• UTAMA
  • MENGENAI KAMI
  • HUBUNGI KAMI
  • PENAFIAN
  • ISI KANDUNGAN
Powered by Blogger.

KATEGORI ARTIKEL

  • Berita 120
  • Blogging 2
  • Filem 7
  • Gadjet 5
  • Gaming 6
  • Gossip 163
  • Kisah 84
  • Lawak 81
  • Video 20
  • WTF 18

Hairan Blog merupakan sebuah blog yang menyediakan artikel yang meliputi pelbagai jenis Informasi, Berita Semasa, Gosip Artis Malaysia, Dunia Teknologi, Panduan SEO dan Blogging.

Ditubuhkan pada tahun 2012 dan berharap pembaca masih setia dan sudi membaca blog ini. Segala kudrat dan usaha penulis pasti berbaloi dengan sokongan dari anda. TQ

BLOG LAIN YANG HAIRAN

  • BeautifulNara
  • Buasir Otak
  • Aksiz
  • HASRULHASSAN.COM
  • Zaza Iman
  • Encik Hairan - Benda Boleh Settle!
  • Oh! Media

SILA TEKAN LIKE

  • MENGENAI KAMI
  • HUBUNGI KAMI
  • PENAFIAN
  • ISI KANDUNGAN
Hairan Blog
  • Home-icon
  • UTAMA
  • _BERITA
  • _GOSIP
  • _GAMING
  • _TEKNOLOGI
  • _GAYA HIDUP
  • _VIDEO
  • BERITA
  • ARTIS
  • PANDUAN
  • _PEDOMAN
  • _TRAVEL
  • _BLOGGING
  • _SEO
  • _KEWANGAN
  • WOW!
  • FAKTA
  • KISAH MENARIK

Menu Footer Widget

  • KE BLOG ENCIK HAIRAN
  • KE GOSIP HAIRAN
youtube facebook instagram twitter

Hairan Blog

Tahukah Anda Kenapa Lalat Selalu Gosok Kaki

Lalat merupakan serangga yang sering kita lihat terutamanya pada makanan terdedah dan juga kotoran seperti bangkai. Jika dilihat pada serangga itu dengan lebih teliti, lalat kebiasaannya akan menggosokkan kedua-dua kakinya bersama ketika berehat.

Adakah anda pernah terfikir mengapakan lalat berkelakuan seperti itu?

Lalat sebenarnya mempunyai mempunyai deria rasa istimewa di kaki mereka. Kebolehan ini adalah untuk membolehkan mereka tahu akan jenis makanan dan mengenal pasti sekiranya makanan tersebut boleh dimakan atau tidak.

Oleh itu, tabiat lalat yang sering menggosok kaki mereka bersama-sama adalah untuk memastikan kaki mereka bersih. Perbuatan ini supaya segala kekotoran dan benda lain dapat dibuang dari deria rasa mereka yang terletak di kaki. Adalah sangat penting untuk membersihkan kaki mereka supaya dapat bekerja kembali untuk mencari makanan.

Walaupun lalat dikenali sebagai serangga yang kotor, namun serangga ini mempunyai sifat untuk membersihkan diri. Ini kerana selain menggosokkan kaki untuk dibersihkan, lalat juga kadang-kadang membersihkan bahagian lain di tubuh mereka seperti seperti kaki yang lain, sayap dan juga mata mereka.

sumber: Jack's Nature
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments

Status ibu tunggal yang menjadi tular di media sosial.


Di Kuala Krai,  Seorang ibu tunggal tidak menyangka status yang dimuat naik di laman sosial petang Selasa lalu, menjadi tular sehingga mengganggunya.

Mira, 32, (bukan nama sebenar) berkata, status berkenaan dimuat naik semata-mata untuk menghilangkan rasa geram dan kecewa dengan sikap individu tertentu sahaja.

Menurutnya, statusnya itu adalah hal peribadi dan tidak perlu dijelaskan secara terperinci kepada pengetahuan umum.


"Saya muat naik status ini pada jam 5 petang dan selepas itu saya mula terima mesej secara berterusan.

"Tapi pada jam 6 petang saya padam status ini kerana bosan menerima mesej tanpa henti. Malah disebabkan itu juga, telefon saya 'hang'," katanya.

Ibu kepada dua anak berusia 5 dan 12 tahun ini juga berkata, kebanyakan mesej dihantar kepadanya daripada lelaki yang mengajaknya berkahwin.


Menurutnya, dia bukan terdesak untuk berkahwin tetapi mahu menunjukkan status tersebut kepada individu berkenaan.

“Saya cuma berharap dia baca dan faham, itu sahaja. Tak sangka lain pula jadinya. Saya juga tak sangka ramai orang kongsi status saya,” katanya.

Dia percaya, status tersebut dikongsi di pelbagai kumpulan media sosial sehingga menyebabkannya tular hingga kini.

Susulan status itu juga katanya, ramai kawan-kawannya yang hubunginya kerana terkejut membaca status tersebut.

“Kebanyakan kawan-kawan faham situasi saya sekarang. Walaupun kecewa dengan apa terjadi, tapi saya bersyukur mereka berikan kata-kata semangat.

“Saya harap selepas ini orang ramai tak lagi hantar mesej ajak saya berkahwin,” katanya.

Tambahnya, bagi individu yang tidak mengetahui perkara sebenar mungkin menganggap dia terdesak untuk berkahwin berdasarkan status berkenaan.

Katanya, status itu tidak menggambarkan kehendaknya sekarang dan hanya yang benar-benar mengetahui situasi sebenar memahami dirinya.


Sumber: Sinar Harian

tags: status nak kahwin, janda. facebook, status facebook tular
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Sejurus selepas dia dilahirkan, pihak hospital terperanjat kerana mendapati dia memiliki dua alat sulit. Bagaimana takdir Allah itu harus ditangani?


BIAR apa jua gelaran diberi seperti pondan diva, Ratu Mak Nyah dan sebagainya; Nur Sajat tetap utuh berdiri melebarkan sayap perniagaannya. Tidak mudah melatah, dia optimis hanya berpegang kepada pendirian positif; ia bisa mengubah segalanya. Sering kali diasak mengenai status dirinya dahulu, kini pemikirannya jauh berbeza.



Perkenalkan diri Sajat kepada pembaca InTrend?

