• UTAMA
  • MENGENAI KAMI
  • HUBUNGI KAMI
  • PENAFIAN
  • ISI KANDUNGAN
Powered by Blogger.

KATEGORI ARTIKEL

  • Berita 120
  • Blogging 2
  • Filem 7
  • Gadjet 5
  • Gaming 6
  • Gossip 163
  • Kisah 84
  • Lawak 81
  • Video 20
  • WTF 18

Hairan Blog merupakan sebuah blog yang menyediakan artikel yang meliputi pelbagai jenis Informasi, Berita Semasa, Gosip Artis Malaysia, Dunia Teknologi, Panduan SEO dan Blogging.

Ditubuhkan pada tahun 2012 dan berharap pembaca masih setia dan sudi membaca blog ini. Segala kudrat dan usaha penulis pasti berbaloi dengan sokongan dari anda. TQ

BLOG LAIN YANG HAIRAN

  • BeautifulNara
  • Aksiz
  • Buasir Otak
  • HASRULHASSAN.COM
  • Zaza Iman
  • Encik Hairan - Benda Boleh Settle!
  • Oh! Media

SILA TEKAN LIKE

  • MENGENAI KAMI
  • HUBUNGI KAMI
  • PENAFIAN
  • ISI KANDUNGAN
Hairan Blog
  • Home-icon
  • UTAMA
  • _BERITA
  • _GOSIP
  • _GAMING
  • _TEKNOLOGI
  • _GAYA HIDUP
  • _VIDEO
  • BERITA
  • ARTIS
  • PANDUAN
  • _PEDOMAN
  • _TRAVEL
  • _BLOGGING
  • _SEO
  • _KEWANGAN
  • WOW!
  • FAKTA
  • KISAH MENARIK

Menu Footer Widget

  • KE BLOG ENCIK HAIRAN
  • KE GOSIP HAIRAN
youtube facebook instagram twitter

Hairan Blog

Sudah semestinya kita yang memiliki rumah tidak ingginkan perkara - perkara buruk terjadi termasuklah kejadian pecah rumah. Namun, kami kongsikan pengalaman seorang suami memagar rumahnya dengan ayat Al Quran.

Bacalah Ayat Al Quran Ini Untuk Elakkan Rumah Dimasuki Pencuri

Saya nak share sesuatu yang saya rasa dapat memberi manfaat. Saya ibu kepada 2 orang anak. Saya dan suami bekerja syif (perhotelan). Kami bekerja nun di atas bukit Genting. Tapi kami tinggal di Batang Kali. Setiap hari kami berulang 30-35 minit. Cara bekerja di Genting ni lain. Kami bekerja 3 minggu tanpa cuti dan diberi cuti seminggu terus. Tiap bulan begitu.

Saya, suami dan anak² memang dah biasa rutin kami memang begitu. 3 minggu bekerja dan 1 minggu cuti. Selalunya cuti seminggu tu, kami akan tinggalkan rumah. Pergi bercuti, sebab tak ada banyak masa dengan anak². Time cuti sajalah boleh nak spend time.

Ceritanya begini, rumah kami memang ada CCTV, suami pasang sebab kami bekerja syif dan selalu tinggal rumah lama² hampir setiap bulan untuk bercuti. Nak dijadikan cerita, satu hari selepas kami balik bercuti, saya buka saja pintu rumah ternampak ada lelaki dalam rumah dalam keadaan tak bermaya, boleh dikatakan separuh sedar.

Saya berlari keluar panggil suami supaya pegang anak² dan saya nak telefon polis. Tetapi suami cakap tak perlu telefon dulu, biar dia jumpa lelaki tu dulu. Suami telefon ibu bapa saya yang tinggal berdekatan untuk datang.

Suami saya bagi air, lepas tu bagi pula makanan yang kami bungkus tadi sebelum balik kepada lelaki tu. Selepas dia selesai makan, suami mula menyoal.

