FAKTA KOT - Air Mani Pernah Dijadikan Dakwat Menulis Bagi Agen Rahsia? (1 Gambar)


Air mani banyak kelebihan.

FAKTA KOT - Air Mani Pernah Dijadikan Dakwat Menulis Bagi Agen Rahsia? | Kami difahamkan sperma a.k.a air mani lelaki pernah digunakan sebagai cecair tulisan lutsinar yang paling efektif kerana tidak boleh dikesan oleh wap sodium. Agen rahsia British atau MI6 menggunakan sperma untuk menulis pesanan rahsia dalam Perang Dunia I.

Kerana bimbang dikesan pihak musuh, pihak M16 berusaha mencari formula paling berkesan untuk menulis pesanan rahsia tanpa dikesan oleh wap sodium yang pada ketika itu merupakan cara paling efektif dalam mengesan tulisan rahsia. Perkara ini dibongkar dalam catatan harian seorang wakil ketua perisikan tentera di Perancis, Walter Kirke.

Dalam catatan pada bulan Jun 1915 itu, terdapat permintaan cecair lutsinar yang tidak mudah dikesan dari pimpinan tertinggi MI6 di London University. Permintaan itu akhirnya mendapat jawapan pada bulan Oktober 1915.


Dalam surat itu, mereka mencadangkan pesanan rahsia ditulis dengan cairan yang sangat mudah didapati iaitu sperma atau air mani. Selain mudah didapati, hasil ujian menunjukkan sperma tidak dapat dikesan oleh wap sodium.

Mengikut peraturan yang ditetapkan ketika itu, seorang agen akan dikeluarkan dari tempatnya bertugas sekiranya dia membantah bila diarah menggunakan sperma untuk menulis sebarang pesanan. Para agen juga di ingatkan untuk sentiasa menggunakan sperma yang masih segar jika tidak mahu tulisan yang ditulis mengeluarkan bau yang tidak enak.

Catatan-catatan tersebut terdapat di dalam buku MI6:The History of the Secret Inteligence Service 1909-1949, hasil karya Profesor Keith Jeffery. Buku tersebut telah dilancarkan pada 2010 dan akan dimuat secara terbitan bersiri.

HairanBlog - So, agen rahsia dulu - dulu kena masturbate dahulu untuk keluarkan air mani dan menggunakannya untuk menulis. Idea terbaik!!

Sumber: KoleksiCeritaBest

You May Also Like

2 Comments

  1. air mani jadi dakwat? fap fap fap

    ReplyDelete
  2. Kalau agen wanita yg tolong kluarkan,rasanya berbaris panjang lerrr yg nk jadi agen MI6,hehe

    ReplyDelete