Saya berasal dari Sitiawan, Perak. Bapa saya dahulunya adalah pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia tetapi sudah bersara awal. Emak saya pula pernah bekerja sebagai pembantu makmal di sekolah, juga kini telah bersara. Saya adalah anak keempat daripada tujuh adik-beradik. Keluarga saya biasa sahaja, sederhana semuanya. Bapa saya bersara awal dan kemudiannya berniaga kain di pasar malam sekitar Manjung, Lumut dan Sitiawan untuk menampung perbelanjaan kami sekeluarga.

Bagaimana NUR SAJAT dilahirkan Sebagai KHUNSA - Ikuti Temubual Nur Sajat Bersama Majalah InTrend

Sejak bila dan bagaimana Sajat menyedari dilahirkan sebagai khunsa?

Tanggal 23 Februari 1985 di Hospital Lumut, tarikh keramat inilah yang telah membongkarkan segalanya. Pada peringkat awalnya, ia dianggap sebagai rahsia keluarga saya. Untungnya dahulu, pegawai tentera mempunyai kelebihan dalam mencuba kelengkapan atau peralatan perubatan yang dianggap canggih. Umpamanya mereka diberi peluang untuk mencuba terlebih dahulu berbanding orang awam.

Dan ketika awal kehamilan emak saya, hasil ujian imbasan kandungan bayi mendapati jantina saya adalah perempuan. Malah nama asal saya adalah Nur Sajadiah binti Kamarulzaman. Selepas dilahirkan, Menurut emak dan ayah; baik mereka juga pihak hospital terkejut melihat saya kerana mempunyai dua alat sulit. Mungkin pandangan serta nalurinya berpendapat saya lebih cenderung ke arah lelaki, maka saya dibesarkan sebagai anak lelaki.

Nama saya juga ditukar kepada nama lelaki serta cara saya dibentuk juga berubah. Yalah, ayah seorang yang tegas. Maka segala keputusan terletak di tangannya. Namun demikian, emak dan ayah mula melihat perubahan pada diri saya ketika saya berumur dalam lingkungan enam tahun (tadika). Menurut emak, ketika kecil saya lebih menggemari permainan kanak-kanak perempuan seperti bermain anak patung dan bukannya bermain alat permainan yang sinonim dengan kanak-kanak lelaki.

Memandangkan saya masih kecil, maka saya tidak tahu- menahu jauh sekali memikirkan apa yang akan saya tempuhi dalam jangka masa panjang. Dalam sijil kelahiran juga tertera nama saya lelaki dan selepas apa yang berlaku, ayah mahu menukar semula nama saya kepada nama perempuan. Dan pihak berwajib memerlukan dokumen-dokumen lain sebagai sumber rujukan.

Namun malangnya, ditakdirkan rumah kami di Taman Sri Lekir terlibat dalam satu kebakaran yang mengakibatkan pelbagai kemusnahan harta-benda termasuk dokumen-dokumen penting, segala butiran dan kerja ayah sebelum ini hangus dijilat api. Peristiwa itu berlaku sekitar 1989 atau awal 1990. Rentetan itu kami menghadapi pelbagai kesukaran untuk meneruskan hidup ketika itu.

Maklum sahajalah, ketika zaman itu kita tidak mempunyai kesedaran dan pengetahuan untuk melakukan back-up dalam urusan dokumentasi dan lain- lain. Malah ketika dahulu juga istilah perlindungan insurans masih tidak meluas seperti zaman sekarang. Justeru, segala kemusnahan dan kerosakan dokumen gagal diperoleh semula.

Bagaimana Sajat menyedari atau mula menyukai semua yang menjurus ke arah kewanitaan?


Pada saya ia berlaku secara semula jadi tanpa saya menyedarinya. Saya tidak ingat bagaimana atau apakah perkara yang mencetuskannya. Tetapi ketika berumur enam tahun, saya lebih suka bermain anak patung. Tiada langsung ciri-ciri ke arah lelaki. Malah adik- beradik saya (kakak sulung dan dua abang) maklum mengenai apa yang berlaku pada saya yakni mempunyai dua kemaluan. Mereka melihat sendiri perkara dan segala peristiwa yang berlaku.


Bagaimana NUR SAJAT dilahirkan Sebagai KHUNSA - Ikuti Temubual Nur Sajat Bersama Majalah InTrend\


Reaksi masyarakat terutamanya jiran sekeliling berhubung isu ini?


Emak dan ayah kadangkala cuba menyembunyikan soal ini daripada pengetahuan jiran sekeliling. Namun mulut orang, mana mungkin kita bisa mendiamkan mereka. Jika mulut tempayan masih boleh ditutup, tetapi mulut manusia? Malah emak dan ayah juga menanggung malu kerana minda masyarakat ketika itu tidak memahami isu ini. Jiran-jiran keliling juga tidak henti- henti mencemuh.

Selalu bertanyakan mengenai saya, “Eh... anak kamu itu macam mana?” Kata mereka, saya ini anak yang cacat. Maklum sajalah, isu ini tidak pernah timbul dalam kalangan masyarakat jauh sekali didedahkan oleh mana-mana media ketika zaman itu. Justeru, masyarakat tidak terbuka dalam soal ini. Selepas saya dilahirkan, kebetulan ayah menerima arahan untuk ditukarkan ke Sarawak.

Ayah membuat rayuan untuk menangguhkan pertukaran tetapi dek kerana memikirkan kecaman yang perlu dihadapi, bimbang mengenai keadaan emak saya yang perlu menjaga empat orang anak yang masih kecil; maka ayah memilih untuk bersara awal dan kami berpindah dari kawasan pangkalan tentera laut. Itulah pengorbanan besar ayah. Biarpun berpangkat tetapi soal maruah dan kepentingan keluarga mendahului segalanya.


Bagaimana NUR SAJAT dilahirkan Sebagai KHUNSA - Ikuti Temubual Nur Sajat Bersama Majalah InTrend

Bagaimana penerimaan keluarga terhadap pendirian Sajat yang memilih untuk tampil dengan imej seperti kini?


Saya tidak mempunyai masalah daripada segi sokongan keluarga kerana mereka memahami keadaan dan tahu segala butir cerita mengenai kisah kelahiran saya. Cuma pada mulanya saya tidak menafikan ada masanya saya melalui tempoh sukar apabila berhadapan dengan ayah. Tetapi lama-kelamaan ayah boleh menerima semuanya.