"Buat apa di rumah kami??"

Dia kata dia memang mark rumah kami. Tiap bulan mesti akan kosong lama. So dia tunggu je bila masa sesuai untuk dia masuk dan rompak. Ye, rompak.

Menggigil tangan saya nak telefon polis. Suami tak izinkan. Suami tanya apa yang terjadi dan kenapa tak rompak? Kenapa masih di dalam rumah? Kenapa lemah tak bermaya?

Lelaki tu kata, dia rasa kaki dan tangan dia macam dipasung. Dia cuba mencari jalan nak keluar tetapi tak jumpa². Sudah 3 hari dia berada di dalam rumah saya, tak jumpa jalan keluar. Kaki tangan macam dipasung, langsung tak dapat bergerak walaupun untuk mencari setitis air untuk minum,

Suami saya kata, niat di hati memang nak sumbatkan saja dalam penjara tapi dia masih kasihan. Suami kata dia pernah terbaca:-

"Kalau kita nampak seseorang tu susah, dilanda musibah, sebenarnya Allah tu bukan saja sedang menguji dia, tetapi sedang uji kita juga bagaimana kita menangani perkara tu. Suami pilih untuk beri peluang dan memaafkan sebab dia memang tak sempat capai apa² barang pun lagi.

Selesai semuanya, suami saya buka cerita. Dengan wajah gembira dia kata, malam ni dia nampak kuasa Allah dan dia ingat pesan arwah bapanya supaya tiap kali nak keluar rumah walaupun nak pergi makan malam depan rumah, bacalah satu ayat dari surah yasin (ayat 9).

Bukan saja nak keluar rumah, tiap kali nak tidur pun suami akan baca seperti dipesan arwah bapanya. Anak² pun suami saya ajar doa ni. Tersangatlah berguna dan saya rasa terpanggil untuk berkongsi. Di sini saya kongsikan sekali ayatnya. Semoga bermanfaat dan semoga diri kita serta orang² kesayangan kita sentiasa dilindungi walau di mana saja mereka berada. Aamiin.

Bacalah Ayat Al Quran Ini Untuk Elakkan Rumah Dimasuki Pencuri

Gambar Sekadar Hiasan


Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Apakah Hukum Persetubuhan Menggunakan Kondom Ketika Isteri Sedang Haid?

Soalan:

Haid adalah darah yang kotor, maka diharamkan daripada melakukan persetubuhan. Oleh itu, bolehkah sekiranya saya menggunakan kondom untuk persetubuhan ketika isteri saya didatangi haid?

Jawapan:

Berdasarkan apa yang ditanyakan di atas perlu untuk kita fahami beberapa perkara.

Hukum Bersetubuh Ketika Haid

Permasalahan ini telah dinyatakan di dalam al-Quran, berdasarkan firman Allah SWT:

وَيَسْأَلُونَكَ عَنِ الْمَحِيضِ ۖ قُلْ هُوَ أَذًى فَاعْتَزِلُوا النِّسَاءَ فِي الْمَحِيضِ ۖ وَلَا تَقْرَبُوهُنَّ حَتَّىٰ يَطْهُرْنَ ۖ فَإِذَا تَطَهَّرْنَ فَأْتُوهُنَّ مِنْ حَيْثُ أَمَرَكُمُ اللَّـهُ ۚ إِنَّ اللَّـهَ يُحِبُّ التَّوَّابِينَ وَيُحِبُّ الْمُتَطَهِّرِينَ 

Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) haid. Katakanlah: "Darah haid itu satu benda yang (menjijikkan dan) mendatangkan mudarat". Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri daripada perempuan (jangan bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu, dan janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci. Kemudian apabila mereka sudah bersuci maka datangilah mereka menurut jalan yang diperintahkan oleh Allah kepada kamu. SesungguhNya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri. [Al-Baqarah (222)]

