• UTAMA
  • MENGENAI KAMI
  • HUBUNGI KAMI
  • PENAFIAN
  • ISI KANDUNGAN
Powered by Blogger.

KATEGORI ARTIKEL

  • Berita 120
  • Blogging 2
  • Filem 7
  • Gadjet 5
  • Gaming 6
  • Gossip 163
  • Kisah 84
  • Lawak 81
  • Video 20
  • WTF 18

Hairan Blog merupakan sebuah blog yang menyediakan artikel yang meliputi pelbagai jenis Informasi, Berita Semasa, Gosip Artis Malaysia, Dunia Teknologi, Panduan SEO dan Blogging.

Ditubuhkan pada tahun 2012 dan berharap pembaca masih setia dan sudi membaca blog ini. Segala kudrat dan usaha penulis pasti berbaloi dengan sokongan dari anda. TQ

BLOG LAIN YANG HAIRAN

  • BeautifulNara
  • Aksiz
  • Buasir Otak
  • Zaza Iman
  • HASRULHASSAN.COM
  • Encik Hairan - Benda Boleh Settle!
  • Oh! Media

SILA TEKAN LIKE

  • MENGENAI KAMI
  • HUBUNGI KAMI
  • PENAFIAN
  • ISI KANDUNGAN
Hairan Blog
  • Home-icon
  • UTAMA
  • _BERITA
  • _GOSIP
  • _GAMING
  • _TEKNOLOGI
  • _GAYA HIDUP
  • _VIDEO
  • BERITA
  • ARTIS
  • PANDUAN
  • _PEDOMAN
  • _TRAVEL
  • _BLOGGING
  • _SEO
  • _KEWANGAN
  • WOW!
  • FAKTA
  • KISAH MENARIK

Menu Footer Widget

  • KE BLOG ENCIK HAIRAN
  • KE GOSIP HAIRAN
youtube facebook instagram twitter

Hairan Blog


Adakah anda sudah menonton Filem Upin Ipin Jeng Jeng Jeng kini sedang hangat ditayangkan di pawagam? Rata - ratanya sudah tahu bahawa kanak-kanak pasti teruja untuk melihat watak kartun kegemaran mereka di panggung wayang. Ibu bapa pun teruja dan gembira untuk membawa anak-anak mereka berseronok serta bergelak ketawa menonton filem ini. Mana tidaknya, watak Upin Ipin memang ikonik dan dikenali oleh seluruh kanak-kanak di Malaysia. Untuk makluman, filem Upin Ipin Jeng Jeng Jeng adalah satu filem usahasama antara Les’Copaque Production dan KRU Studio.

Namun, berdasarkan review dan pengamatan kami di laman sosial, ramai yang meluahkan rasa kecewa dengan filem Upin Ipin Jeng Jeng Jeng. Kami difahamkan watak Upin Ipin bukanlah watak utama sedangkan tajuk filem ini adalah Upin Ipin. Ternyata ramai yang kecewa, lebih-lebih lagi ibu bapa yang membawa anak-anak mereka menonton filem ini. Salah seorang penonton telah mendakwa dirinya rasa tertipu.
Kecewa betul luahan hati penonton ini. Biasalah bila kita mempunyai harapan yang tinggi, tup-tup dikecewakan sebegini. Memang pedih rasanya. Namun Norman KRU mempunyai penjelasannya tentang perkara ini. Kata Norman:-
Bagi saya ini semua bergantung kepada unsur penerimaan kerana mungkin orang mengharapkan filem upin ipin ini 100% menceritakan tentang animasi sahaja. Ramai sebenarnya yang salah kerana mereka beranggapan untuk melihat animasi upin dan ipin daripada mula hingga ke hujung filem ini.

Kerana sejak dari awal lagi kita sudah cakap dimana filem ini menceritakan tentang yang hidup dan animasi. Tidak akan menjadi cerita la jika kesemua filem ini hanya cuma menampilkan Upin dan Ipin sahaja.

Sebenarnya kita hendak menghidupkan watak-watak setiap pelakon bagi mewarnakan lagi filem ini dengan babak-babak tertentu untuk mengerakkan cerita melalui konflik yang terjadi. Dalam masa yang sama cerita upin ipin ini masih mengekalkan mesej utamanya iaitu untuk memberi mesej2 positif kepada penonton

Tapi jangan terkejut, filem Upin Ipin Jeng Jeng Jeng telah pun mengutip RM3 juta selepas 4 hari ditayangkan. Ini satu angka yang cukup mengkagumkan. Mungkin anda yang dah tengok boleh kongsikan pendapat di ruangan komen. Best ke tidak filem ini?

Sumber: Beautifulnara
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Ini anak saya Muhammad Umar Al Hafsh, sekarang berumur 2 tahun 10 bulan , Alhamdulillah Umar semakin sihat dan jarang dijangkiti batuk dan selsema. Sekiranya anda pernah membaca Cerita Benar Anakku Umar, anda pasti akan dapat merasai bagaimana perasaan risau dan tidak senang duduk saya sebagai seorang ibu yang anaknya sering ditahan wad di beberapa hospital.


Perkara yang saya khuatir pada ketika itu, melihat seksanya anak saya menarik nafas. Nafas Umar sangat laju dan kadar denyutan jantung juga makin tinggi, ditambah suhu badannya semakin panas. Risaunya saya melihat suami membawa Umar pergi ke klinik bagi mendapatkan perhatian doktor.

Suami memaklumkan pada saya Umar telah ditahan wad lagi kerana doktor di klinik telah menyarankan Umar dibawa ke hospital bagi pemeriksaan lanjut. Luruh hati ini mendengar berita tersebut apa tidaknya baru 2 bulan Umar sihat dan dibenarkan keluar dari hospital.

