Kassim Ahmad, Aktivis Kontroversi Meninggal Dunia


Kassim Ahmad, Aktivis Kontroversi Meninggal Dunia

Kami difahamkan tokoh kontroversi Kassim Ahmad, 84, yang juga bekas aktivis politik dilaporkan meninggal dunia pada pukul 10 pagi tadi di Hospital Kulim, Kedah akibat radang paru-paru selepas dilaporkan koma semalam.

Menurut anak bongsu Allahyarham, Ahmad Shauqi Kassim, bapanya menerima rawatan di Hospital Kulim sejak 16 September lalu.

"Ayah ada minta untuk keluar hospital kelmarin tapi keadaan kesihatannya tidak mengizinkan.

"Kesihatan ayah memang semakin merosot sejak akhir-akhir ini, namun kami sekeluarga reda dengan pemergiannya," katanya lagi.

Jasad Kassim dijangka disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kulim pada petang ini.

Kassim terkenal dengan karya “Hadis: Satu Penilaian Semula”, sebuah kajian ke atas kewibawaan hadis sebagai sumber Islam, yang diharamkan kerajaan pada 1986.

Media melaporkan karyanya diharamkan beberapa bulan selepas diterbitkan manakala pihak berkuasa agama berpendapat penulisan tu mengandungi ajaran dan fahaman yang bertentangan dengan akidah dan syariat Islam

Dia juga pernah ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selama lima tahun.

You May Also Like

0 Comments