comel itu.

Gambar yang mendapat ‘likes’ hampir 27 ribu ketika artikel ini ditulis, pada masa sama juga dua ribu pengikut dan pengguna laman sosial tersebut tidak ketinggalan melahirkan ucapan tahniah dan doa kepada pasangan Akim dan Stacy.

Antara rakan artis yang turut memberikan komen ialah Datuk Red, Alif Satar, Hafiz Suip, Hyperact dan ramai lagi.


Sumber: Sinar Harian

tags: stacy, akim, stacy lahir anak perempuan, potret, obses, mewangi
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Sejurus selepas dia dilahirkan, pihak hospital terperanjat kerana mendapati dia memiliki dua alat sulit. Bagaimana takdir Allah itu harus ditangani?


BIAR apa jua gelaran diberi seperti pondan diva, Ratu Mak Nyah dan sebagainya; Nur Sajat tetap utuh berdiri melebarkan sayap perniagaannya. Tidak mudah melatah, dia optimis hanya berpegang kepada pendirian positif; ia bisa mengubah segalanya. Sering kali diasak mengenai status dirinya dahulu, kini pemikirannya jauh berbeza.



Perkenalkan diri Sajat kepada pembaca InTrend?

Saya berasal dari Sitiawan, Perak. Bapa saya dahulunya adalah pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia tetapi sudah bersara awal. Emak saya pula pernah bekerja sebagai pembantu makmal di sekolah, juga kini telah bersara. Saya adalah anak keempat daripada tujuh adik-beradik. Keluarga saya biasa sahaja, sederhana semuanya. Bapa saya bersara awal dan kemudiannya berniaga kain di pasar malam sekitar Manjung, Lumut dan Sitiawan untuk menampung perbelanjaan kami sekeluarga.

Bagaimana NUR SAJAT dilahirkan Sebagai KHUNSA - Ikuti Temubual Nur Sajat Bersama Majalah InTrend

Sejak bila dan bagaimana Sajat menyedari dilahirkan sebagai khunsa?

Tanggal 23 Februari 1985 di Hospital Lumut, tarikh keramat inilah yang telah membongkarkan segalanya. Pada peringkat awalnya, ia dianggap sebagai rahsia keluarga saya. Untungnya dahulu, pegawai tentera mempunyai kelebihan dalam mencuba kelengkapan atau peralatan perubatan yang dianggap canggih. Umpamanya mereka diberi peluang untuk mencuba terlebih dahulu berbanding orang awam.

Dan ketika awal kehamilan emak saya, hasil ujian imbasan kandungan bayi mendapati jantina saya adalah perempuan. Malah nama asal saya adalah Nur Sajadiah binti Kamarulzaman. Selepas dilahirkan, Menurut emak dan ayah; baik mereka juga pihak hospital terkejut melihat saya kerana mempunyai dua alat sulit. Mungkin pandangan serta nalurinya berpendapat saya lebih cenderung ke arah lelaki, maka saya dibesarkan sebagai anak lelaki.

Nama saya juga ditukar kepada nama lelaki serta cara saya dibentuk juga berubah. Yalah, ayah seorang yang tegas. Maka segala keputusan terletak di tangannya. Namun demikian, emak dan ayah mula melihat perubahan pada diri saya ketika saya berumur dalam lingkungan enam tahun (tadika). Menurut emak, ketika kecil saya lebih menggemari permainan kanak-kanak perempuan seperti bermain anak patung dan bukannya bermain alat permainan yang sinonim dengan kanak-kanak lelaki.

Memandangkan saya masih kecil, maka saya tidak tahu- menahu jauh sekali memikirkan apa yang akan saya tempuhi dalam jangka masa panjang. Dalam sijil kelahiran juga tertera nama saya lelaki dan selepas apa yang berlaku, ayah mahu menukar semula nama saya kepada nama perempuan. Dan pihak berwajib memerlukan dokumen-dokumen lain sebagai sumber rujukan.

Namun malangnya, ditakdirkan rumah kami di Taman Sri Lekir terlibat dalam satu kebakaran yang mengakibatkan pelbagai kemusnahan harta-benda termasuk dokumen-dokumen penting, segala butiran dan kerja ayah sebelum ini hangus dijilat api. Peristiwa itu berlaku sekitar 1989 atau awal 1990. Rentetan itu kami menghadapi pelbagai kesukaran untuk meneruskan hidup ketika itu.

Maklum sahajalah, ketika zaman itu kita tidak mempunyai kesedaran dan pengetahuan untuk melakukan back-up dalam urusan dokumentasi dan lain- lain. Malah ketika dahulu juga istilah perlindungan insurans masih tidak meluas seperti zaman sekarang. Justeru, segala kemusnahan dan kerosakan dokumen gagal diperoleh semula.

Bagaimana Sajat menyedari atau mula menyukai semua yang menjurus ke arah kewanitaan?


Pada saya ia berlaku secara semula jadi tanpa saya menyedarinya. Saya tidak ingat bagaimana atau apakah perkara yang mencetuskannya. Tetapi ketika berumur enam tahun, saya lebih suka bermain anak patung. Tiada langsung ciri-ciri ke arah lelaki. Malah adik- beradik saya (kakak sulung dan dua abang) maklum mengenai apa yang berlaku pada saya yakni mempunyai dua kemaluan. Mereka melihat sendiri perkara dan segala peristiwa yang berlaku.


Bagaimana NUR SAJAT dilahirkan Sebagai KHUNSA - Ikuti Temubual Nur Sajat Bersama Majalah InTrend\


Reaksi masyarakat terutamanya jiran sekeliling berhubung isu ini?


Emak dan ayah kadangkala cuba menyembunyikan soal ini daripada pengetahuan jiran sekeliling. Namun mulut orang, mana mungkin kita bisa mendiamkan mereka. Jika mulut tempayan masih boleh ditutup, tetapi mulut manusia? Malah emak dan ayah juga menanggung malu kerana minda masyarakat ketika itu tidak memahami isu ini. Jiran-jiran keliling juga tidak henti- henti mencemuh.

Selalu bertanyakan mengenai saya, “Eh... anak kamu itu macam mana?” Kata mereka, saya ini anak yang cacat. Maklum sajalah, isu ini tidak pernah timbul dalam kalangan masyarakat jauh sekali didedahkan oleh mana-mana media ketika zaman itu. Justeru, masyarakat tidak terbuka dalam soal ini. Selepas saya dilahirkan, kebetulan ayah menerima arahan untuk ditukarkan ke Sarawak.