Saya yang sarat mengandung anak ke 3 tidak mampu untuk menjaga Umar di wad, suamilah yang mengambil alih tugas menjaga semasa anak kami ditahan wad. Doktor menilai kesihatan Umar agak kritikal dan meminta izin suami saya untuk membuat rawatan menyedut kahak.


Rawatan ini adalah di mana kahak akan disedut dengan cara memasukkan wayar melalui mulut dan hidung. Suami cerita, Umar hanya mampu menjerit seperti diseksa sehingga dia menjadi sangat fobia dengan orang lain. Tak dapat saya bayangkan jika saya sendiri yang melihat situasi itu.

Sungguh saya tak mampu melihat anak terseksa melalui cara rawatan sedemikian. Tapi apakan daya hanya itu sahaja kaedah terkini di hospital agar kahak dapat dikeluarkan, saya redha kerana bacaan mesin oksigen tidak berubah selain denyutan jantung Umar sangat tinggi dan Umar mungkin akan di tahan di icu sekiranya keadaannya tiada perubahan.


Alhamdulillah Umar kembali sihat selepas 4 hari ditahan wad, dan saya orang yang paling gembira dan bersyukur anak saya dibenarkan pulang ke rumah disisi saya. Tiba-tiba saya menjadi trauma, takut Umar mendapat batuk dan selsema kembali. Ya Allah saya sangat takut Umar ditahan wad berulangkali.

Ditakdirkan dengan doa kepada Allah Ta’ala saya ternampak iklan di Facebook tentang Minyak Herba Asma Mujarab Original/Homemade. Banyak testimoni dari ibu-ibu yang punya anak senasib dengan Umar, saya tanpa berfikir panjang terus mendapatkan minyak ini sebagai persediaan awal jika umar diserang batuk dan selsema. Seperti kata orang tua-tua dahulu, kita ikhtiar Insya Allah mungkin ini asbab dan penawar penyembuhan.


Alhamdulillah, syukur sangat-sangat kerana sejak mengamalkan Minyak Herba Asma Mujarab Original/Homemade ini, Umar tidak lagi mengalami batuk yang teruk, selsema pun jarang sekali. Kini saya tidak risau dan trauma lagi sebab Umar sudah lama tidak ditahan wad dan kembali aktif dan ceria dengan asbab minyak ini. Minyak ini difahamkan telah viral dan telah banyak membantu banyak ibu-ibu seperti saya dalam menghadapi ujian bila anak ditahan wad selain mengalami batuk dan selsema.


Saya yang dahulunya pengguna minyak ini, kini telah menjadi SuperStokis dan gembira untuk menyebarkan kebaikan dan keistimewaan minyak mujarab ini kepada semua ibu-ibu yang mengalami situasi seperti saya. Jangan lepaskan peluang mencuba minyak ini kerana asbab minyak ini telah membawa keceriaan seperti yang terukir pada wajah anak saya Umar Alhamdulillah. :) :) :)

Ramai orang tanya saya..apa lagi kegunaan Minyak Herba Asma Mujarab Original/Homemade ini? Di bawah ini saya listkan sebahagian kegunaannya :)

-Melegakan batuk, selesema dan asma.
-Melegakan sakit perut seperti senggugut
-Merawat luka..luka kencing manis pun boleh :)
-Melegakan sakit gigi..
-Boleh digunakan sebagai minyak urut
-Merawat bekas gigitan serangga
Dan banyak kegunaan lagi :)

Testimoni di atas adalah kisah benar dari Puan Noor Wahida Ibrahim.

Ada tak ibu-ibu di sini yang menghadapi masalah yang sama seperti Umar ini? jika ada boleh Whatsapp saya untuk info lanjut atau pm ke inbox fb saya. Insyaallah, saya akan consult cara-cara penggunaan minyak ini sehingga anak puan sembuh.

Ini no Whatsapp saya 014 9940984 - Ayu
Jangan lupa inbox page Minyak Ajaib Asma Mujarab Original bagi respon yang lebih pantas.
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Wan Maimunah Menitis Air Mata Terharu Menerima Sumbangan SENIMAN

Beberapa keping gambar yang dimuat naik wakil Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN), Zack Kool menerusi Facebook mengenai keadaan terkini pelakon veteran, Wan Maimunah Abdul Aziz menarik perhatian ramai peminat, semalam.

Dalam status itu, Zack yang juga Timbalan Presiden SENIMAN menyatakan keadaan pelakon itu kini dirawat di Hospital Jasin, Melaka di wad 2A kerana mengidap penyakit bengkak jantung dan jangkitan kuman pada paru-paru.

Zack bersama pelakon Zuraini Kassim selaku Pengerusi Biro Pendidikan dan Penajaan SENIMAN menziarah Wan Maimunah sebelum menyampaikan sumbangan daripada pihak persatuan itu.

Pelakon popular berusia 62 tahun itu yang banyak membintangi pelbagai drama kelihatan terharu sehingga menitiskan air mata ketika menerima sumbangan berkenaan yang disampaikan Zack. Wakil persatuan itu juga menyatakan Wan Maimunah mengucapkan terima kasih pada rakan dan peminat yang menziarah dan mendoakan kesihatannya.

Sumber: Rojakdaily

tags: wan maimunah sakit, wan maimunah, sumbangan bantuan seniman, seniman
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Nadya Syahera Bernikah Bagi Mengelakan Fitnah

Nadya Syahera Rosli, 23, mengambil keputusan menamatkan zaman solo dengan Fizul Nawi, 24 selepas lapan bulan berkenalan demi mengelakkan fitnah.

Pasangan itu bernikah pada 25 September lalu di ibu kota yang hanya bersaksikan keluarga rapat kedua-dua pihak.

“Pernikahan ini bukan sahaja untuk mengelakkan fitnah malah ia turut melegakan keluarga saya dan Fizul apabila kami selalu keluar serta bercuti bersama. Lalu dengan persetujuan keluarga, kami dahulukan yang wajib sebelum mengadakan majlis kenduri dan persandingan pada pertengahan tahun depan.