Berdasarkan ayat di atas, beberapa perkara penting untuk kita fahami. Yang pertama, Imam al-Qurtubi menafsirkan " قُلْ هُوَ أَذًى " ialah sesuatu yang mengotorkan wanita. Lalu disambung ayat tersebut dengan فَاعْتَزِلُوا النِّسَاءَ" "فِي الْمَحِيضِ iaitu hendaklah meninggalkan isteri ketika sedang haid. Kemudian ayat seterusnya ditekankan sekali lagi perintah untuk menjauhkan diri pada وَلَا تَقْرَبُوهُنَّ

Menurut Ibn ‘Arabi, larangan mendekati membawa maksud tidak dibenarkan untuk mencampuri isteri.

Di dalam Tafsir Ibn Kathir (1/320), dinukilkan bahawa Imam Ahmad menyebutkan, daripada Anas RA, menceritakan tentang budaya kaum yahudi. Apabila wanita mereka didatangi haid, mereka mengasingkan wanita itu dari rumah. Maka para sahabat bertanya, bagaimana seharusnya dilayan wanita yang didatangi haid. Lalu turunlah ayat di atas. Kemudian Rasulullah SAW bersabda:

‏ اصْنَعُوا كُلَّ شَىْءٍ إِلاَّ النِّكَاحَ ‏
Buatlah apa sahaja selain persetubuhan. [Riwayat Muslim (302)]

Di dalam masalah ini Imam al-Syafie menyebutkan:

"مَنْ فَعَلَ ذَلِكَ فَقَدْ أَتَى كَبِيرَة"
Barang siapa yang melakukan (persetubuhan ketika haid), sesungguhnya melakukan dosa besar. [Lihat al-Majmu’ (2/389)]

Berdasarkan nas al-quran dan hadith serta kenyataan yang disebutkan oleh Imam al-Syafie, perbuatan bersetubuh walaupun menggunakan kondom adalah dilarang. Larangan tersebut membawa hukum Haram.

Islam adalah agama yang rahmah untuk sekalian alam. Larangan persetubuhan ketika haid bukan sahaja untuk menjaga kaum lelaki apabila penyoal menyatakan sudah selamat dengan memakai kondom tetapi Islam juga mengambil berat tentang kaum wanita. Pengharaman ini mempunyai hikmah yang sangat besar yang antaranya ialah, ia boleh mengakibatkan penyakit kepada suami dan juga isteri. Banyak kajian saintifik yang dilakukan, membuktikan larangan Islam ini ada kewajarannya. Baca selanjutnya di artikel kami sebelum ini yang bertajuk Irsyad Al-Fatwa Ke-20: Hikmah Larangan Persetubuhan Ketika Haid [1].

Walau bagaimanapun di sana terdapat kelonggaran di dalam mazhab al-Syafie berkenaan hukum beristimta’ (melakukan aktiviti yang berunsur seksual) dengan isteri ketika haid. Secara asalnya, jumhur ulama’ mengharamkan istimta’ di antara pusat hingga ke lutut tanpa berlapik. Sekiranya beristimta’ secara berlapik, maka diharuskan menurut pandangan mazhab al-syafie dan mazhab Hanafi. [Lihat Mausuah Al-Fiqhiyah (18/324)]

Kesimpulan

Kami berpendapat dalam masalah ini, persetubuhan ketika haid adalah haram walaupun memakai kondom berdasarkan penghujahan di atas.

Semoga kita sentiasa diberi hidayah dan petunjuk untuk mengamalkan syariat Islam. Amin.

[1] http://muftiwp.gov.my/en/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum-cat/2059-20?highlight=WyJoYWlkIl0=

[2] http://www.ohmedia.my/2018/11/hukum-persetubuhan-guna-kondom-ketika-isteri-haid.html
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Apakah Hukum Bridal Shower Dalam Islam?