Ayah membuat rayuan untuk menangguhkan pertukaran tetapi dek kerana memikirkan kecaman yang perlu dihadapi, bimbang mengenai keadaan emak saya yang perlu menjaga empat orang anak yang masih kecil; maka ayah memilih untuk bersara awal dan kami berpindah dari kawasan pangkalan tentera laut. Itulah pengorbanan besar ayah. Biarpun berpangkat tetapi soal maruah dan kepentingan keluarga mendahului segalanya.


Bagaimana NUR SAJAT dilahirkan Sebagai KHUNSA - Ikuti Temubual Nur Sajat Bersama Majalah InTrend

Bagaimana penerimaan keluarga terhadap pendirian Sajat yang memilih untuk tampil dengan imej seperti kini?


Saya tidak mempunyai masalah daripada segi sokongan keluarga kerana mereka memahami keadaan dan tahu segala butir cerita mengenai kisah kelahiran saya. Cuma pada mulanya saya tidak menafikan ada masanya saya melalui tempoh sukar apabila berhadapan dengan ayah. Tetapi lama-kelamaan ayah boleh menerima semuanya.

Pada saya penerimaan kedua-dua ibu bapa, ahli keluarga dan keluarga terdekat lebih penting. Kerana merekalah yang menjadi tulang belakang kepada apa yang saya lakukan hari ini. Apatah lagi apabila mendengarkan kata-kata emak, “Mak hari-hari doakan anak-anak Mak supaya Allah ampunkan dosa-dosa anak- anak Mak.”

Dan kepada saya itu sudah memadai untuk memberi kekuatan pada saya bagi mengharungi setiap apa yang menanti di hadapan saya kelak. Kalau orang lain tidak boleh menerima atau mengatakan saya cacat atau apa jua panggilan sekalipun saya tidak ambil pusing. Kerana pada hemat saya, jika ibu bapa boleh menerima diri kita seadanya, takkanlah pula diri sendiri tidak boleh menerima ketentuan takdir bukan?

Bagaimana NUR SAJAT dilahirkan Sebagai KHUNSA - Ikuti Temubual Nur Sajat Bersama Majalah InTrend

Jiwa memberontak apabila disogok dengan kerja-kerja yang lebih kasar dan bersifat maskulin?


Tidak terlalu ketara kerana pada mulanya saya banyak bertanya dengan emak dan ayah mengapa saya dilahirkan seperti ini. Saya mempertikaikan mengapa tidak diletakkan sahaja nama saya sebagai kanak-kanak perempuan dan seumpama dengannya. Tetapi lama-kelamaan selepas diterangkan satu persatu, barulah saya faham.

Tiada gunanya menyalahkan kedua-dua ibu bapa kerana mereka sendiri tidak tahu bagaimana perlu menanganinya. Ia berlaku di luar kawalan mereka. Keluarga terdekat dan ahli keluarga saya semuanya maklum mengenai isu ini.

Malah kata ayah kepada adik-beradik saya yang lain, “Kalau apa- apa, tengokkan Sajat.” Mungkin kerana mereka maklum mengenai isu ini maka perhatian itu kadangkala lebih tertumpu kepada saya. Mereka tidak pernah berhenti menyokong dan memberi kata semangat untuk saya bertahan hingga kini.

Bagaimana NUR SAJAT dilahirkan Sebagai KHUNSA - Ikuti Temubual Nur Sajat Bersama Majalah InTrend

Sukar menerima hakikat ini?


Saya tidak boleh menyalahkan sesiapa. Semuanya sudah tertulis dalam qada’ dan qadar saya. Semua orang berbeza perjalanan hidupnya. Saya suka melihat contoh dan menjadikan Dato’ Siti Nurhaliza sebagai sumber kekuatan dalam soal ujian hidup.

Lihat saja padanya, biarpun dia memiliki segalanya namun Allah masih menguji kekuatan dirinya dalam soal zuriat. Ini sudah cukup membuktikan, bahawa biarpun kita dilahirkan sempurna serba- serbi (tiada kecacatan anggota) namun masih belum lengkap dan jauh daripada kesempurnaan hidup kita.

Bagaimana menempuhi dugaan ini ketika zaman kecil, sekolah dan seterusnya apabila meningkat dewasa?


Ketika masih kecil, saya tidak tahu apa jua kesan dan permasalahan yang akan timbul. Sementelah masih kecil, maka hanya fikirkan keseronokan sahaja. Bermain dan bermain tanpa memikirkan masa depan atau apa yang akan terjadi. Tambahan pula saya tidak banyak bersosial atau bergaul dengan rakan- rakan seusia.

Memandangkan keluarga kami besar, tujuh orang kesemuanya maka pergaulan saya hanya dengan adik-beradik sahaja. Misalnya jika ada rakan sekolah yang mengejek, saya akan maklumkan kepada dua orang abang saya. Mereka yang selalu back up dari belakang. Ketika mahu melangkah ke sekolah menengah barulah saya rasakan ada sesuatu yang tidak kena.

Berkata pada diri, “Eh, macam pelik aje aku ni.” Emak dan ayah yang banyak memujuk dan menerangkan duduk sebenar perihal ini. Kata emak, sewaktu mengandungkan saya wajahnya jauh lebih berseri dan nampak lain berbanding ketika mengandungkan adik-beradik yang lain. Pada saya itulah kelebihan yang mungkin Allah mahu tunjukkan sesuatu. Apa sebab di sebaliknya, saya sendiri tidak pasti dan mempunyai jawapan kukuh mengenainya.




Bagaimana NUR SAJAT dilahirkan Sebagai KHUNSA - Ikuti Temubual Nur Sajat Bersama Majalah InTrend


Sering menerima cemuhan, dijadikan bahan ejekan, dikutuk; apa yang Sajat boleh katakan?


Hanya sejak kebelakangan ini saya sering menjadi sasaran atau bahan ejekan, cemuhan dan kecaman. Pada saya, tiada gunanya jika mahu memikirkan soal ini dengan mendalam. Lihat saja selebriti, usahawan terkenal misalnya. Mereka juga tidak terlepas daripada menerima kritikan, orang mengata, mengutuk dan sebagainya.