Nadya Syahera Bernikah Bagi Mengelakan Fitnah

“Alhamdulillah, kami sekarang bebas pergi ke mana saja. Dengan peminat juga senang saya nak jawab yang kami sudah menikah. Bagaimanapun, pernikahan ini belum ramai yang tahu jadi Fizul muat naik gambar di Instagram dan  membuat sedikit coretan mengenai status kami.

“Hubungan kami  sudah halal jadi tiada apa yang nak disembunyikan lagi. Perkara yang baik elok diuwar-uwarkan agar tidak lagi menjadi bualan ramai apabila melihat kami keluar berdua-duaan,” katanya.

Nadya mula dikenali ramai menerusi watak antagonis Bella dalam drama 'Semanis Honey'. Nadya berkata, dia mengenali Fizul menerusi laman sosial Facebook.

Nadya Syahera Bernikah Bagi Mengelakan Fitnah

“Tiga bulan berkenalan memang manis namun masuk bulan berikutnya, adalah perbalahan kecil namun bagi saya itu adalah adat dalam mana-mana hubungan.

“Apabila ada keserasian, tidak perlulah kami menunggu lama untuk mendirikan rumah tangga,” katanya.

Fizul yang berasal dari Kelantan mengusahakan Kafe, 'DulangMas Cafe' di Shah Alam selain menjadi model sambilan.


Sumber: Rojakdaily

tags: nadya syahera sudah bernikah, nikah, semanis honey, facebook, nadya syahera
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
 Saya Minta Maaf Atas Kebodohan Saya – Janna Nick

Kecoh di media sosial apabila Janna Nick dihentam netizen gara-gara komennya yang mempertikaikan fizikal model antarabangsa Ruby Rose.

Janna Nich telah memberi komen mengatakan Ruby Rose terlalu kurus pada satu gambar di instagram peribadi Ruby Rose.

Sedar dirinya sedang hangat diperkatakan, Janna Nick tampil memohon maaf dan mengakui tidak bermaksud untuk menghina fizikal model berkenaan. Berikut komen Janna Nick.

 Saya Minta Maaf Atas Kebodohan Saya – Janna Nick

 Saya Minta Maaf Atas Kebodohan Saya – Janna Nick

So, tak payahla nak panjang2 cerita, ambil yang jenih buang yang keruh. Semua orang pernah buat silap dan tak sempurna. Jadi move on jangan kutuk2 lebih2 k semua !

Sumber: Oh Bulan!

tags: janna nick mintak maaf atas kebodohan sendiri, mintak maaf, janna nick, ruby rose, to skinny
Share
Tweet
Pin
Share
1 Comments
Kang Gary Tinggalkan Running Man

Selepas enam tahun bersama Running Man akhirnya Kang Gary mengambil keputusan untuk mengundurkan diri dari program tersebut.

Menurut pihak produksi, Gary telah meluahkan hasratnya itu sejak awal tahun ini  untuk memberi fokus kepada bidang muzik.

“Sejak awal tahun ini lagi Gary ada memberitahu niatnya untuk tinggalkan Running man kerana  ingin fokus terhadap bidang muzik.

“Dia juga ingin meluangkan lebih masa untuk menghasilkan muzik memandangkan dia juga merupakan penyanyi rap kumpulan Leesang.

“Kami telah cuba untuk memujuk dan meminta Gary supaya mempertimbangkan keputusannya namun tidak berjaya,” katanya seperti yang dilapor Soompi.

Bagaimanapun pihak produksi Running Man tetap menerima keputusan tersebut dengan hati yang terbuka dan berterima kasih kepada Gary sepanjang penglibatannya dalam program tersebut.

Kang Gary Tinggalkan Running Man

“Walaupun sedih namum kami hormati keputusannya dan kami hargai segala usaha yang diberikan oleh Gary sepanjang dalam Running Man.

“Dia merupakan anggota Running Man yang hebat! Terima kasih Gary kerana menjadi anggota tetap Running Man sepanjang enam tahun, Kami pasti akan merindui awak,” ujarnya.

Dalam pada itu, ruangan komen diakaun Instagram (IG) Gary dipenuhi dengan luahan hati peminat yang bersedih sebaik sahaja mengetahui tentang berita tersebut.

Rata-ratanya memberitahu akan merindui gelagat Gary yang ‘blurr’ dan juga adegan ‘gaduh-gaduh’ manja bersama pasangan Isninnya (Monday Couple), Song Ji Hyo.

Terdahulu, Gary telah menjadi anggota Running Man sejak tahun 2010 dan penggambaran terakhirnya untuk program tersebut adalah pada 31 Oktober ini.

Olahan: Mya Amri

Sumber: Soompi

tags: kang gary tinggalkan running man, kang gary, running man, monday couple

Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Misteri Kelahiran Kembar Sara


4/2011 tahun yg amat bermakna utk diri aku.ye la rezeki bertimpa².dapat keje tetap dan disahkan “twin pregnancy”

Aku bukan jenis upload UPT kat FB.canang baby bumb,share gambar scan 3D bagai.Bila ada yg tanya status secara depan² baru ceq habaq.Jadinya time raya aku still tak heboh yg aku bakal melahirkan kembar seiras kelak.

Cerita aku bermula pada 27.11.2011.

tengah siap² nk pegi kenduri aqiqah kawan mak tetiba ayah dapat call adik dia sekeluarga nk datang rumah..tanpa rasa sangsi ayah terus on.So bila dorg sampai aku yg sambut maklum la dah 36 minggu.Tak larat dh buat pape kat umah mak.Bila dorg sampai makcik aku sorg ni dia teruja lain mcm.Sampai² je salam sambil pegang perut aku.Pastu aku declare la yg pregnancy ni adalah twin seiras dan due 1.1.2012.dia boleh tak caya.siap meragui pulak keje doktor kata salah cek..hahaha.

