GOSSIP KOT - Identiti Pelawak Dengan Mesej Lucah Didedahkan?


Baca dan fikir dengan logik akal!

Kami meremang bulu tengkuk membaca mengenai kes seorang pelawak popular yang giat meng"ayat" wanita melalui aplikasi perbualan telefon bimbit. Apa tidaknya, ayat-ayat yang digunakan itu menunjukkan kegersangan & keterdesakan beliau untuk mendapatkan gambar lucah wanita.


Perkara ini didedahkan oleh dua wanita yang merasakan diri mereka dipergunakan dengan sikap pelawak itu yang dikatakan bersikap kasanova ‘pantang nampak dahi licin’ kepada akhbar Berita Harian. Antara perbualan pelawak tersebut dengan wanita yang menjadi ‘mangsa’nya ialah:



Menurut wanita itu:
Bukan saya seorang saja yang diperdaya serta ditipu oleh lelaki itu. Ketika melepak bersama kawan-kawan, saya terkejut kerana pelawak itu juga cuba untuk mengurat mereka.

Ini bukannya tuduhan melulu kerana saya berani tampil membuat pengakuan berdasarkan bukti yang ada pada saya. Helah yang digunakan sama saja iaitu dengan meminta gambar bogel serta mahu berborak secara video call.

Beliau pandai berdrama membuat muka sedih meminta simpati dengan pelbagai kenyataan yang dibuat olehnya.

Bukan setiap wanita murah dan termakan janji manis dengan begitu mudah. Saya harap dia segera berhenti membuat kerja bodoh sebelum jatuh kerana perangai buruknya sendiri.
Antara yang dispekulasi sebagai pelawak itu ialah Tauke, bagaimanapun ia telah dinafikan olehnya.

Lagi screenshot perbualan lucah pelawak tersebut dengan membaca entri ini sepenuhnya.




#HairanBlog - Siapakah agaknya pelawak yang dimaksudkan? Tapi apa yang kami hairan adalah jika pelawak tersebut gatal miang, kenapa kau pergi layan?? The moment dia mula mintak something yang pelik dan lucah, kau dah tahu niat dia tapi dalam mesej tu, baik betul kau layan..hmmm maksudnya pelawak tersebut tidak bertepuk sebelah tangan kan? 


You May Also Like

0 Comments