Selain itu, pada hemat saya; biarpun kita tidak mempunyai niat untuk mengeji dan mengutuk orang tertentu, tetapi apabila ia telah diluahkan bimbang nanti ia tidak berlaku kepada si polan. Sebaliknya kelak akan berlaku kepada keturunan kita, anak cucu kita. Siapa tahu bukan? Justeru berwaspadalah jika anda mahu mengumpat atau mengata.

Jika tidak kena pada orang yang menjadi sasaran, kelak pasti akan terkena kepada saudara-mara anda. Berhati-hati dalam menyusun kata dan perihal ini juga untuk peringatan saya juga buat anda semua.

Bagaimana Sajat kumpul kekuatan untuk berhadapan dengan pandangan serong masyarakat?


Orang akan sentiasa mencari dan memperkatakan tentang kesilapan kita. Justeru, ketahanan daripada aspek mental dan pemikiran perlu kuat untuk mendepani semua ini. Nobody is perfect! Setiap daripada kita pasti ada kekurangan dan kelemahan. Itu lumrah dan fitrah seorang manusia. Tetapi saya tidak menafikan ada masanya saya rasa lemah, tidak yakin pada diri sendiri dan tertekan.

Rentetan itu, saya lebih suka melihat sesuatu daripada sudut yang positif juga bergaul dengan mereka yang positif kerana individu inilah yang memahami dan sering memberikan sokongan kepada saya supaya lebih positif ketika berhadapan dengan pelbagai cabaran mendatang. Hingga apabila sampai satu peringkat, saya tidak mahu terlalu memikirkannya kerana jika berbuat demikian, boleh naik gila pula! Selagi anda tidak menyentuh soal keluarga, saya masih boleh terima.

Biarlah apa yang mahu diperkatakan orang kerana hakikatnya kita sebagai manusia tidak mampu memuaskan hati semua orang. Apa yang lebih penting adalah sokongan keluarga. Emak dan ayah tidak pernah jemu dan henti-henti memberi semangat kepada saya sejak kecil lagi. Merekalah sumber kekuatan juga adik-beradik saya yang sentiasa memahami keadaan saya.

Pernah terdetik menyalahkan takdir hidup?


Dahulu pernah. Tetapi lama-kelamaan saya dapat menerimanya peringkat demi peringkat. Dan kerana itulah saya suka berdamping dan didampingi dengan orang yang positif. Saya berjumpa dengan alim ulama’, ustaz dan sebagainya. Mereka faham apa yang saya alami. Hingga pernah mereka berkata,

“Walaupun awak ini dua alam, tapi apa yang awak selesa, macam mana cara awak berhadapan dengan Allah; itu antara awak dengan Allah. Apa yang penting, awak ikhlas. Kalau awak nak solat dengan cara perempuan, awak selesa dengan berpakaian perempuan itu semua soal antara awak dengan Allah. Bukan awak dengan masyarakat.”

Saya berpegang kepada perihal ini sahaja, bahawa sesungguhnya tiada yang sempurna dalam kehidupan kita. Biarpun saya maklum saya tidak boleh berkahwin apatah lagi melahirkan zuriat sendiri, saya tetap menerimanya dengan reda.

Lihat sahaja di luar sana, ramai wanita yang cantik rupa paras fizikalnya, mewah kehidupannya tetapi Allah uji dengan masalah keruntuhan rumahtangga sehingga menyebabkan perceraian dan sebagainya. Perkara seperti inilah yang kita tidak jangka sebenarnya yang sudahpun tertulis dalam qada’ dan qadar. Mahu atau tidak kita perlu menerimanya dengan reda.

Kecaman paling teruk yang pernah Sajat alami?


Apabila diasak dengan pertanyaan mengenai status saya, itu antara kecaman yang paling teruk pernah saya alami. Ada juga ketikanya saya tertekan dan kecewa serta dalam masa sama sedih. Tetapi saya bingkas bangun agar tidak terus hanyut dibuai perasaan. Daripada perspektif lain, saya berpendapat apabila saya sering kali dikecam, dijadikan bahan kritikan dan seumpama dengannya bermaksud segala tindak- tanduk dan perilaku saya diperhati. Ada sahaja yang ingin mengambil tahu.

Tidak kiralah sama ada dalam sudut positif atau negatif. Bagi saya golongan ini mudah sekali menghukum, mencerca dan menghina tanpa usul periksa. Dan saya lebih senang sekadar ‘block’ akaun palsu misalnya atau komen-komen negatif yang dilemparkan. Kadangkala saya akan mendiamkan diri tetapi ia tidak bermakna saya beralah cuma saya tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan. Biarlah apa yang mereka nak katakan. Selagi tidak menyentuh soal maruah keluarga, anak- anak atau mengganggu periuk nasi saya; ia tidak memberikan apa-apa kesan pada saya.

Pernah berhadapan dengan konflik keluarga susulan isu ini?


Alhamdulillah, saya tidak pernah mengalaminya. Mungkin ada segelintir daripada rakan-rakan lain yang pernah lari dari rumah, berhadapan dengan tekanan hidup atau dibuang keluarga; tetapi peristiwa sedemikian tidak berlaku kepada saya. Kerana pada pandangan saya, pokok pangkalnya adalah restu ibu bapa. Jika kita tidak memohon atau memperoleh restu mereka, hidup kita tidak akan ke mana.

Saya percaya dan berpegang kepada prinsip ini. Doa mereka yang membuatkan semuanya berjalan dengan mudah. Mungkin juga kerana ikatan kekeluargaan kami akrab, maka tidak timbul soal ini. Setiap permasalahan yang berbangkit, kami akan duduk berbincang dan kerana itu jualah hubungan dan pertalian sesama kami bertambah erat.

Ada juga sesetengah perkara yang jika mereka sifatkan tidak patut saya lakukan; mereka akan tegur. Adat orang tua, pasti mereka akan berleter itu dan ini. Dan cara saya melihatnya, mereka melakukannya kerana mengambil berat dan menyayangi kita. Jika tidak, pasti mereka akan biarkan kita terus hanyut tanpa menegur, memberi nasihat dan sebagainya. Anggap sahaja leteran itu tanda mereka sayang kepada kita.

Bagaimana NUR SAJAT dilahirkan Sebagai KHUNSA - Ikuti Temubual Nur Sajat Bersama Majalah InTrend

Mengambil dua orang anak angkat, bagaimana Sajat boleh terdetik mahu menjaga dan membesarkan mereka?