Abis warm up sembang.aku pegi la dapur nk tolong mak angkat² cawan nk bagi dorg minum.tetiba makcik aku ni datang dapur nak tolong.

“eh..biar uteh tolong sian mak buyung buat keje” (sambil pegang perut aku).kita pn seronok la sbb badan tak larat.ada pulak yang datang bantu.Memang kena time la bantuan dia.by the way,mak cik aku ni ada 2 anak dara tau.Tapui anak dara dia suma pemalas.hehehe..

Dah ready makan minum,so dorg pn makan la kat meja yg disediakan.Aku pulak duduk bertentangan dengan makcik aku kat sofa.Dia perhati je ape yg aku buat.Time tu tengah suapkan anak makan.So piring tu stand atas perut buat macam meja.hehehe.Dia tegur “tgk tu perut dah besar smpai blh letak piring”.settle cite pasal ank lelaki dia yg nak bertunang bln 2/2012,dorang pun start nak gerak balik.ehhh..lagi skali pegang perut aku..3x dh dia pegang..

Esok malamnya lepas² isyak,tetiba perut aku berombak.Pergerakkan twin sangat² agresif.Ke kiri ke kanan dorg.Sampai mak dengan husband tengok perut aku yang tengah berombak tu.Senak beb.2 orang dalam perut macam tengah wrestling.Aku pun dah tak tentu arah time tu.Lusa pergerakan twin sayup² je.So aku imagine tempat dah sempit so twin pn behave dalam perut bonda dia.

30.11.2011 lepas subuh aku sedar kain basah.Tak mungkin la terkencing.Rupanya air ketuban dah pecah.Tapi kaler dia mcm kopi o cair.Terus panggil mak,semua kelam kabut bangun siap² pegi MHKL.

Sampai kat hospital,prosedur biasa wajib kena seluk nak tengok bukaan jalan dah bape cm.Dorang cek time tu still 1cm.So dorg pun wat lek wat pis sbb belum time.Dorg cari heartbeat twin belah kiri.Senyap.Belah kanan,senyap.Belah bawah pun senyap.So nurse panggil doktor,doktor pelatih pun scan.Tetiba doktor hilang.Datang pulak doktor senior sikit scan pulak kat tingkat 1.Pun senyap.Sekali aku kena tolak pergi bilik pakar.Pakar scan dia cakap twin DAH TAKDE.

Aku tanya la sejak bila?dalam tempoh lebih 24 jam.Bila di flash back maybe masa perut tengah berombak ritu.so dorg bawak aku pegi bilik kaunseling.Cerita pulak dengan mak,mak yg nangis..aku?konfius dengan perasaan time tu.Air mata pun tak mampu nak keluar.Jiwa kosong.Perasaan berkecamuk,so decide admited..

Jam 2am 1.12.2012 bukaan jadi 8cm.Terus dorg tolak masuk labour room (LR) 2 jam dalam LR bukaan 10cm.

Teran bagai nak rak.Sebab 100% tenaga kita kerah.Doktor tak suggest untuk vacum atau forcep takut “baby rosak”.Sumpah penat ! Tepat jam 4.20am lahirlah anugerah tak kesampaian Nur Alysha Qaisara di dunia ni.sunyi LR.Aku peluk Qaisara.Mengalir darah kat hidung anak bonda.Aku nampak muka Qaisara dah biru.

Ya Allah bidadari syurga yg aku tengah lihat ni.Aku cium.Nurse balut Qaisara dan letak tepi.Subhanallah orang lain teran.Baby keluar riuh LR.Tapi aku hanya jasad je yg ada.Roh twin dah sampai di syurga.Tepat jam 6.50am lahirlah bidadari ke-2 bonda Nur Alysha Maisara.Dua² comel.Dua² pengiring bonda.Saham untuk bonda diakhirat kelak.Urusan pengebumian berjalan lancar.Terima kasih Allah permudahkan urusan hambaMu ini.

4 hari lepas besalin baru discharge sebab darah banyak hilang waktu besalin.Siap kena refill 1 beg darah.Sampai kat rumah,rutin berpantang pun bermula.1st day berurut lepas settle tetiba darah beku keluar besar tapak tangan tebal seinci.Azabnya la nk kuar bila jahitan tak elok lagi.Lepas je darah beku tu kuar,aku bleeding tak henti.

Dari pukul 12 malam smpai subuh aku dh tukar 12 keping pad.Punyalah banyak darah keluar.Esok pagi mak ajak pegi balik hospital.Sampai PAC MHKL perghhhh kena seluk pulak,menjerit aku dalam bilik.Dah la sakit jahit blm baik.Doktor boleh seluk pulak.Bukan sekali,2 kali kena seluk.Rasa macam nak tendang doktor tu.

Dorang scan tengok ada darah beku dalam rahim.Esok kna cuci,bila dah “cuci” yg kuar hanya 2 cc je kot..lepas “cuci”..kna la refill balik HB (darah merah) 1 beg.

Settle masukkan darah dalam kol 5 ptg,makan² sembang² sebelum family dengan anak balik skali tetiba nak dekat maghrib sejuk yg amat².Sampai tangan merekot² kejang.Nurse kelam kabut tengok aku.Sumpah tak tipu time tu rasa nak pecah urat² nak cari blood pressure pun tak dapat.Nak detect temperature pun tak boleh.

Masa tu macam² ayat baca.Aku fikir malaikat maut nak cabut nyawa dah ke.Aku kuatkan semangat.Aku niat “Ya Allah Ya Tuhan ku,aku ada anak.Kuatkanlah semangat aku demi dia yg masih kecil”..lepas je aku niat tu tetiba macam ada sesuatu keluar dari kaki slow² terus bdn panas dan demam.Lepas dah ok,lusa dah boleh discharge.Balik rumah pantang lagi macam biasa.