Pada saya penerimaan kedua-dua ibu bapa, ahli keluarga dan keluarga terdekat lebih penting. Kerana merekalah yang menjadi tulang belakang kepada apa yang saya lakukan hari ini. Apatah lagi apabila mendengarkan kata-kata emak, “Mak hari-hari doakan anak-anak Mak supaya Allah ampunkan dosa-dosa anak- anak Mak.”

Dan kepada saya itu sudah memadai untuk memberi kekuatan pada saya bagi mengharungi setiap apa yang menanti di hadapan saya kelak. Kalau orang lain tidak boleh menerima atau mengatakan saya cacat atau apa jua panggilan sekalipun saya tidak ambil pusing. Kerana pada hemat saya, jika ibu bapa boleh menerima diri kita seadanya, takkanlah pula diri sendiri tidak boleh menerima ketentuan takdir bukan?

Bagaimana NUR SAJAT dilahirkan Sebagai KHUNSA - Ikuti Temubual Nur Sajat Bersama Majalah InTrend

Jiwa memberontak apabila disogok dengan kerja-kerja yang lebih kasar dan bersifat maskulin?


Tidak terlalu ketara kerana pada mulanya saya banyak bertanya dengan emak dan ayah mengapa saya dilahirkan seperti ini. Saya mempertikaikan mengapa tidak diletakkan sahaja nama saya sebagai kanak-kanak perempuan dan seumpama dengannya. Tetapi lama-kelamaan selepas diterangkan satu persatu, barulah saya faham.

Tiada gunanya menyalahkan kedua-dua ibu bapa kerana mereka sendiri tidak tahu bagaimana perlu menanganinya. Ia berlaku di luar kawalan mereka. Keluarga terdekat dan ahli keluarga saya semuanya maklum mengenai isu ini.

Malah kata ayah kepada adik-beradik saya yang lain, “Kalau apa- apa, tengokkan Sajat.” Mungkin kerana mereka maklum mengenai isu ini maka perhatian itu kadangkala lebih tertumpu kepada saya. Mereka tidak pernah berhenti menyokong dan memberi kata semangat untuk saya bertahan hingga kini.

Bagaimana NUR SAJAT dilahirkan Sebagai KHUNSA - Ikuti Temubual Nur Sajat Bersama Majalah InTrend

Sukar menerima hakikat ini?


Saya tidak boleh menyalahkan sesiapa. Semuanya sudah tertulis dalam qada’ dan qadar saya. Semua orang berbeza perjalanan hidupnya. Saya suka melihat contoh dan menjadikan Dato’ Siti Nurhaliza sebagai sumber kekuatan dalam soal ujian hidup.

Lihat saja padanya, biarpun dia memiliki segalanya namun Allah masih menguji kekuatan dirinya dalam soal zuriat. Ini sudah cukup membuktikan, bahawa biarpun kita dilahirkan sempurna serba- serbi (tiada kecacatan anggota) namun masih belum lengkap dan jauh daripada kesempurnaan hidup kita.

Bagaimana menempuhi dugaan ini ketika zaman kecil, sekolah dan seterusnya apabila meningkat dewasa?


Ketika masih kecil, saya tidak tahu apa jua kesan dan permasalahan yang akan timbul. Sementelah masih kecil, maka hanya fikirkan keseronokan sahaja. Bermain dan bermain tanpa memikirkan masa depan atau apa yang akan terjadi. Tambahan pula saya tidak banyak bersosial atau bergaul dengan rakan- rakan seusia.

Memandangkan keluarga kami besar, tujuh orang kesemuanya maka pergaulan saya hanya dengan adik-beradik sahaja. Misalnya jika ada rakan sekolah yang mengejek, saya akan maklumkan kepada dua orang abang saya. Mereka yang selalu back up dari belakang. Ketika mahu melangkah ke sekolah menengah barulah saya rasakan ada sesuatu yang tidak kena.

Berkata pada diri, “Eh, macam pelik aje aku ni.” Emak dan ayah yang banyak memujuk dan menerangkan duduk sebenar perihal ini. Kata emak, sewaktu mengandungkan saya wajahnya jauh lebih berseri dan nampak lain berbanding ketika mengandungkan adik-beradik yang lain. Pada saya itulah kelebihan yang mungkin Allah mahu tunjukkan sesuatu. Apa sebab di sebaliknya, saya sendiri tidak pasti dan mempunyai jawapan kukuh mengenainya.




Bagaimana NUR SAJAT dilahirkan Sebagai KHUNSA - Ikuti Temubual Nur Sajat Bersama Majalah InTrend


Sering menerima cemuhan, dijadikan bahan ejekan, dikutuk; apa yang Sajat boleh katakan?


Hanya sejak kebelakangan ini saya sering menjadi sasaran atau bahan ejekan, cemuhan dan kecaman. Pada saya, tiada gunanya jika mahu memikirkan soal ini dengan mendalam. Lihat saja selebriti, usahawan terkenal misalnya. Mereka juga tidak terlepas daripada menerima kritikan, orang mengata, mengutuk dan sebagainya.

Selain itu, pada hemat saya; biarpun kita tidak mempunyai niat untuk mengeji dan mengutuk orang tertentu, tetapi apabila ia telah diluahkan bimbang nanti ia tidak berlaku kepada si polan. Sebaliknya kelak akan berlaku kepada keturunan kita, anak cucu kita. Siapa tahu bukan? Justeru berwaspadalah jika anda mahu mengumpat atau mengata.

Jika tidak kena pada orang yang menjadi sasaran, kelak pasti akan terkena kepada saudara-mara anda. Berhati-hati dalam menyusun kata dan perihal ini juga untuk peringatan saya juga buat anda semua.

Bagaimana Sajat kumpul kekuatan untuk berhadapan dengan pandangan serong masyarakat?


Orang akan sentiasa mencari dan memperkatakan tentang kesilapan kita. Justeru, ketahanan daripada aspek mental dan pemikiran perlu kuat untuk mendepani semua ini. Nobody is perfect! Setiap daripada kita pasti ada kekurangan dan kelemahan. Itu lumrah dan fitrah seorang manusia. Tetapi saya tidak menafikan ada masanya saya rasa lemah, tidak yakin pada diri sendiri dan tertekan.