Sebenarnyasayatidakpernahmempunyai perancangan mahu mengambil anak angkat. Secara kebetulan, tahun lalu ibu angkat saya menelefon sewaktu saya dalam perjalanan dari Johor Baharu ke Kuala Lumpur. Katanya, “Kau nak ambil anak angkat tak?” Mulanya saya terpinga-pinga tetapi entah mengapa saya bersetuju untuk mengambilnya.

Kata ibu angkat saya lagi, bayi tersebut baru sahaja dilahirkan di Kuala Lumpur. Bayi tersebut adalah sepasang kembar – lelaki dan perempuan. Syukur kerana segala urusan dipermudahkan. Saya hanya membayar kos rawatan perubatan dan sedikit sumbangan peribadi kepada ibu bayi kembar tersebut. Selebihnya, prosedur rasmi dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat juga dipermudahkan.

Kebetulan, salah seorang pegawai yang menyelia kes pengambilan anak angkat adalah salah seorang klien saya. Maka segala urusan mengikut prosedur walaupun saya bujang dan tidak pernah memohon untuk mengambil anak angkat. Saya anggap ia sebagai satu keajaiban yang indah sepanjang hidup saya.

Kini saya terhibur dengan keletah mereka, Nur Syaza Sajidah dan Muhammad Syamin berusia setahun setengah. Sudah pandai bercakap dan bermacam-macam lagi kerenah mereka yang membuatkan hari- hari saya lebih bermakna. Alhamdulillah, saya benar-benar bersyukur.

Pandangan Sajat jika ada golongan transgender menjadikan khunsa sebagai ‘alasan selamat’ untuk memuaskan hati mereka memilih jalan ini?


Saya tidak boleh memberikan komen lanjut berhubung soalan ini. Tidak mengeyakan atau menidakkan. Pada saya ia terlalu subjektif. Ya, saya memahami mereka kerana saya berkawan selain mempunyai klien yang terdiri daripada semua golongan misalnya tomboy, pengkid, pondan, biseksual, homoseksual dan sebagainya.

Ada yang keliru dan mempunyai kecelaruan identiti lantas memilih jalan ini. Masing-masing mempunyai kisah tersendiri. Selebihnya itu terpulang kepada pendirian masing- masing. Tepuk dada, tanya selera.

Sajat kini dikenali dan segala gerak-geri sering diperhati. Senang dengan perubahan ini?


Saya tidak menyangka sama sekali akan melalui detik perjalanan hidup seperti ini. Tidak kiralah apa orang nak mengata, sama ada saya dikenali kerana gelaran pondan diva, ratu mak nyah dan sebagainya itu semua tidak mendatangkan masalah kepada saya. Jika dahulunya, saya cuma fikirkan perjalanan hidup saya biasa-biasa sahaja. Dan simboliknya, hari ini begini pula perjalanan hidup saya.

Apatah lagi kini menceburi bidang perniagaan, pelbagai perkara harus saya teliti dan sentiasa berhati-hati. Bukan apa, bimbang juga jika sekiranya ada musuh dalam selimut atau sesiapa yang tidak saya kenali ingin menghentam atau menjatuhkan perniagaan saya menerusi media sosial, siapa tahu bukan? Saya tidak menafikan media sosial banyak membantu meluaskan perniagaan saya dalam tempoh yang singkat. Rentetan itu, ada juga yang tertanya-tanya mengenai siapa saya sebenarnya, apakah yang saya lakukan sehingga berada pada tahap ini dan sebagainya.

Seboleh mungkin ‘mereka’ akan cuba mengorek apa jua yang berlaku dalam rutin harian saya. Biarpun ada yang mengutuk, mengata dan sebagainya tetapi masih ada sekelompok lain yang masih sibuk dan ingin tahu mengenai diri saya. “Eh, siapa dia ni sebenarnya? Apa yang dia buat sampai laris produk bengkung tu? Eh, buah dada dia ni bukan ori lah!” dan pelbagai lagi andaian orang terhadap saya.

Tetapi saya masih boleh bertahan hingga hari ini. Saya anggap ia sebagai angin sepintas lalu. Rahsia yang tersurat dan tersirat semuanya sudah tertulis. Rezeki yang saya peroleh hari ini bagaimana, dikenali orang dan sebagainya semuanya pementasan di dunia sahaja. Sesungguhnya di akhirat kelak segala titik penentu dalam setiap tindak-tanduk kita. Itu sahaja yang menjadi pegangan saya.

Bagaimana NUR SAJAT dilahirkan Sebagai KHUNSA - Ikuti Temubual Nur Sajat Bersama Majalah InTrend


Kongsikan cerita bagaimana bermulanya sejarah produk kecantikan dan label Nur Sajat Aesthetic Sdn Bhd?


Mulanya saya membuka perniagaan berasaskan hiburan iaitu kumpulan penari. Saya pernah bekerja di Macau selama tiga tahun sebagai penari dan pulang ke sini, saya menubuhkan sebuah syarikat produksi bersama rakan kongsi. Namun dek kerana mempunyai masalah, perniagaan tersebut ditutup. Biarpun terpaksa menanggung kerugian wang ringgit, saya cuba pula bidang lain.

Saya bermula dengan dropship sebuah produk kecantikan kulit. Bermodalkan RM500.00 kemudian saya beralih kepada agen pula hingga berdikit-dikit saya kumpul untuk tampil dengan produk sendiri. Syukur berkat usaha dan kerja keras, saya berjaya meraih pendapatan bersih bulan pertama sebanyak RM12,000.00 sebulan.

Dan menerusi Instagram saya belajar bagaimana untuk meluaskan rangkaian perniagaan hingga hari ini. Dari situ saya buka spa kecantikan pertama di Galaxy Ampang. Syukur perjalanan perniagaan kini semakin berkembang berdasarkan sokongan dan kepercayaan klien juga kekuatan daripada staf juga keluarga.

Mengapa memilih bidang kecantikan sebagai cabang perniagaan?


Pada saya semua orang mahu kelihatan cantik. Luaran adalah pandangan pertama apabila melihat kita. Dan kerana itu, kita harus menjaga kecantikan diri. Pengalaman peribadi saya, kali pertama orang akan melihat saya mereka akan pandang sekali imbas.