Lepas 2 hari discharge..tetiba aku tumpah darah lagi..kali ni 3 hari lepak rumah sbb fobia kena seluk dalam bilik PAC masih menghantui..3 hari bleeding tanpa henti sampaikan aku bangun berdiri bulan bintang suma nampak..telinga dah berdesing.Bibir dengan lidag dah pucat.Muka pun dah jadi kuning.Bayangkan la sampai nak tukar pad pun aku baring..nak basuh jauh la skali..kumpul je dalm plastik skali darah beku yg keluar berketul² besar tapak tangan tebal seinci tu..sumpah sakit..!

Fikirkan anak..aku pegi jugak la hospital..betul la Allah cakap..selagi belum ajal..teruk mana pn dugaan kau..tetap belim sampai masa mungkar dan nangkir jumpa ko..sampai hosp..bleeding yg non stop 3 hari tu..terus takde..tp still kena seluk gak la sebab doktor nak tengok darah beku..dalam PAC dorg amik darah dpt result tengok HB tggl 6 je.Sedangkan normal paling sikit HB kena ada 12.Separuh beb hilang darah sebab bleeding 3 hari non stop..admited lagi 3 hari..masuk 2 beg darah..kali ni ok je time ada kat wad.so lusa discharge..

Bila 2x dah tumpah darah..mak pun mintak bantuan sorg ustaz.Nak pulihkan semangat aku.Takut aku tak kuat.Twin meninggal.Tumpah darah pulak.Bila jumpa ustaz tu dia bukak cerita aku ni bukan tumpah darah biasa,tapi sebenarnya ada gangguan.Orang yg terakhir datang rumah mak tu ada “membela” sesuatu dan dia buat alasan nak datang untuk sembang pasal anak dia nak bertunang.Tapi sebenarnya niat dia lain.

Mak dengan ayah tak bagi tau pun kat ustaz tu yg mak makcik aku tu bidan.Ustaz yg explain 1 by 1 cite “mak lampir” ni..aku terkilan sangat.Kenapa darah daging sendiri buat aku macam tu.Anak tu tak pe la maybe dah janji twin dengan penciptaNya hanya bersama bonda dialam rahim je.Tapi KENAPA aku pun “dikendurikan” skali..sampai sekarang aku tak nak jumpa “mak lampir” ni..risau aku tertumbuk muka dia..hehehe..

Kat sini aku nak nasihat sikit.apa yg jadi kat kita ni adalah dugaan.Allah tak akan menguji hambaNya jika dia tau kita tak mampu..lagi 1 anak suamu mak ayah ni pinjaman..amanah utk kita..redhalah walaupun perit..sebab setiap yang hidup pasti akan meninggalkan dunia yang fana ni..

Nota kaki : terpulang pada yang nak percaya atau pun tidak..aku tak paksa dan aku tak mintak simpati..tapi aku mohon beringatlah bukan kita je yang ada kat dunia ni..banyak makhluk Allah yg tanpa kita sedar dia berada disekeliling kita..tq admin.muahhh cikeddd..

Sumber: Fiksyenshasha

tags: bayi kembar, kembar mati dalam perut, mak lampir , bidan, mak sedara
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Faizznur Diugut Bunuh, Kemukan Saman Malu Terhadap Kakaknya

Peguam bapa saudara anak mangsa nahas Lebuh Raya Duta-Ulu Kelang (Duke), Muhamad Akmal Arif Shamsul Kahar mendakwa pihaknya mempunyai segala bukti untuk menangkis segala tuduhan yang dikemukakan oleh ibu saudara dua beradik itu, Yusnida Hussain.

Kata Muhamad Akmal, pihaknya mempunyai bukti-bukti seperti slip transaksi bank dan rekod-rekod lain bagi membuktikan dakwaan sebenar terhadap Muhammad Faizznur Asyraf Husain.
Duit sumbangan (orang ramai) masih ada. Tidak ada masalah tentang itu. Kami sedang bersedia mengumpul bukti untuk dibawa ke mahkamah nanti
Mahkamah hari ini memutuskan, kedua-dua bapa saudara kanak-kanak malang itu gagal untuk mengetepikan perintah membekukan akaun mereka yang dikeluarkan Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan.

Ini susulan Mahkamah Tinggi Syariah mengekalkan perintah membekukan tiga akaun bank itu dan menolak permohonan Hamlizar Husain dan Muhammad Faizznur Asyraf Husain yang mencabar perintah berkenaan.

Hakim Syarie Nassir Abdul Aziz membuat keputusan memerintahkan akaun itu dibekukan sehingga kes membabitkan hak penjagaan dan nafkah kanak-kanak tersebut iaitu Nur Firuza Amira, 8, dan Nur Firuza Aqila, 4, selesai.

Sebelum ini, Muhammad Faizznurr didakwa hanya menyerahkan RM12,000 daripada RM300,000 hasil sumbangan orang ramai kepada dua kanak-kanak terbabit.

Oleh yang demikian, Muhamad Akmal berkata pihaknya juga akan mengemukakan saman malu terhadap ibu saudara dua beradik, Yusnida dan suaminya berikutan tuduhan pecah amanah yang dibuat ke atas Muhammad Faizznur.

Kami akan keluarkan saman malu selepas notis tuntutan dikemukakan kepada Yusnida dan suaminya. Sidang media yang diadakan telah mengemukakan tohmahan yang tidak berasas (kepada Muhammad Faizznur) dan kami punya bukti yang sangat kukuh bahawa Muhammad Faizznur tidak bersalah.

Menurutnya lagi, tindakan Yusnida mengadakan sidang media tergempar tempoh hari hanya memburukkan keadaan dan mengganggu prosiding mahkamah yang sedang berjalan ketika itu.

Akibat daripada tindakan Yusnida, katanya, Muhammad Faizzur dan keluarga berdepan ugutan dan ancaman oleh masyarakat sekeliling.