Rentetan itu, saya lebih suka melihat sesuatu daripada sudut yang positif juga bergaul dengan mereka yang positif kerana individu inilah yang memahami dan sering memberikan sokongan kepada saya supaya lebih positif ketika berhadapan dengan pelbagai cabaran mendatang. Hingga apabila sampai satu peringkat, saya tidak mahu terlalu memikirkannya kerana jika berbuat demikian, boleh naik gila pula! Selagi anda tidak menyentuh soal keluarga, saya masih boleh terima.

Biarlah apa yang mahu diperkatakan orang kerana hakikatnya kita sebagai manusia tidak mampu memuaskan hati semua orang. Apa yang lebih penting adalah sokongan keluarga. Emak dan ayah tidak pernah jemu dan henti-henti memberi semangat kepada saya sejak kecil lagi. Merekalah sumber kekuatan juga adik-beradik saya yang sentiasa memahami keadaan saya.

Pernah terdetik menyalahkan takdir hidup?


Dahulu pernah. Tetapi lama-kelamaan saya dapat menerimanya peringkat demi peringkat. Dan kerana itulah saya suka berdamping dan didampingi dengan orang yang positif. Saya berjumpa dengan alim ulama’, ustaz dan sebagainya. Mereka faham apa yang saya alami. Hingga pernah mereka berkata,

“Walaupun awak ini dua alam, tapi apa yang awak selesa, macam mana cara awak berhadapan dengan Allah; itu antara awak dengan Allah. Apa yang penting, awak ikhlas. Kalau awak nak solat dengan cara perempuan, awak selesa dengan berpakaian perempuan itu semua soal antara awak dengan Allah. Bukan awak dengan masyarakat.”

Saya berpegang kepada perihal ini sahaja, bahawa sesungguhnya tiada yang sempurna dalam kehidupan kita. Biarpun saya maklum saya tidak boleh berkahwin apatah lagi melahirkan zuriat sendiri, saya tetap menerimanya dengan reda.

Lihat sahaja di luar sana, ramai wanita yang cantik rupa paras fizikalnya, mewah kehidupannya tetapi Allah uji dengan masalah keruntuhan rumahtangga sehingga menyebabkan perceraian dan sebagainya. Perkara seperti inilah yang kita tidak jangka sebenarnya yang sudahpun tertulis dalam qada’ dan qadar. Mahu atau tidak kita perlu menerimanya dengan reda.

Kecaman paling teruk yang pernah Sajat alami?


Apabila diasak dengan pertanyaan mengenai status saya, itu antara kecaman yang paling teruk pernah saya alami. Ada juga ketikanya saya tertekan dan kecewa serta dalam masa sama sedih. Tetapi saya bingkas bangun agar tidak terus hanyut dibuai perasaan. Daripada perspektif lain, saya berpendapat apabila saya sering kali dikecam, dijadikan bahan kritikan dan seumpama dengannya bermaksud segala tindak- tanduk dan perilaku saya diperhati. Ada sahaja yang ingin mengambil tahu.

Tidak kiralah sama ada dalam sudut positif atau negatif. Bagi saya golongan ini mudah sekali menghukum, mencerca dan menghina tanpa usul periksa. Dan saya lebih senang sekadar ‘block’ akaun palsu misalnya atau komen-komen negatif yang dilemparkan. Kadangkala saya akan mendiamkan diri tetapi ia tidak bermakna saya beralah cuma saya tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan. Biarlah apa yang mereka nak katakan. Selagi tidak menyentuh soal maruah keluarga, anak- anak atau mengganggu periuk nasi saya; ia tidak memberikan apa-apa kesan pada saya.

Pernah berhadapan dengan konflik keluarga susulan isu ini?


Alhamdulillah, saya tidak pernah mengalaminya. Mungkin ada segelintir daripada rakan-rakan lain yang pernah lari dari rumah, berhadapan dengan tekanan hidup atau dibuang keluarga; tetapi peristiwa sedemikian tidak berlaku kepada saya. Kerana pada pandangan saya, pokok pangkalnya adalah restu ibu bapa. Jika kita tidak memohon atau memperoleh restu mereka, hidup kita tidak akan ke mana.

Saya percaya dan berpegang kepada prinsip ini. Doa mereka yang membuatkan semuanya berjalan dengan mudah. Mungkin juga kerana ikatan kekeluargaan kami akrab, maka tidak timbul soal ini. Setiap permasalahan yang berbangkit, kami akan duduk berbincang dan kerana itu jualah hubungan dan pertalian sesama kami bertambah erat.

Ada juga sesetengah perkara yang jika mereka sifatkan tidak patut saya lakukan; mereka akan tegur. Adat orang tua, pasti mereka akan berleter itu dan ini. Dan cara saya melihatnya, mereka melakukannya kerana mengambil berat dan menyayangi kita. Jika tidak, pasti mereka akan biarkan kita terus hanyut tanpa menegur, memberi nasihat dan sebagainya. Anggap sahaja leteran itu tanda mereka sayang kepada kita.

Bagaimana NUR SAJAT dilahirkan Sebagai KHUNSA - Ikuti Temubual Nur Sajat Bersama Majalah InTrend

Mengambil dua orang anak angkat, bagaimana Sajat boleh terdetik mahu menjaga dan membesarkan mereka?


Sebenarnyasayatidakpernahmempunyai perancangan mahu mengambil anak angkat. Secara kebetulan, tahun lalu ibu angkat saya menelefon sewaktu saya dalam perjalanan dari Johor Baharu ke Kuala Lumpur. Katanya, “Kau nak ambil anak angkat tak?” Mulanya saya terpinga-pinga tetapi entah mengapa saya bersetuju untuk mengambilnya.

Kata ibu angkat saya lagi, bayi tersebut baru sahaja dilahirkan di Kuala Lumpur. Bayi tersebut adalah sepasang kembar – lelaki dan perempuan. Syukur kerana segala urusan dipermudahkan. Saya hanya membayar kos rawatan perubatan dan sedikit sumbangan peribadi kepada ibu bayi kembar tersebut. Selebihnya, prosedur rasmi dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat juga dipermudahkan.

Kebetulan, salah seorang pegawai yang menyelia kes pengambilan anak angkat adalah salah seorang klien saya. Maka segala urusan mengikut prosedur walaupun saya bujang dan tidak pernah memohon untuk mengambil anak angkat. Saya anggap ia sebagai satu keajaiban yang indah sepanjang hidup saya.