Kemudian mereka akan lihat pula gerak-geri. Pada saya tidak kisah jika mereka memandang itu dari sudut yang positif atau negatif. Kerana pandangan pertama itu membuktikan ada sesuatu yang istimewa pada diri kita yang membuatkan orang menoleh kali kedua lantas mahu terus melihat kita.

Daripada perspektif pekerjaan umpamanya, jika anda mempunyai penampilan menarik, berpakaian cantik dan kemas, memiliki kulit yang bersih sekali gus anda akan menarik perhatian orang juga membuatkan orang lain selesa dengan anda. Dan kerana itulah saya melihat aspek kecantikan sebagai kunci utama dalam memberi tarikan kepada sesiapa. It’s all about how you present yourself.

Rajin bersedekah dan melakukan kerja-kerja amal. Apa mesej yang Sajat ingin sampaikan?


Ia lebih kepada berkongsi rezeki sebenarnya. Saya turut memberi wakaf, sumbangan derma serta bersedekah kepada surau-surau, rumah anak-anak yatim, anak-anak tahfiz, golongan gelandangan dan mereka yang kurang berkemampuan. Sejak mula menceburi perniagaan (2014) saya sudah mula melakukan kerja-kerja amal.

Melihat golongan yang kurang berkemampuan, baik daripada mereka yang kurang upaya benar-benar menginsafkan saya. Benar, saya tidak sempurna tetapi saya memahami apa yang mereka lalui. Justeru, saya bantu sekadar yang mampu. Saya merasakan ada tanggungjawab yang perlu saya lunaskan sebagai manusia maka dengan itu saya bantu mereka.

Dari situ juga saya banyak belajar tentang erti penerimaan dalam kehidupan kerana sebagai manusia kita sendiri tidak pasti bagaimanakah pengakhiran hidup kita nanti. Apa itu erti keikhlasan dan sebagainya banyak mengajar saya agar lebih matang dalam tindakan.

sumber: InTrend

tags: nu sajat, nursajat khunsa, lets cantik, nursajat beli banglo 10 juta aliff syukri
Share
Tweet
Pin
Share
1 Comments
Tidak ada siapa yang tahu bagaimana laluan perjuangannya yang terlihat hebat dan lurus tanpa laluan berliku, namun sebenarnya ada kala menitiskan air matanya sendirian..

Menjadi anak perempuan yang pertama dalam sebuah keluarga, tentunya berat tanggung jawabnya. Selain bertindak sebagai tulang belakang keluarga, anak pertama juga lahir dengan sifat tegas dan mampu berdikari.

Tidak ada siapa yang tahu bagaimana laluan perjuangannya yang terlihat hebat dan lurus tanpa laluan berliku, namun sebenarnya ada kala menitiskan air matanya sendirian. Dia bertatih berusaha melawan keterbatasan, bersikap tabah mengharungi untung nasib diri. Tiada tempat meminta pertolongan mahupun mengadu nasib, kecuali berbisik dengan dirinya sendiri dan juga mengadu kepada Tuhan yang Maha Esa.

Tiada tempat meminta-minta, tiada tempat berkeluh kesah yang akan membuatnya tampak lemah. Walau saat dirinya terpaksa meminjam pada teman, hati kecilnya selalu berteriak, “Saya harus cepat berjaya agar boleh membantu orang lain juga.” Ya, berdikari. Dia dibentuk agar menjadi seorang yang berdikari atau dilahirkan secara semula jadi seorang yang berdikari.

Menurut penelitian daripada pakar, anak perempuan pertama berpotensi lebih hebat daripada anak lelaki pertama. Ini kerana, saat anak perempuan pertama merasakan pahitnya kehidupan ketika masih kecil, naluri keibuannya meresap dalam jiwa untuk tidak membiarkan anak-anaknya menderita sepertinya nanti.

Ciri-ciri anak pertama secara asasnya adalah lebih dewasa, bijak, serta memiliki banyak ilmu pengetahuan yang jarang dilontarkan. Dalam hal ini, anak pertama memiliki pola pemikiran yang kritis sehingga daya analisanya sangat bernas.

Kehidupan akan terus menuntut agar terus belajar tentang kehidupan. Jadi, anak pertama lazimnya akan sering melanjutkan pengajian pada tahap yang tertinggi supaya dapat membahagiakan kedua orang tua dan adik-beradiknya nanti.

Duhai anak pertama... titipan ini mungkin boleh membantumu menjadi semakin kuat.

Kejar mimpimu biarpun sendirian

Belajar tentang apapun yang kamu sukai

Teruslah menyayangi keluarga mu meskipun suatu saat kamu akan jauh dari mereka

Hidupkan kebahagiaanmu melalui hobi

Belajar untuk tetap tegar

Semangat, kamu lah jawapan atas semua doa keluargamu


p/s: betul sangat anak perempuan sulung ni memang sangat berdikari dan sentiasa jaga kebajikan ibubapa dan adik2nya. Sangat dekat dengan family compare dengan anak lelaki sulung. Sangup berkorban, lambat kahwin pun tak pe janji dapat berbakti pada orang tua. Dorang ni paling berjaya dalam keluarga..


Sumber: gpsbestari

tags: kakak sulung, kak long, along, berdikari, bertanggunjawab, anak pertama, anak perempuan 
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Jep Sepahtu Hasrat Berumah tangga Sebelum Ibu Bapa Menutup Mata


Pelawak Jep Sepahtu mengakui ingin menamatkan zaman bujangnya sebelum kedua ibu bapanya meninggal dunia.

Jep atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Zainal Abidin turut berkata, beliau tidak mempunyai masalah jika jodohnya sampai lambat ataupun cepat.

"Saya tetap berharap dapat mengakhiri zaman bujang ini sebelum ibu bapa saya menutup mata.

"Biarpun keluarga tidak bertegas dalam soal perkahwinan, namun ibu ada menyatakan hasratnya untuk melihat saya mendirikan rumah tangga ketika hayatnya masih ada," katanya.

Menurut Jep, dia kini selesa untuk berkawan dengan pelakon Sari Yanti dan tidak menolak jika mereka ditakdirkan untuk dijodohkan bersama.

"Buat masa sekarang saya lebih selesa meletakkan hubungan mesra dengan Sari Yanti sebagai teman baik.

"Sudah semestinya dalam berkawan, saya mengharapkan sesuatu yang baik dan jika betul dia (Sari Yanti) jodoh saya, tentunya saya mampu mengaminkan saja," katanya.