Orang ramai yang tidak tahu hal sebenar telah mengecamnya menerusi media sosial dan Muhammad Faizznur juga menerima ugutan bunuh selepas dakwaan Yusnida tersebar di media sosial

Ujarnya lagi, pihaknya juga akan mengadakan sidang media dalam masa terdekat bagi menjelaskan keadaan semasa kepada seluruh masyarakat negara ini.

Sumber. Sinar Harian

tags: faizznur, yusnida, bapa saudara pecah amanah, saman malu, kemalangan duke, ugutan bunuh
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Apabila naluri tidak selaras dengan jantina, maka terjadilah konflik identiti bagi seseorang itu sehingga sanggup untuk mengubah kejadian tuhan menjadi transgender.

Penampilan mereka bertukar mengikut jantina yang diinginkan dan ada  diantara mereka yang sangup membuang alat kelamin. Dengan kecanggihan teknologi sekarang perubahan penampilan dari maskulin ke feminine atau sebaliknya tidaklah susah, semuanya boleh buat nak operate ataupun suntikan hormon. Megikut padangan dari segi medikal, mereka ini mempunyai masalah Gender Identity Disorder (GID) atau Gender Dysphoria.

Mari tengok gambar-gambar di bawah ini  yang membuat korang ternganga terbeliak mata tengok. Seriusly perubahan mereka ini sangat -sangat la mengejutkan. Macam lelaki dan perempuan sebenar.

1. Sona Avedian.
10 Gambar Transgender Sebelum Vs Selepas

Matthew mengalami transformasi besar setelah mengambil terapi hormon. Pria 33 tahun itu merubah diri menjadi Sona Avedian. Sebelumnya, ia pernah menikah dan mengangkat seorang anak perempuan. Saat ini tinggal di Austin, Texas.

2. Buck Angel.
10 Gambar Transgender Sebelum Vs Selepas

Ia merupakan sosok yang cukup dikenal di kalangan LGBT dunia. Perempuan yang mengubah diri sebagai laki-laki ini berjaya dalam dunia filem dewasa. Ia hidup dengan merahsiakan identitinya bertahun-tahun. Buck Angel pada 2007 menjadi pemenang Adult Video News Award ‘Transsexual Performer of the Year’. Saat ini ia menjadi advokat LGBT, dosen, pendidik, dan juga penulis.

3. Jenna Talackova.
10 Gambar Transgender Sebelum Vs Selepas

Jenna Talackova dikenali sebagai model dan artis TV Kanada yang mempunyai keperibadian yang menarik. Dia pernah menjadi finalis Miss Kanada namun pada akhirnya ditarik kelayakkannya atas sebab transeksual.

4. Thalita Zampirolli.
10 Gambar Transgender Sebelum Vs Selepas

Thalita Zampirolli adalah model transeksual dari Brasil. Thalita menjalani operasi ganti kelamin di Sao Paulo saat ulang tahunnya yang ke-18. Thalita yang kini berumur 24 tahun saat itu mendapat sokongan penuh keluarga. Bahkan operasinya saat itu  menggunakan dana dari neneknya.

5. Thomas Beatie.
10 Gambar Transgender Sebelum Vs Selepas

Thomas Beatie menjadi orang pertama di dunia yang disebut sebagai lelaki yang hamil. Dia dilahirkan sebagai perempuan dan bertahan dengan kelaminnya itu sampai pertengahan usia 20-an. Dia lalu memutuskan mengambil terapi hormon lelaki tetapi tetap mempunyai rahim sehingga masih boleh mempunyai anak. Saat ini dia mempunyai 3 anak yang dilahirkan sendiri.

6. Katastrophe.
10 Gambar Transgender Sebelum Vs Selepas

Roco Kayiatos yang dikenali dengan nama Katastrophe hidup di dunia hip-hop. Dia adalah seorang rapper dan produser musik di Amerika. Katastrophe menjadi mucisian hip-hop pertama yang terbuka dengan identiti seksualnya.

7. Balian Buschbaum.
10 Gambar Transgender Sebelum Vs Selepas

Balian Buschbaum lahir sebagai perempuan dengan nama Yvonne Buschbaum yang merupakan bekas atlet lompat galah perempuan di Jerman. Dia menjadi satu di antara dua atlet lompat galah terbaik di Jerman saat itu, namun langkahnya harus terhenti setelah cedera. Setelah itu, dia secara terbuka menyatakan keinginannya untuk ganti kelamin. Pada 2008 dia menjalani operasi untuk menjadi seorang lelaki.

8. April Ashley.
10 Gambar Transgender Sebelum Vs Selepas

April Ashley merupakan salah satu orang pertama yang melakukan operasi kelamin. Dia adalah seorang model dan pemilik sebuah restoran di England. Dilahirkan dengan nama George Jamieson, Dia menyebutkan dalam bukunya bahawa dirinya pernah diperkosa saat masih berumur 11 tahun. Pada usia 25 tahun, tepatnya pada Mei 1960, ia menjalani operasi ganti kelamin selama 7 jam dengan biaya mencapai 3000 pound saat itu. Operasi itu memberi efek nyeri dan rambut rontok, tapi operasi itu memberikan perubahan signifikan pada kehidupannya.

9. Karen Adell Scot.
10 Gambar Transgender Sebelum Vs Selepas

Gary Sconce, Seorang pensyarah berusia 56 tahun, mengejutkan semua mahasiswanya apabila mengumumkan dirinya bertransformasi menjadi perempuan bernama Karen Adell Scot. Pengalamannya mengajar selama 24 tahun membuatnya mendapatkan penghargaan sebagai pendidik terbaik. Risiko perubahan kelamin, dia kehilangan hubungan dengan isteri, anak, dan rakan gereja. Meski begitu, ternyata mahasiswa dan sesama rakan kerja menyokong pilihannya.