Kini saya terhibur dengan keletah mereka, Nur Syaza Sajidah dan Muhammad Syamin berusia setahun setengah. Sudah pandai bercakap dan bermacam-macam lagi kerenah mereka yang membuatkan hari- hari saya lebih bermakna. Alhamdulillah, saya benar-benar bersyukur.

Pandangan Sajat jika ada golongan transgender menjadikan khunsa sebagai ‘alasan selamat’ untuk memuaskan hati mereka memilih jalan ini?


Saya tidak boleh memberikan komen lanjut berhubung soalan ini. Tidak mengeyakan atau menidakkan. Pada saya ia terlalu subjektif. Ya, saya memahami mereka kerana saya berkawan selain mempunyai klien yang terdiri daripada semua golongan misalnya tomboy, pengkid, pondan, biseksual, homoseksual dan sebagainya.

Ada yang keliru dan mempunyai kecelaruan identiti lantas memilih jalan ini. Masing-masing mempunyai kisah tersendiri. Selebihnya itu terpulang kepada pendirian masing- masing. Tepuk dada, tanya selera.

Sajat kini dikenali dan segala gerak-geri sering diperhati. Senang dengan perubahan ini?


Saya tidak menyangka sama sekali akan melalui detik perjalanan hidup seperti ini. Tidak kiralah apa orang nak mengata, sama ada saya dikenali kerana gelaran pondan diva, ratu mak nyah dan sebagainya itu semua tidak mendatangkan masalah kepada saya. Jika dahulunya, saya cuma fikirkan perjalanan hidup saya biasa-biasa sahaja. Dan simboliknya, hari ini begini pula perjalanan hidup saya.

Apatah lagi kini menceburi bidang perniagaan, pelbagai perkara harus saya teliti dan sentiasa berhati-hati. Bukan apa, bimbang juga jika sekiranya ada musuh dalam selimut atau sesiapa yang tidak saya kenali ingin menghentam atau menjatuhkan perniagaan saya menerusi media sosial, siapa tahu bukan? Saya tidak menafikan media sosial banyak membantu meluaskan perniagaan saya dalam tempoh yang singkat. Rentetan itu, ada juga yang tertanya-tanya mengenai siapa saya sebenarnya, apakah yang saya lakukan sehingga berada pada tahap ini dan sebagainya.

Seboleh mungkin ‘mereka’ akan cuba mengorek apa jua yang berlaku dalam rutin harian saya. Biarpun ada yang mengutuk, mengata dan sebagainya tetapi masih ada sekelompok lain yang masih sibuk dan ingin tahu mengenai diri saya. “Eh, siapa dia ni sebenarnya? Apa yang dia buat sampai laris produk bengkung tu? Eh, buah dada dia ni bukan ori lah!” dan pelbagai lagi andaian orang terhadap saya.

Tetapi saya masih boleh bertahan hingga hari ini. Saya anggap ia sebagai angin sepintas lalu. Rahsia yang tersurat dan tersirat semuanya sudah tertulis. Rezeki yang saya peroleh hari ini bagaimana, dikenali orang dan sebagainya semuanya pementasan di dunia sahaja. Sesungguhnya di akhirat kelak segala titik penentu dalam setiap tindak-tanduk kita. Itu sahaja yang menjadi pegangan saya.

Bagaimana NUR SAJAT dilahirkan Sebagai KHUNSA - Ikuti Temubual Nur Sajat Bersama Majalah InTrend


Kongsikan cerita bagaimana bermulanya sejarah produk kecantikan dan label Nur Sajat Aesthetic Sdn Bhd?


Mulanya saya membuka perniagaan berasaskan hiburan iaitu kumpulan penari. Saya pernah bekerja di Macau selama tiga tahun sebagai penari dan pulang ke sini, saya menubuhkan sebuah syarikat produksi bersama rakan kongsi. Namun dek kerana mempunyai masalah, perniagaan tersebut ditutup. Biarpun terpaksa menanggung kerugian wang ringgit, saya cuba pula bidang lain.

Saya bermula dengan dropship sebuah produk kecantikan kulit. Bermodalkan RM500.00 kemudian saya beralih kepada agen pula hingga berdikit-dikit saya kumpul untuk tampil dengan produk sendiri. Syukur berkat usaha dan kerja keras, saya berjaya meraih pendapatan bersih bulan pertama sebanyak RM12,000.00 sebulan.

Dan menerusi Instagram saya belajar bagaimana untuk meluaskan rangkaian perniagaan hingga hari ini. Dari situ saya buka spa kecantikan pertama di Galaxy Ampang. Syukur perjalanan perniagaan kini semakin berkembang berdasarkan sokongan dan kepercayaan klien juga kekuatan daripada staf juga keluarga.

Mengapa memilih bidang kecantikan sebagai cabang perniagaan?


Pada saya semua orang mahu kelihatan cantik. Luaran adalah pandangan pertama apabila melihat kita. Dan kerana itu, kita harus menjaga kecantikan diri. Pengalaman peribadi saya, kali pertama orang akan melihat saya mereka akan pandang sekali imbas.

Kemudian mereka akan lihat pula gerak-geri. Pada saya tidak kisah jika mereka memandang itu dari sudut yang positif atau negatif. Kerana pandangan pertama itu membuktikan ada sesuatu yang istimewa pada diri kita yang membuatkan orang menoleh kali kedua lantas mahu terus melihat kita.

Daripada perspektif pekerjaan umpamanya, jika anda mempunyai penampilan menarik, berpakaian cantik dan kemas, memiliki kulit yang bersih sekali gus anda akan menarik perhatian orang juga membuatkan orang lain selesa dengan anda. Dan kerana itulah saya melihat aspek kecantikan sebagai kunci utama dalam memberi tarikan kepada sesiapa. It’s all about how you present yourself.

Rajin bersedekah dan melakukan kerja-kerja amal. Apa mesej yang Sajat ingin sampaikan?


Ia lebih kepada berkongsi rezeki sebenarnya. Saya turut memberi wakaf, sumbangan derma serta bersedekah kepada surau-surau, rumah anak-anak yatim, anak-anak tahfiz, golongan gelandangan dan mereka yang kurang berkemampuan. Sejak mula menceburi perniagaan (2014) saya sudah mula melakukan kerja-kerja amal.