Sumber: BH Online

tags: jep sepahtu, sari yanti, jep sepahtu teman mesra dengan sari yanti, sari yanti bercinta dengan jep sepahtu
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
 Namakan anak ‘Muhammad Putra Naruto’, Shah Tapaw Dikritik Netizen

Pelawak Shah Tapaw atau nama sebenarnya, Mohd Shah Rizal Sulaiman dikritik netizen setelah mendedahkan nama anaknya di laman Instagram.

Menerusi sebuah entri di laman Instagram Shah, dia meletakkan gambar bayinya bersama sijil kelahiran yang tertera nama ‘Muhammad Putra Naruto bin Mohd Shah Rizal’.

Setakat ini, entri tersebut mendapat hampir 5,000 likes bersama lebih 500 komen. Rata-rata peminat yang meninggalkan komen mengkritik tindakan Shah yang menamakan anaknya Naruto.

Berikut merupakan antara komen yang diterima oleh Shah:

“@jieraaghazalyy - You may think that this is funny and rare. But yet the circumstances is on your son. Blame yourself if one day he's having bad depression coz everybody keep laughing at his name. This is not cool.”

“@amirul_ammar99 - Nanti mesti anak ni kena ejek je bila dah besar, fikir panjang sblum letak, minat minat jugak, kesan akan datang tu kena fikir.”

“@farahnajihah_ - Tak kesian kan anak ke? Tak fikir masa depan anak ke? Jangan wujudkan budaya pelik, now dah 2017.”

“@mrs_iedawe - Sebab nak publisiti murahan anak jadi mangsa... Bertabahlah wahai anak.. Entah apa-apa entah.”

Namun begitu, Shah tampil memberikan penjelasan mengenai nama anaknya itu di portal Media Hiburan.

Menurut bekas peserta program realiti Bintang Mencari Bintang ini, sijil kelahiran tersebut telah pun disunting sebelum dimuatnaik ke laman Instagram miliknya.

"Sebenarnya, perkara yang dikongsi oleh saya itu tidak betul. Gambar tersebut telah pun disunting dan hanyalah gurauan semata-mata dikalangan adik-beradik saya. Nama sebenar anak kedua saya ialah Muhammad Putra Iyyad.

"Pada awalnya, saya memang terfikir untuk meletakkan nama anak saya Naruto, namun saya mendapat bantahan kerana tidak membawa maksud yang baik. Jadi saya nak juga muatnaik ke laman Instagram," kata Shah.

p/s: nama adalah satu identiti kita yang penting. nama juga mempengaruhi keperibadian kita, sebab itu penting namakan anak dengan maksud yang baik. sebab itu semua doa.

Sumber: Astro Gempak

tags: shah tapaw, shah rizal namakan anak naruto, nama anak naruto, jabatan pendaftaran negara
Share
Tweet
Pin
Share
1 Comments
Lalok sejak berusia 6 tahun
Pasangan kekasih yang ditahan dalam  operasi di hotel bajet di Pulau Pinang

Butterworth: Ketika remaja lain seusianya berada di rumah bersama keluarga, seorang remaja lelaki berusia 13 tahun ditahan pasukan penguat kuasa Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dalam serbuan Op Sarang di hotel bajet sekitar negeri ini, malam kelmarin, berikutan air kencingnya positif dadah.

Remaja berkenaan ditahan jam 11 malam bersama seorang lelaki berusia 45 tahun di dalam bilik sebuah hotel bajet dan lebih menyedihkan apabila dia yang masih bersekolah mengaku mula terjebak dengan najis dadah sejak berusia enam tahun.


Remaja berkenaan memberitahu, dia mengikut kakaknya berusia 21 tahun ke hotel bajet itu untuk bertemu lelaki berkenaan, namun ketika serbuan dilakukan, kakak kepada remaja berkenaan tidak kelihatan kerana dipercayai keluar ke tempat lain.

Hasil soal siasat mendapati remaja berasal dari Seberang Jaya itu tidak pergi ke sekolah selama seminggu kerana menghadapi masalah disiplin dan dipercayai berkaitan penagihan dadah.

Ketua Penguat Kuasa dan Keselamatan AADK Pulau Pinang, Nasru’d-din Abdul Rahman berkata, ketika serbuan, remaja berkenaan di bilik itu bersama lelaki berusia 45 tahun.

“Remaja itu mengaku dia ke hotel berkenaan bersama kakaknya dan lelaki itu adalah kenalan kakaknya. Hasil pemeriksaan, kami menemui heroin seberat 3.65 gram (g) yang dipercayai milik lelaki berkenaan menyebabkan kedua-duanya ditahan,” katanya.

Sementara itu, dalam serbuan berasingan, AADK merampas syabu seberat 53.5g daripada sepasang kekasih berusia 27 dan 31 tahun di sebuah bilik hotel.

“Ketika serbuan, lelaki berusia 31 tahun berada di tangga bilik hotel berkenaan manakala pasangannya berada di dalam bilik.

“Selepas membuat pemeriksaan, kami menemui peket kristal dan mereka mendakwa garam, namun selepas ujian dijalankan, peket itu syabu,” katanya.

Menurutnya, keempat-empat yang ditahan positif dadah.

Katanya, mereka didakwa mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 39B(3) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sumber: Harian Metro

tags:butterworth, penang, dadah,lalok, khayal,syabu, ganja
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Nabil Ahmad Pengacara Karpet Merah Oscars

Buat julung kalinya pelawak dan pengacara Nabil Ahmad dilantik sebagai hos karpet merah untuk anugerah Anugerah Akademi ke-89 (Oscars) di Los Angales (LA) pada 27 Februari ini.

Nabil bakal bersiaran langsung dari LA khas untuk tontonan eksklusif Oscars di St Regist, Kuala Lumpur.

Tontonan eksklusif secara langsung itu turut dihadiri oleh selebriti tempatan seperti Raianna Abdul Rahman, Syazwan Zakariah, Hisyam Hamid, Zarul Umbrella, Mark Adam, Wafiy, Awang, Jamal Jamaluddin, Akhmal Nazri dan Kamal Adli.

Acara karpet merah Oscars turut akan bersiaran scara langsung di HBO saluran 431 dan Astro On The Go pada jam 8 pagi dan acara gemilang Oscars pada jam 9 pagi, 27 Februari ini.