10. Loren Cameron.
10 Gambar Transgender Sebelum Vs Selepas

Loren Cameron adalah aktivis gender, penulis, dan jurufoto. Dia memilih untuk mengubah diri dari perempuan menjadi lelaki.


Walaupun banyak terjadi di negara luar gejala transgender ini tapi jangan ingat di Malaysia tiada transgender ini. Banyak juga transgender di Malaysia, Salah satunya adalah :

Safie Ilias

10 Gambar Transgender Sebelum Vs Selepas


Safie Ilias, berusia 22 tahun dan bergelar jutawan pada usia yang sangat muda iaitu semsa berumur 19 tahun. Penampilan seperti wanita siapa sangka sebenarnya dia seorang lelaki. Hidayah Allah datang tanpa diduga. Safie kemudian mengambil keputusan untuk kembali menjadi lelaki yang mana itulah diri sebenarnya yang sudah lama terkurung. Dia telah membuat keputusan untuk membuang implan payu daranya dan menjadi seorang lelaki normal. Setiap perubahan pasti ada ujiannya dan memerlukan kekuatan dan istiqomah. Malangnya baru-baru ini, Safie membuat pengumman mengemparkan di laman sosialnya untuk menjadi wanita semula kerana penat dengan kata-kata orang ramai mengenainya. Semoga di beri hidayah.


tags: trangender sebelum selepas, transgender, transeksual, safie ilias, hollywwod


Share
Tweet
Pin
Share
No Comments

Seorang anggota tentera dikenakan hukuman penjara 16 tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas tuduhan merogol seorang wanita di Machang, pada Februari tahun lalu.

Hakim Ahmad Bazli Bahruddin mengenakan hukuman terhadap Muhammad Hafizan Pauzi, 23, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah.

Mengikut pertuduhan, Muhammad Hafizan, yang bertugas sebagai anggota tentera di Temerloh merogol seorang wanita berusia 22 tahun di loji air Merbau Chondong, Pulai Chondong, Machang jam 6.30 petang pada 16 Februari 2015.

Tertuduh yang berpangkat prebet itu didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan. 

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Siti Hajar Alias, meminta hukuman setimpal dikenakan terhadap tertuduh memandangkan kejadian itu dirancang, bukannya disengajakan. 

Bagaimanapun, peguam tertuduh, Ahmad Zubairi Salleh memohon hukuman ringan dikenakan memandangkan tertuduh masih bertugas sebagai anggota tentera. 

Ahmad Zubairi turut meminta hukuman berkenaan ditangguhkan sehingga rayuannya didengar di Mahkamah Tinggi. Mahkamah kemudiannya membenarkan permohonan tertuduh untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman sehingga rayuan di Mahkamah Tinggi selesai dengan jaminan RM20,000

Sumber: Berita Harian

tags: anggota tentera dijatuhkan hukuman, 16tahun penjara, 10 sebatan, kota bahru, anggota tentera, machang
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Selebriti atau artis tak selamanya berada dalam dunia populariti mereka. Sekejap timbul sekejap tenggelam. Sebagai artis mereka ini mestilah menjaga penampilan dan gaya dikalangan peminat sebagai public figure mereka. Tetapi malangnya, ada yang konsisten berprestasi, tetapi ada juga yang berubah di luar dugaan. Untuk beberapa peminat, mereka merasakan perubahan ini bahkan sampai pada tahap mengecewakan. Tidak terkecuali 10 artis Hollywood berikut ini.

Dulu 10 Artis Hollywood Ini Dipuja-puja, Tapi Lihat Sekarang..

1. Macaulay Culkin.
10 Artis Hollywood Dahulu Vs Sekarang


2. Jake Lloyd
10 Artis Hollywood Dahulu Vs Sekarang


3. Haley Joel Osment
10 Artis Hollywood Dahulu Vs Sekarang


4. Clint Howard
10 Artis Hollywood Dahulu Vs Sekarang


5. Lark Voorhies
10 Artis Hollywood Dahulu Vs Sekarang


6. Danny Bonaduce
10 Artis Hollywood Dahulu Vs Sekarang


7. Jeremy Miller
10 Artis Hollywood Dahulu Vs Sekarang


8. Angus T Jones
10 Artis Hollywood Dahulu Vs Sekarang





9. Amanda Bynes
10 Artis Hollywood Dahulu Vs Sekarang


10. Edward Furlong
10 Artis Hollywood Dahulu Vs Sekarang


tags: 10 artis hollywood, artis dahulu vs sekarang, hollywood, home alone, perubahan artis hollywood
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
8 Tips Untuk Kekal Awet Muda

Kita sering tertanya-tanya, bagaimana mereka yang telah mencapai usia lewat 40 an masih lagi tampak muda dan berseri-seri. Apakah rahsia mereka tampak awet muda? yang pasti mesti terdapat amalan-amalan yang mereka lakukan harian untuk kekal awet muda contohya seperti cara hidup yang sihat dan pemakanan yang betul. Jom kita follow amalan di  bawah ini untuk kekal awet muda sentiasa.

8 Tips Awet Muda Mudah Untuk Anda Amalkan

Ikutilah tip-tip berikut untuk terus kekal muda:

1. Tidur 

8 Tips Untuk Kekal Awet Muda

Tidur penting untuk kesihatan tubuh badan anda.  Kulit anda juga akan bertambah baik dengan tidur yang mencukupi. Tidur yang mencukupi ialah dengan tidur dalam tempoh 6 – 8 jam setiap hari.

2. Bersenam

8 Tips Untuk Kekal Awet Muda

Anda perlu besenam dengan kerap untuk mendapatkan kesihatan yang baik. Senaman ini akan membuatkan tubuh badan anda kekal aktif dan berfungsi dengan baik. Pelbagai aktiviti sukan juga boleh dipilih dan anda tidak semestinya melakukan senaman di gym.