Budaya baby shower, bridal shower dan parti orang bujang (bachelorette party) telah menjadi ikutan dan trend pada zaman sekarang. Namun, di Malaysia yang majoritinya beragama islam, apakah hukum serta penjelasan mengenai budaya barat ini kepada Islam?

Laman web rasmi Mufti Wilayah Persekutuan menerangkan isu ini melalui pertanyaan yang diusulkan dan diperjelaskan mengikut syarak.  Mari kita baca penjelasan dibawah.

Soalan                               

Adakah bridal shower yang diamalkan oleh pengantin yang berbangsa Melayu beragama Islam sebelum malam perkahwinan itu dibenarkan syarak?

Jawapan

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT tuhan sekalian alam, selawat serta salam buat Nabi SAW, ahli keluarga baginda, isteri-isteri, para sahabat baginda, seterusnya mereka yang mengikuti jejak langkah baginda hingga ke hari akhirat.

Untuk memahami persoalan yang diajukan, kita perlu memahami beberapa perkara.

Asal-Usul Bridal Shower Atau Bachelorette Party

Menurut sebuah artikel di laman web World Bride Magazine[1], ‘bridal’ ini berasal dari Holand pada kurun ke-16. Ia disambut untuk mengembirakan bakal pengantin yang akan menamatkan zaman bujang. Ia juga untuk membantu pengantin perempuan bagi menyediakan dowry iaitu hadiah daripada pihak pengantin perempuan kepada pengantin lelaki.

Perkataan shower pula muncul di Amerika Syarikat ketika era Victoria. Gadis-gadis daripada golongan pembesar meraikan bakal pengantin dengan sesi bersuka-ria, menukar hadiah dan makan bersama. Selepas beberapa kurun, hal ini menjadi suatu kebiasaan bagi pengantin untuk diraikan sebelum perkahwinan mereka.

Larangan Menyerupai Orang Kafir

Dalam permasalahan ini, kami telah menjawab dalam artikel yang bertajuk, Bayan Linnas Siri Ke- 152: Had Berinteraksi Dengan Agama Lain Di Dalam Rumah Ibadat Mereka Di Malaysia[2]. Dalam artikel ini, kami menghuraikan dengan panjang tentang larangan menyerupai orang kafir.

Islam merupakan agama yang amat mementingkan identiti. Sedangkan manusia amat menitikberatkan identiti bangsa yang dianuti dan negara yang diduduki, apatah lagi Allah SWT, Tuhan yang menurunkan agama ini. Oleh itu, sebagai hamba-Nya yang taat, kita perlu berhati-hati dalam memastikan identiti Islam sentiasa terpelihara daripada penyerupaan dengan agama lain.

Lantaran itu, kita dilarang oleh Rasulullah SAW menyerupai golongan kafir dalam hal yang merupakan identiti atau lambang atau syiar agama mereka. Daripada Ibn Umar R.Anhuma, Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ

Maksudnya: “Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum dia adalah dari kalangan mereka.”

Riwayat Abu Daud (4031)

Imam al-San’ani (w.1182H) Rahimahullah berkata bahawa hadis di atas menunjukkan barangsiapa yang menyerupai orang-orang fasiq ataupun kafir ataupun orang yang melakukan bid’ah dalam apa jua perkara yang dikhaskan padanya dari segi pemakaian, tunggangan ataupun gerak-geri tingkah laku maka dirinya tergolong dalam kalangan mereka. Lihat Subul al-Salam (2/647).