Dikemudi oleh pengacara Jimmy Kimmel, Oscars bakal berlangsung dari Dolby Theatre di Hollywood & Highland Center, Hollywod.


tags: nabil ahmad, zirabil, nabil ahmad mengacara, meletop, maharajalawak, raja lawak, hollywood
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Ibu Tom Cruise Meninggal Dunia Ketika Sedang Tidur

Suasana sedih menyelebungi keluarga aktor, Tom Cruise apabila kehilangan ibunya, Mary Lee South pada usia 80 tahun.

Hollywoodlife.com melaporkan, Ibu Tom Cruise meninggal dunia secara mengejut ketika sedang tidur minggu lalu.

Ramai tetamu yang hadir untuk memberi penghormatan terakhir kepada Mary Lee, di sebuah gereja Scientology ketika upacara pengebumiannya semalam.

Tom, bersama ahli keluarganya yang lain iaitu Lee Ann DeVette, Cass Mapother dan Marian Henry turut menghadiri upacara tersebut.

Mary adalah orang yang banyak menyokong dan memberi semangat terhadap kerjaya Tom Cruise sejak dia bergelar pelakon.
Ibunya adalah orang yang memaksanya untuk melibatkan diri dalam dunia teater lakonan tempatan,kata sumber.


Sumber: Asto Gempak

tags: ibu tom cruise meninggal dunia, tom cruise, mission imposible
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Terkandas di Pulau Tioman, Zulin Aziz Mohon Doa Peminat

Pelakon, pengacara dan penyampai radio, Zulin Aziz terkandas di Pulau Tioman berikutan cuaca buruk yang melanda kawasan tersebut.

Menerusi dua entri di laman sosial Instagram miliknya, Zulin menceritakan pengalaman terkandas di Pulau Tioman semenjak Ahad.

Menerusi entri pertama, Zulin bercerita memohon doa agar dirinya bersama rakan-rakannya dapat pulang ke Kuala Lumpur.

“Disebabkan cuaca tak baik, jadi atas arahan Jabatan Laut. Tak ada ferry sampai 14 hari bulan dan saya tak boleh balik KL. Uwaaaaaaa.

“Doakan semoga saya dapat balik dan bertugas di Suria FM macam biasa. ATM tak ada, wifi tak ada, line telefon kejap ada kejap tak ada langsung. Baju tak cukup, adoi. Help me! Siapa ada helikopter, meh nak tumpang,” tulis Zulin.

Menerusi entri kedua pula, Zulin berterima kasih kepada orang-orang kampung yang tinggal di sekitar Pulau Tioman dan berharap agar semua pihak memahami situasinya.

“Dah mintak segala bantuan yang ada polis bomba maritim bagai. Berdoa jelah semoga ada bantuan bawa saya balik. Terima kasih doakan saya. Saya dekat sini baik-baik saja. Cumanya saya kena balik atas urusan kerja dan urusan itu sangat penting. Tapi itulah nak buat macam mana, dugaan. 

“Segala usaha dah buat. Naik helikopter harganya cecah RM34,000. Adoi! Memang taklah! Jadinya saya redha jelah. Berdoa pada Allah semoga esok cuaca baik. Kami semua yang terdampar dekat pulau ini boleh balik. ATM tak ada, jadi hiduplah dekat sini dengan duit yang cukup-cukup makan ni. Orang kampung dekat sini baik-baik, terima kasih.

“Soal kerja pula, harap faham situasi saya dan ada rezeki, adalah. Saya pun tak tahu dah nak buat cara apa, yang saya dapat berita amaran sehingga 17 hari bulan. Bersabarlah Zulin dan yang lain tu. 

“Terima kasih pada yang mendoakan, yang ambil berat dengan call, whatsapp, comment, DM anda itu sedikit sebanyak sejukkan hati saya. Terima kasih,” tulisnya lagi.

Terkandas di Pulau Tioman, Zulin Aziz Mohon Doa Peminat

Terkandas di Pulau Tioman, Zulin Aziz Mohon Doa Peminat

p/s : Mari kita doakan agar cuaca di Pulau Tioman baik2 supaya yang terkandas di sini selamat pulang. Zulin dan kawan2 selamat pulang ke Kl. 

Sumber: Astro Gempak

tags: Zulin terkandas di pulau tioman, pulau tioman, kampung tekek, air bergelora,
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Siapa tak kenal dengan pasangan terkenal Bollywood, Saif Ali Khan dan Kareena Kapoor. Tak dapat dinafikan yang mereka berdua sama cantik sama padan.

Dan baru-baru ini Kareena telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang dinamakan Taimur Ali Khan. Comel habislah anak pasangan ini.

Foto Taimur Ali Khan, Anak Lelaki Saif Ali Khan Dan Kareena Kapor

Terbaru, Saif memuat naik gambar Taimur setelah sebulan di laman Instagramnya. Rata-rata pengikut teruja dan memuji kecomelan Taimur. Kalau sekali pandang macam anak orang putih rambut perang hensem dan comel. Tengoklah siapa mummy dan daddynya cantik dan hensem. Orang kata mana nak tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.

Foto Taimur Ali Khan, Anak Lelaki Saif Ali Khan Dan Kareena Kapor
Taimur Ali Khan


Mana Dapat Nama Taimur 

Mesti ramai yang pelik kan kenapa pasangan ini memilih nama Taimur. Ada maksud ke? Sebenarnya memang ada maksud. Taimur dalam bahasa Arab maksudnya besi.

Nama Taimur ni juga diambil sempena nama seorang penakluk Turki-Mongol abad ke-14 dan pengasas Empayar Timurid di Parsi. Wahhh!! Saif dan Kareena memang nak anak lelaki mereka ini jadi pemimpin yang disegani.

Menurut Kareena dalam sebuah wawancara, Saif banyak membaca buku satera dan sejarah. Dia mahu nama itu meresap dalam diri  anaknya. Jadi nama Taimur bukan sesuatu yang mengejutkan buat Kareena.

Foto Taimur Ali Khan, Anak Lelaki Saif Ali Khan Dan Kareena Kapor

Foto Taimur Ali Khan, Anak Lelaki Saif Ali Khan Dan Kareena Kapor

Foto Taimur Ali Khan, Anak Lelaki Saif Ali Khan Dan Kareena Kapor


Sumber: The Times of India

tags: saif ali khan, kareena kapor, taimur ali khan, kareena mengandung, kareena dan saif ali khan dapat anak lelaki
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Buku Keluaran Fattah Amin Di Kecam Nitizen, Ini Respon Fattah Amin

Beberapa hari ni nama Fattah Amin hangat diperkatakan di sosial media gara-gara buku keluarannya yang mendapat kritikan orang ramai. Antaranya ingin dapat duit dengan jalan mudah, bazir duit peminat dan macam-macam lagi.