3. Buah-Buahan & Sayuran 
8 Tips Untuk Kekal Awet Muda

Buah-buahan dan sayuran adalah baik untuk kesihatan dalaman dan juga kulit anda. Pilihan ulam-ulaman tempatan juga baik. Selain murah, ia juga mudah untuk didapati. Disamping khasiatnya yang sangat tinggi. Jadikanlah ia sebagai amalan harian anda.

4. Minum Air 

8 Tips Untuk Kekal Awet Muda

Amalkan minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Air akan melembabkan kulit anda serta membantu peredaran darah anda.

5. Jangan Merokok 

8 Tips Untuk Kekal Awet Muda

Merokok membahayakan kesihatan. Ia juga merosakkan struktur kulit; berdasarkan kajian perubatan, merokok menyumbangkan kira-kira 45% faktor penuaan berbanding dengan mereka yang tidak merokok.

6. Amalkan Pemakanan Seimbang

8 Tips Untuk Kekal Awet Muda


Amalkan pemakanan seimbang didalam kehidupan anda. Pastikan diet anda lengkap dengan kandungan vitamin dan mineral yang diperlukan.

7. Tangani Tekanan Dengan Bijak

8 Tips Untuk Kekal Awet Muda

Tekanan bukan sahaja akan mempengaruhi kesihatan mental sebaliknya ia juga akan mempengaruhi keishatan seluruh badan anda. Teorinya mudah, bagi mereka yang selalu gembira pastinya akan kelihatan muda remaja berbanding dengan mereka yang selalu berdepan dengan tekanan. Rancang perjalanan kehidupan harian anda dengan baik bagi mengelakkan tekanan.

8. Berfikiran Positif

8 Tips Untuk Kekal Awet Muda

Kearah kehidupan yang lebih baik, fikirlah secara positif. Anda pasti akan berasa lebih baik jika sentiasa amalkan kehidupan yang positif. Pembacaan buku-buku motivasi juga boleh membantu anda berfikiran positif.

Sumber: Kevin Zahri

tags: tip kekal awet muda, awet muda, mak hanis zalika, cara hidup sihat, pemakanan seimbang
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Newer Posts
Older Posts

CARI ARTIKEL HAIRAN

TAWARAN MENARIK

LIKE FACEBOOK KAMI

CERITA HAIRAN MINGGU INI

  • Zahra Puteri Ais Berhijab
  • WTF KOT - Kek Bentuk Manusia Versi Drama Siri Dexter (9 Gambar)
  • TERKEJUT KOT - Haiwan Apakah Yang Mempunyai Tengkorak Sebegini? (4 Gambar)
  • Empat mangsa terperangkap dalam gua telah diselamatkan
  • Pinjaman Peribadi di Malaysia Yang Perlu Anda Tahu

ARKIB HAIRAN

  • ►  2023 (1)
    • ►  November 2023 (1)
  • ►  2021 (2)
    • ►  April 2021 (2)
  • ►  2019 (12)
    • ►  December 2019 (3)
    • ►  November 2019 (1)
    • ►  August 2019 (1)
    • ►  July 2019 (2)
    • ►  May 2019 (4)
    • ►  March 2019 (1)
  • ►  2018 (44)
    • ►  November 2018 (14)
    • ►  October 2018 (1)
    • ►  July 2018 (9)
    • ►  April 2018 (2)
    • ►  March 2018 (11)
    • ►  February 2018 (2)
    • ►  January 2018 (5)
  • ►  2017 (58)
    • ►  November 2017 (3)
    • ►  October 2017 (5)
    • ►  September 2017 (2)
    • ►  August 2017 (1)
    • ►  February 2017 (38)
    • ►  January 2017 (9)
  • ▼  2016 (101)
    • ▼  December 2016 (2)
      • Cerita Upin - Ipin Jeng Jeng Jeng, Indah Khabar Da...
      • Senyummu Umar Menceriakan Hati Ummi Yang Trauma
    • ►  November 2016 (3)
      • Wan Maimunah Menitis Air Mata Terharu Menerima Sum...
      • Nadya Syahera Bernikah Bagi Mengelakan Fitnah
      • Saya Minta Maaf Atas Kebodohan Saya – Janna Nick
    • ►  October 2016 (12)
      • Kang Gary Tinggalkan Running Man
      • Misteri Kelahiran Kembar Sara
      • Faizznur Diugut Bunuh, Kemukan Saman Malu Terhadap...
      • 10 Gambar Transgender Sebelum Vs Selepas
      • Anggota Tentera Dijatuhkan Hukuman 16 Tahun Penjar...
      • 10 Artis Hollywood Dahulu Vs Sekarang
      • 8 Tips Untuk Kekal Awet Muda
    • ►  September 2016 (14)
    • ►  August 2016 (50)
    • ►  July 2016 (8)
    • ►  June 2016 (2)
    • ►  April 2016 (2)
    • ►  February 2016 (8)
  • ►  2015 (45)
    • ►  December 2015 (1)
    • ►  October 2015 (2)
    • ►  September 2015 (15)
    • ►  July 2015 (3)
    • ►  April 2015 (3)
    • ►  March 2015 (17)
    • ►  January 2015 (4)
  • ►  2014 (80)
    • ►  November 2014 (2)
    • ►  October 2014 (15)
    • ►  September 2014 (36)
    • ►  July 2014 (1)
    • ►  May 2014 (1)
    • ►  January 2014 (25)
  • ►  2013 (351)
    • ►  December 2013 (34)
    • ►  November 2013 (1)
    • ►  September 2013 (31)
    • ►  August 2013 (47)
    • ►  July 2013 (130)
    • ►  June 2013 (108)

PAUTAN LINK BERKAITAN

CREATE BY PEOPLE | MAINTAIN BY PASSION. WE ARE HAIRANGERS!