Melihat golongan yang kurang berkemampuan, baik daripada mereka yang kurang upaya benar-benar menginsafkan saya. Benar, saya tidak sempurna tetapi saya memahami apa yang mereka lalui. Justeru, saya bantu sekadar yang mampu. Saya merasakan ada tanggungjawab yang perlu saya lunaskan sebagai manusia maka dengan itu saya bantu mereka.

Dari situ juga saya banyak belajar tentang erti penerimaan dalam kehidupan kerana sebagai manusia kita sendiri tidak pasti bagaimanakah pengakhiran hidup kita nanti. Apa itu erti keikhlasan dan sebagainya banyak mengajar saya agar lebih matang dalam tindakan.

sumber: InTrend

tags: nu sajat, nursajat khunsa, lets cantik, nursajat beli banglo 10 juta aliff syukri
Share
Tweet
Pin
Share
1 Comments
Tidak ada siapa yang tahu bagaimana laluan perjuangannya yang terlihat hebat dan lurus tanpa laluan berliku, namun sebenarnya ada kala menitiskan air matanya sendirian..

Menjadi anak perempuan yang pertama dalam sebuah keluarga, tentunya berat tanggung jawabnya. Selain bertindak sebagai tulang belakang keluarga, anak pertama juga lahir dengan sifat tegas dan mampu berdikari.

Tidak ada siapa yang tahu bagaimana laluan perjuangannya yang terlihat hebat dan lurus tanpa laluan berliku, namun sebenarnya ada kala menitiskan air matanya sendirian. Dia bertatih berusaha melawan keterbatasan, bersikap tabah mengharungi untung nasib diri. Tiada tempat meminta pertolongan mahupun mengadu nasib, kecuali berbisik dengan dirinya sendiri dan juga mengadu kepada Tuhan yang Maha Esa.

Tiada tempat meminta-minta, tiada tempat berkeluh kesah yang akan membuatnya tampak lemah. Walau saat dirinya terpaksa meminjam pada teman, hati kecilnya selalu berteriak, “Saya harus cepat berjaya agar boleh membantu orang lain juga.” Ya, berdikari. Dia dibentuk agar menjadi seorang yang berdikari atau dilahirkan secara semula jadi seorang yang berdikari.

Menurut penelitian daripada pakar, anak perempuan pertama berpotensi lebih hebat daripada anak lelaki pertama. Ini kerana, saat anak perempuan pertama merasakan pahitnya kehidupan ketika masih kecil, naluri keibuannya meresap dalam jiwa untuk tidak membiarkan anak-anaknya menderita sepertinya nanti.

Ciri-ciri anak pertama secara asasnya adalah lebih dewasa, bijak, serta memiliki banyak ilmu pengetahuan yang jarang dilontarkan. Dalam hal ini, anak pertama memiliki pola pemikiran yang kritis sehingga daya analisanya sangat bernas.

Kehidupan akan terus menuntut agar terus belajar tentang kehidupan. Jadi, anak pertama lazimnya akan sering melanjutkan pengajian pada tahap yang tertinggi supaya dapat membahagiakan kedua orang tua dan adik-beradiknya nanti.

Duhai anak pertama... titipan ini mungkin boleh membantumu menjadi semakin kuat.

Kejar mimpimu biarpun sendirian

Belajar tentang apapun yang kamu sukai

Teruslah menyayangi keluarga mu meskipun suatu saat kamu akan jauh dari mereka

Hidupkan kebahagiaanmu melalui hobi

Belajar untuk tetap tegar

Semangat, kamu lah jawapan atas semua doa keluargamu


p/s: betul sangat anak perempuan sulung ni memang sangat berdikari dan sentiasa jaga kebajikan ibubapa dan adik2nya. Sangat dekat dengan family compare dengan anak lelaki sulung. Sangup berkorban, lambat kahwin pun tak pe janji dapat berbakti pada orang tua. Dorang ni paling berjaya dalam keluarga..


Sumber: gpsbestari

tags: kakak sulung, kak long, along, berdikari, bertanggunjawab, anak pertama, anak perempuan 
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Pada kehidupan yang serba moden dan canggih pada masa kini, mungkin ramai yang menganggap perbuatan santau dan sihir ini adalah tidak logik. Namun, korang harus percaya yang perbuatan ilmu hitam ini masih lagi diamalkan oleh sesetengah orang yang berniat jahat ke atas orang lain.

Berdiri bulu roma baca perkongsian wanita ini, macam-macam perkara aneh keluar dari badan selepas berbekam. Yang paling seram siap ada lintah bulan dengan jarum! Nauzubillah, mintak dijauhkan dari perbuatan macam ni…


Jarum keluar dari pinggang dan macam-macam lagi

Keluar Jarum, Lintah & Kapas Orang Mati Semasa Berbekam. Seram!
Lintah Bulan


Keluar Jarum, Lintah & Kapas Orang Mati Semasa Berbekam. Seram!
Jarum

Hasil bekam hari ni lumayannnn bak hanggg…
1. Jarum keluar dari pinggang kiri. Dah bengkok hujungnya sebab dah lama sangat tertanam dalam badan.
2. Kapas orang mati keluar dari pinggang kanan.
3. Air santau keluar dari sendi bahu kiri.
4. Ni yang paling best…lintah bulan keluar dari sendi bahu kanan.
5. Sendi lutut kiri kanan & belakang badan keluar abu mayat.
Selama ni, bertahun-tahun dok sakit dan panas dalam badan. Berbahang seakan disalai atas api. Sejak setahun lepas pulak sakit kedua-dua tangan. Ku fikirkan sakit sebab melawan angin di Ruta 40. Aku sangkakan ada ligamen yang putus @ overstretch. Tapi dah 5 bulan balik dari ride, masih tak pulih. Dah sapu cream macam2, dah buat fisio, tak jugak baik. Rupa-rupanyanya baikkk punya lintah dok sedap menghisap darah. Punya la dia nak lumpuhkan tangan aku supaya GDR aku gagal.
Ya Allah…

Penyakit yang orang tak nampak di mata kasar

Keluar Jarum, Lintah & Kapas Orang Mati Semasa Berbekam. Seram!
Kapas Orang Mati yanag Bersalut Darah Bekam

