8 Tips Untuk Kekal Awet Muda
Kita sering tertanya-tanya, bagaimana mereka yang telah mencapai usia lewat 40 an masih lagi tampak muda dan berseri-seri. Apakah rahsia mereka tampak awet muda? yang pasti mesti terdapat amalan-amalan yang mereka lakukan harian untuk kekal awet muda contohya seperti cara hidup yang sihat dan pemakanan yang betul. Jom kita follow amalan di bawah ini untuk kekal awet muda sentiasa.
8 Tips Awet Muda Mudah Untuk Anda Amalkan
Ikutilah tip-tip berikut untuk terus kekal muda:
1. Tidur
Tidur penting untuk kesihatan tubuh badan anda. Kulit anda juga akan bertambah baik dengan tidur yang mencukupi. Tidur yang mencukupi ialah dengan tidur dalam tempoh 6 – 8 jam setiap hari.
2. Bersenam
Anda perlu besenam dengan kerap untuk mendapatkan kesihatan yang baik. Senaman ini akan membuatkan tubuh badan anda kekal aktif dan berfungsi dengan baik. Pelbagai aktiviti sukan juga boleh dipilih dan anda tidak semestinya melakukan senaman di gym.
3. Buah-Buahan & Sayuran
Buah-buahan dan sayuran adalah baik untuk kesihatan dalaman dan juga kulit anda. Pilihan ulam-ulaman tempatan juga baik. Selain murah, ia juga mudah untuk didapati. Disamping khasiatnya yang sangat tinggi. Jadikanlah ia sebagai amalan harian anda.
4. Minum Air
Amalkan minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Air akan melembabkan kulit anda serta membantu peredaran darah anda.
5. Jangan Merokok
Merokok membahayakan kesihatan. Ia juga merosakkan struktur kulit; berdasarkan kajian perubatan, merokok menyumbangkan kira-kira 45% faktor penuaan berbanding dengan mereka yang tidak merokok.
6. Amalkan Pemakanan Seimbang
Amalkan pemakanan seimbang didalam kehidupan anda. Pastikan diet anda lengkap dengan kandungan vitamin dan mineral yang diperlukan.
7. Tangani Tekanan Dengan Bijak
Tekanan bukan sahaja akan mempengaruhi kesihatan mental sebaliknya ia juga akan mempengaruhi keishatan seluruh badan anda. Teorinya mudah, bagi mereka yang selalu gembira pastinya akan kelihatan muda remaja berbanding dengan mereka yang selalu berdepan dengan tekanan. Rancang perjalanan kehidupan harian anda dengan baik bagi mengelakkan tekanan.
8. Berfikiran Positif
Kearah kehidupan yang lebih baik, fikirlah secara positif. Anda pasti akan berasa lebih baik jika sentiasa amalkan kehidupan yang positif. Pembacaan buku-buku motivasi juga boleh membantu anda berfikiran positif.
Sumber: Kevin Zahri
tags: tip kekal awet muda, awet muda, mak hanis zalika, cara hidup sihat, pemakanan seimbang
0 Comments