Kesimpulan

Setelah meneliti asal-usul bridal shower, kami melihat ia bukanlah suatu syiar mana-mana agama, ia hanyalah amalan yang dilakukan oleh kumpulan tertentu. Oleh itu, kami mencadangkan dan memutuskan seperti berikut:

Sekiranya hendaklah melakukan acara ini, hendaklah menjauhi segala larangan dan perkara yang diharamkan syarak
Hendaklah memastikan tiada hidangan arak atau minuman yang memabukkan ketika acara ini berlangsung
Hendaklah menjaga batasan pergaulan di antara lelaki dan perempuanketika majlis ini berlangsung
Hendaklah acara ini hanya bertujuan untuk mengeratkan silaturahim di antara pengantin dan sahabat-sahabatnya, dan bukan bertujuan untuk mengikuti budaya barat
Dicadangkan agar menukar nama acara ini, kepada malam silaturahim, atau nama yang dirasakan bersesuaian agar dapat keluar daripada fitnah
Hendaklah mengelakkan sebarang pembaziran ketika berlangsung acara ini dan mengelakkan daripada bermegah-megah
Semoga kita sentiasa diberi hidayah dan petunjuk untuk mengamalkan syariat Islam. Amin.

Sumber: Mufti Wilayah
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Older Posts

CARI ARTIKEL HAIRAN

TAWARAN MENARIK

LIKE FACEBOOK KAMI

CERITA HAIRAN MINGGU INI

  • JOIN SEGMENT KOT - Segment 12 Jam Follow & Blogwalking #3 Oleh Maliana.com?
  • WTF KOT - Gambar Misteri Budak Perempuan Yang Tidak Terungkai (Gambar)
  • WTF KOT - Wajah - Wajah Selebriti Terkenal Dulu Vs Sekarang? (18 Gambar)
  • TERKINI KOT - Diugut Bunuh, Ketua Syiah Kedah Tampil Membuat Laporan Polis
  • GOSSIP KOT - Lana Nordin Tak Kisah Dengan Isu Tak Puasa Dan Judi (3 Gambar)

ARKIB HAIRAN

  • ▼  2023 (1)
    • ▼  November 2023 (1)
      • SPOILER MANGA ONE PIECE 1100 MEMBONGKAR BANYAK PER...
  • ►  2021 (2)
    • ►  April 2021 (2)
  • ►  2019 (12)
    • ►  December 2019 (3)
    • ►  November 2019 (1)
    • ►  August 2019 (1)
    • ►  July 2019 (2)
    • ►  May 2019 (4)
    • ►  March 2019 (1)
  • ►  2018 (44)
    • ►  November 2018 (14)
    • ►  October 2018 (1)
    • ►  July 2018 (9)
    • ►  April 2018 (2)
    • ►  March 2018 (11)
    • ►  February 2018 (2)
    • ►  January 2018 (5)
  • ►  2017 (58)
    • ►  November 2017 (3)
    • ►  October 2017 (5)
    • ►  September 2017 (2)
    • ►  August 2017 (1)
    • ►  February 2017 (38)
    • ►  January 2017 (9)
  • ►  2016 (101)
    • ►  December 2016 (2)
    • ►  November 2016 (3)
    • ►  October 2016 (12)
    • ►  September 2016 (14)
    • ►  August 2016 (50)
    • ►  July 2016 (8)
    • ►  June 2016 (2)
    • ►  April 2016 (2)
    • ►  February 2016 (8)
  • ►  2015 (45)
    • ►  December 2015 (1)
    • ►  October 2015 (2)
    • ►  September 2015 (15)
    • ►  July 2015 (3)
    • ►  April 2015 (3)
    • ►  March 2015 (17)
    • ►  January 2015 (4)
  • ►  2014 (80)
    • ►  November 2014 (2)
    • ►  October 2014 (15)
    • ►  September 2014 (36)
    • ►  July 2014 (1)
    • ►  May 2014 (1)
    • ►  January 2014 (25)
  • ►  2013 (351)
    • ►  December 2013 (34)
    • ►  November 2013 (1)
    • ►  September 2013 (31)
    • ►  August 2013 (47)
    • ►  July 2013 (130)
    • ►  June 2013 (108)

PAUTAN LINK BERKAITAN

CREATE BY PEOPLE | MAINTAIN BY PASSION. WE ARE HAIRANGERS!