Keluar Jarum, Lintah & Kapas Orang Mati Semasa Berbekam. Seram!
Air Santau

 Kalau memang aku hambaMu yang teraniaya, aku mohon sangat2 padaMu…di saat sakaratul maut menghampiri orang2 yg menganiayaku, Kau tahanlah dulu malaikat Izrail dari menjalankan tugasnya…sehingga mereka2 yg menzalimiku ini melutut memohon maaf dariku, barulah Kau izinkan nyawanya ditarik…
(Itu pun kalau umurku panjang utk menyaksikan semua ini)
Aku rasa tidak keterlaluan permintaanku ya Allah, berbanding kezaliman mereka terhadapku dan kesakitan yg ku tanggung selama ini.
Aminnn…ya rabbulalamin…
*Penyakit yg org tak nmpk di mata kasar*

Sumber: Anita Yusof

tags: bekam, bekam santau, lintah bulan, amalan santau, sihir , berdosa besar, anita yusof
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Wanita Amalkan Diet Ekstrim & Ubat Kurus Turun 18kg Sebulan , Akhirnya MAUT!

Tuan Bob Tahar berkongsi mengenai kisah benar seorang wanita yang menemui ajal akibat mengamalkan diet yang ekstrim dan pengambilan ubat kurus. Semoga menjadi pengajaran kepada orang ramai yang bercadang hendak menguruskan badan dengan cara sedemikian. Baca Lagi:

Bila diet tanpa ilmu dan terlampau cepat nak kurus.

Arwah ni ambil 400 kalori sahaja satu hari ditambah pulak dengan seller-seller yang promote ubat kurus.

Result…. dia lose 18kg sebulan… dan end up pengsan, hospitalized 8 hari… dan tewas.

Masyarakat still have this traditional believe untuk lose weight you kena restrict, limit dan skip meal… lebih bermasalah bila you put dateline untuk kurus dan dateline tu terlampau extreme…

Know your Daily Calories Requirement (DCR)… get your Basal Metabolic Rate (BMR) dan plan your meal and diet according to your DCR and BMR. The lowest healthiest recomended calories intake sehari for women 1200… Men 1500.

Saya selalu advice sometimes even warning orang yang makan below 1000 kalori perday… even kalau you tak sakit sekarang… in longterm you’ll get sick.

Tu belum lagi yang nak kurus dengan diet je… takmau exercise langsung… 😒😞


Berikut pula kisah wanita yang sama hasil perkongsian dari Tuan Muneer Othman:


KAJIAN KES CRASH DIET (INI KISAH BENAR)

Nadia (bukan nama sebenar) berusia 28 tahun. Beliau seorang wanita bekerjaya tetapi obese tahap 2 (bmi >35)

Beliau teruja dengan kejayaan rakan-rakan KDK yang telah berjaya mengurangkan berat badan dengan sihat.

Namun begitu baru-baru ini Nadia ditemui oleh keluarga dalam keadaan tidak sedarkan diri di rumah sewanya dan dibawa ke sebuah pusat rawatan (Hospital) semenanjung Malaysia.

Menurut pegawai perubatan yang merawat Nadia, beliau mengalami mulnutrion akibat pengamalan cara diet yg salah iaitu crash diet. Maklumat awal mendapati Nadia hanya mengambil 300 – 400 kalori sàhaja sehari dan kurang minum air.

Maklumat terkini yang diperolehi pegawai perubatan mengesahkan Nadia mengalami kegagalan ginjal dan fungsi hati (Kidney failure with liver problem).

Admin tiada maklumat lanjut tentang amalan pemakanan dan workout yang diamalkan oleh Nadia. (Etika Kerahsiaan Doktor-Pesakit)

Jadi tak tau adakah beliau memang ahli KDK yang mengamalkan crash diet atau diet ikut-ikutan.. macam dulu tu ada diet biskut, diet air suam dll.

Agak memeranjatkan apabila beliau mengatakan ada membeli UBAT KURUS daripada ahli KDK.

ADMIN ingin menasihat semua ahli KDK. TOLONG jauhi CRASH DIET dan UBAT KURUS. Puas dah admin berleter pasal BMR, DCR, intake, deficit, surplus, kalori seimbang, crash diet.

Anda tak ikut amalan baik, anda sakit, anda kaitkan KDK. Please be responsible to yourself. Tak perlu kaitkan KDK atas kecuaian ANDA sendiri.

AHLI KDK jangan pula ambil kesempatan untuk jual UBAT KURUS dan cuci tangan.. ADMIN sedang mengenalpasti penjual ubat kurus dalam KDK.. Mohon siapa-siapa yang pernah mendapat piyem tentang UBAT KURUS untuk laporkan kepada mana-mana ADMIN.

p/s: Please guy kalau nak kurus tak salah tapi biarlah dengan cara yang betul dan sihat ok? biar lambat asal selamat .

tags: maut akibat diet ekstrim, diet ekstrim, makan ubat kurus, pil kurus, turun 18kg sebulan
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Kerana Coconut Shake, Gadis Melayu Dilamar Lelaki Korea

Tidak pernah terlintas untuknya bercinta malah membina mahligai perkahwinan bersama jejaka dari negara lain. Namun hanya disebabkan penangan air ‘coconut shake yang di jual Nor Izwani Ab Aziz, 26, di tepi jalan, ia menjadi detik perkenalan dengan lelaki Korea.

Lebih menarik pertemuan dengan suaminya tiga tahun lalu bukannya berlaku di negara sonata musim salju, sebaliknya di Taman Tuanku Jaafar (TTJ), Senawang di sini.

Iras wajah ala-ala gadis Korea dan tutur kata yang sopan milik si empunya badan berjaya menambat hati Mohammad Kim Seung Ho, 37, yang singgah ke gerai Nor Izwani.

Hasil penyatuan dua hati ini, ia akhirnya menjadi permulaan buat Nor Izwani menceburi perniagaan makanan korea secara atas talian yang kini mula mendapat sambutan ramai.

Antara makanan korea yang dijual ialah Kimci, Kimbap, Tteokbooki, Yangnyeom Chicken yang kesemuanya disediakan dari air tangan suaminya sendiri.


Lebih banyak komunikasi guna bahasa isyarat

Menceritakan detik awal perkenalan mereka, Nor Izwani berkata, ketika itu suaminya berada di daerah ini atas urusan perniagaan di sebuah kilang berhampiran.