Buku 99 Kata-Kata #QalifModen Fattah Amin juga telah ditegur oleh beberapa artis. Siapalah artis-artis tu kan? Lepas terpaksa hadap dengan cacian orang ramai, akhirnya Fattah Amin buka mulut.


Buku Keluaran Fattah Amin Di Kecam Nitizen, Ini Respon Fattah Amin

Salam semua.. Pertamanya saya nak ucapkan jutaan terima kasih atas sokongan yang amat dasyat dari anda semua. Kecoh satu Malaysia sekejap pasal buku saya ni. ?
Sejujurnya, buku “collective item” atau “merchandise” saya ini diterbitkan untuk berkongsi kata-kata positif, nasihat dan impian saya untuk menjadi insan yang berguna serta menjadi inspirasi kepada semua.
Pesanan saya, apa yang paling penting jangan sesekali menidakkan impian anda walaupun sekecil-kecil impian. Setiap kejayaan bermula dengan sebuah impian.. Teruskan #doayangbaikbaik and be kind to others, Insyallah Allah akan mempermudahkan urusan dan perjalanan hidup kita.

Sumber: Oh Bulan

tags: fattah amin tulis buku, 99 kata-kata qalif moden, suri hati mr pilot, neelofa 
Share
Tweet
Pin
Share
1 Comments
Newer Posts
Older Posts

CARI ARTIKEL HAIRAN

TAWARAN MENARIK

LIKE FACEBOOK KAMI

CERITA HAIRAN MINGGU INI

  • Zahra Puteri Ais Berhijab
  • WTF KOT - Kek Bentuk Manusia Versi Drama Siri Dexter (9 Gambar)
  • TERKEJUT KOT - Haiwan Apakah Yang Mempunyai Tengkorak Sebegini? (4 Gambar)
  • Empat mangsa terperangkap dalam gua telah diselamatkan
  • Pinjaman Peribadi di Malaysia Yang Perlu Anda Tahu

ARKIB HAIRAN

  • ►  2023 (1)
    • ►  November 2023 (1)
  • ►  2021 (2)
    • ►  April 2021 (2)
  • ►  2019 (12)
    • ►  December 2019 (3)
    • ►  November 2019 (1)
    • ►  August 2019 (1)
    • ►  July 2019 (2)
    • ►  May 2019 (4)
    • ►  March 2019 (1)
  • ►  2018 (44)
    • ►  November 2018 (14)
    • ►  October 2018 (1)
    • ►  July 2018 (9)
    • ►  April 2018 (2)
    • ►  March 2018 (11)
    • ►  February 2018 (2)
    • ►  January 2018 (5)
  • ▼  2017 (58)
    • ▼  November 2017 (3)
      • Pengecualian Potongan Pinjaman Perumahan Bagi Peng...
      • Perodua MYVI 2018 - Harga dan Spesifikasi
      • Harga IPhone X Jauh Lebih Murah Di Negara Luar?
    • ►  October 2017 (5)
      • Kenapa Tunafoto Adalah Perkataan Terjemaah Bagi Ph...
      • Dengan Menggunakan Perabot IKEA, Rumah Lelaki Ini ...
      • Kassim Ahmad, Aktivis Kontroversi Meninggal Dunia
      • IKEA Tebrau, Johor Bakal Beroperasi 16 November Ini
      • The Spongebob Squarepants Akan diversikan Dalam An...
    • ►  September 2017 (2)
      • Aku Paling Benci Teka - Teki - Uncharted 4 | Part 2
      • Gaming - Encik Hairan Main Uncharted 4 Macam Noob
    • ►  August 2017 (1)
      • Trailer Youtube Channel Encik Hairan
    • ►  February 2017 (38)
      • Terima Mesej Tanpa Henti, Nafi Terdesak Nak Kahwin
      • Tahniah! Stacy selamat bersalin anak perempuan
      • Bagaimana NUR SAJAT dilahirkan Sebagai KHUNSA - Ik...
      • ANAK SULUNG PEREMPUAN... BAHUMU HARUS SEKUAT BAJA,...
      • Jep Sepahtu Hasrat Berumah tangga Sebelum Ibu Bapa...
      • Namakan anak ‘Muhammad Putra Naruto’, Shah Tapaw D...
      • Lalok sejak berusia 6 tahun
      • Nabil Ahmad Pengacara Karpet Merah Oscars
      • Ibu Tom Cruise Meninggal Dunia Ketika Sedang Tidur
      • Terkandas di Pulau Tioman, Zulin Aziz Mohon Doa Pe...
      • Foto Taimur Ali Khan, Anak Lelaki Saif Ali Khan Da...
      • Buku Keluaran Fattah Amin Di Kecam Nitizen, Ini Re...
    • ►  January 2017 (9)
  • ►  2016 (101)
    • ►  December 2016 (2)
    • ►  November 2016 (3)
    • ►  October 2016 (12)
    • ►  September 2016 (14)
    • ►  August 2016 (50)
    • ►  July 2016 (8)
    • ►  June 2016 (2)
    • ►  April 2016 (2)
    • ►  February 2016 (8)
  • ►  2015 (45)
    • ►  December 2015 (1)
    • ►  October 2015 (2)
    • ►  September 2015 (15)
    • ►  July 2015 (3)
    • ►  April 2015 (3)
    • ►  March 2015 (17)
    • ►  January 2015 (4)
  • ►  2014 (80)
    • ►  November 2014 (2)
    • ►  October 2014 (15)
    • ►  September 2014 (36)
    • ►  July 2014 (1)
    • ►  May 2014 (1)
    • ►  January 2014 (25)
  • ►  2013 (351)
    • ►  December 2013 (34)
    • ►  November 2013 (1)
    • ►  September 2013 (31)
    • ►  August 2013 (47)
    • ►  July 2013 (130)
    • ►  June 2013 (108)

PAUTAN LINK BERKAITAN

CREATE BY PEOPLE | MAINTAIN BY PASSION. WE ARE HAIRANGERS!