“Saya pula ketika itu jual air ‘coconut shake’ di tepi jalan berhampiran Masjid TTJ dan suatu hari saya terkejut didatangi suami bersama rakan-rakannya.

“Pada masa itu dia (suami) memang tak pandai langsung cakap Melayu, tapi saya mula perasan boleh dikatakan setiap hari dia akan datang ke gerai saya untuk membeli air.

“Saya nampak yang dia mahu berkawan. Walaupun tak pandai cakap Melayu dan kurang fasih berbahasa Inggeris, dia cuba berkomunikasi dengan saya dan kami banyak gunakan bahasa isyarat,”katanya.

Namun paling tidak disangka Nor Izwani apabila Mohammad Kim Seung datang melamarnya ketika kunjungan pertama kali ke rumah pada Aidilfitri tahun sama perkenalan mereka.

Pada mulanya lamaran itu ditolak dengan cara baik, namun melihat kebaikan dan keikhlasan suami yang ketika itu telah pun memeluk agama Islam, dia akhirnya bersetuju dan mereka mendirikan rumah tangga setahun kemudian.

Kerana Coconut Shake, Gadis Melayu Dilamar Lelaki Korea

“Saya akui agak sukar untuk kami berkomunikasi, tapi itu tak jadi halangan. Selalunya jika dia cakap korea dan saya tak faham, saya akan guna google translate.

“Terus terang cakap, saya tak pernah fikir nak kahwin dengan orang Korea dan selepas perkahwinan kami, buat pertama kalinya saya jejakkan kaki ke negara itu,”katanya.


Bisness Makanan Korea

Kerana Coconut Shake, Gadis Melayu Dilamar Lelaki Korea

Selepas mendirikan rumah tangga, Nor Izwani yang merupakan anak ke-2 dari lima adik beradik tidak lagi menjual air ‘coconut shake’ namun ia diteruskan oleh adiknya.

Manakala Nor Izwani pula bersama suami memberi fokus menjual makanan korea selepas mendapat banyak tempahan daripada rakan sekelas adiknya.

“Adik saya bawa makanan Korea ke kelas sebab kawan-kawan nak rasa dan sejak itu ramai yang nak buat tempahan.

“Bulan April tahun lepas kami terfikir untuk buat bisnes makanan korea ini secara lebih serius dan hanya dengan menguar-uarkan di laman sosial, ia mula menjadi viral sehingga dapat sambutan ramai,”katanya.

Disebabkan suaminya mempunyai pekerjaan lain, tempahan hanya dibuka pada hari Jumaat dan ditutup pada hari Sabtu, manakala proses penghantaran akan dilakukan pada hari Ahad setiap minggu.

Antara yang mendapat paling banyak tempahan ialah Kimbap, Tteokbooki, Yangnyeom Chicken yang dijual diantara harga RM7 sehingga RM12.

Manakala khidmat pos laju disediakan untuk tempahan Kimci yang dijual RM25 bagi 500 gram dan RM45 bagi satu kilogram.

Malah menjadi hasrat pasangan ini untuk membuka restoren makanan korea suatu hari nanti, lebih-lebih lagi agak sukar untuk mencari makanan Korea yang halal di negara ini.

Sumber: Sinar

tags: gadis melayu dilamar lelaki korea, gadis coconut shake, korea, jual makanan korea, 
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Older Posts

CARI ARTIKEL HAIRAN

TAWARAN MENARIK

LIKE FACEBOOK KAMI

CERITA HAIRAN MINGGU INI

  • JOIN SEGMENT KOT - Segment 12 Jam Follow & Blogwalking #3 Oleh Maliana.com?
  • WTF KOT - Wajah - Wajah Selebriti Terkenal Dulu Vs Sekarang? (18 Gambar)
  • GOSSIP KOT - Lana Nordin Tak Kisah Dengan Isu Tak Puasa Dan Judi (3 Gambar)
  • WTF KOT - Gambar Misteri Budak Perempuan Yang Tidak Terungkai (Gambar)
  • TERKINI KOT - Diugut Bunuh, Ketua Syiah Kedah Tampil Membuat Laporan Polis

ARKIB HAIRAN

  • ▼  2023 (1)
    • ▼  November 2023 (1)
      • SPOILER MANGA ONE PIECE 1100 MEMBONGKAR BANYAK PER...
  • ►  2021 (2)
    • ►  April 2021 (2)
  • ►  2019 (12)
    • ►  December 2019 (3)
    • ►  November 2019 (1)
    • ►  August 2019 (1)
    • ►  July 2019 (2)
    • ►  May 2019 (4)
    • ►  March 2019 (1)
  • ►  2018 (44)
    • ►  November 2018 (14)
    • ►  October 2018 (1)
    • ►  July 2018 (9)
    • ►  April 2018 (2)
    • ►  March 2018 (11)
    • ►  February 2018 (2)
    • ►  January 2018 (5)
  • ►  2017 (58)
    • ►  November 2017 (3)
    • ►  October 2017 (5)
    • ►  September 2017 (2)
    • ►  August 2017 (1)
    • ►  February 2017 (38)
    • ►  January 2017 (9)
  • ►  2016 (101)
    • ►  December 2016 (2)
    • ►  November 2016 (3)
    • ►  October 2016 (12)
    • ►  September 2016 (14)
    • ►  August 2016 (50)
    • ►  July 2016 (8)
    • ►  June 2016 (2)
    • ►  April 2016 (2)
    • ►  February 2016 (8)
  • ►  2015 (45)
    • ►  December 2015 (1)
    • ►  October 2015 (2)
    • ►  September 2015 (15)
    • ►  July 2015 (3)
    • ►  April 2015 (3)
    • ►  March 2015 (17)
    • ►  January 2015 (4)
  • ►  2014 (80)
    • ►  November 2014 (2)
    • ►  October 2014 (15)
    • ►  September 2014 (36)
    • ►  July 2014 (1)
    • ►  May 2014 (1)
    • ►  January 2014 (25)
  • ►  2013 (351)
    • ►  December 2013 (34)
    • ►  November 2013 (1)
    • ►  September 2013 (31)
    • ►  August 2013 (47)
    • ►  July 2013 (130)
    • ►  June 2013 (108)

PAUTAN LINK BERKAITAN

CREATE BY PEOPLE | MAINTAIN BY PASSION. WE ARE HAIRANGERS!