• UTAMA
  • MENGENAI KAMI
  • HUBUNGI KAMI
  • PENAFIAN
  • ISI KANDUNGAN
Powered by Blogger.

KATEGORI ARTIKEL

  • Berita 120
  • Blogging 2
  • Filem 7
  • Gadjet 5
  • Gaming 6
  • Gossip 163
  • Kisah 84
  • Lawak 81
  • Video 20
  • WTF 18

Hairan Blog merupakan sebuah blog yang menyediakan artikel yang meliputi pelbagai jenis Informasi, Berita Semasa, Gosip Artis Malaysia, Dunia Teknologi, Panduan SEO dan Blogging.

Ditubuhkan pada tahun 2012 dan berharap pembaca masih setia dan sudi membaca blog ini. Segala kudrat dan usaha penulis pasti berbaloi dengan sokongan dari anda. TQ

BLOG LAIN YANG HAIRAN

  • BeautifulNara
  • Buasir Otak
  • Aksiz
  • HASRULHASSAN.COM
  • Zaza Iman
  • Encik Hairan - Benda Boleh Settle!
  • Oh! Media

SILA TEKAN LIKE

  • MENGENAI KAMI
  • HUBUNGI KAMI
  • PENAFIAN
  • ISI KANDUNGAN
Hairan Blog
  • Home-icon
  • UTAMA
  • _BERITA
  • _GOSIP
  • _GAMING
  • _TEKNOLOGI
  • _GAYA HIDUP
  • _VIDEO
  • BERITA
  • ARTIS
  • PANDUAN
  • _PEDOMAN
  • _TRAVEL
  • _BLOGGING
  • _SEO
  • _KEWANGAN
  • WOW!
  • FAKTA
  • KISAH MENARIK

Menu Footer Widget

  • KE BLOG ENCIK HAIRAN
  • KE GOSIP HAIRAN
youtube facebook instagram twitter

Hairan Blog

Bagaimana Untuk Anda Membeli Tayar Kereta Untuk Elak Ditipu?

Bagi anda yang membeli kereta, pastinya komponen tayar tidak akan diterang secara detail oleh penjual. Selalunya apabila tayar kereta anda mengalami masalah, barulah kita sibuk untuk mencari tips atau cara - cara membeli tayar. Jadi, kami kongsikan kepada anda cara - cara atau tips bagaimana untuk membeli tayar kereta tanpa ditipu oleh Taukey Kedai Tayar.

Jom baca:

Tips Tukar Tayar
Minggu lepas semasa balik dari Penang, stering mula bergegar. Suspek utama memang tayarlah puncanya. So, p lah kedai tayar area Taiping, minta dorg cek. Ya, memang betul tayar dah bengkak.

Esok nak ke Melaka pulak. Nak x nak kena tukar jugak tayar ni. So tanyalah pomen tu harga tayar. Yg second tayar korek pun RM80. Yg baharu ada yg RM175 @ RM185. Baik amik yg baharu, puas hati. Minta dorg bawa keluar tayar tu, nak tgk. Pomen tu pun bawaklah tayar baharu yg harga RM175.

Tahun Bila?
Bila tanya tahun buatan tayar tu, muka pomen dh mula cuak. Baru dia habaq tayar tahun 2014. So apa lg kene sound lah.

“Tayar lama u jual RM175 ke? Tau x tayar ni dah expired? Mana boleh jual harga ni”. Saya suruh dia p tanya tauke berapa harga tayar tu. Mula2 dorg bg RM120. Dok minta kurang sampai dpt RM105 untuk sebiji tayar. Hmmm, mm tayar korek pun dah RM80. Baik amik yg ni. So dpt lah 4 biji tayar baru dgn harga RM420 rim 15′.

Moral Of Story?
Sebenarnya kita selalu dok kena tipu dgn kedai tayar. Dorg akan keluarkan tayar yg lama untuk clearkn stok dn jual pada harga baru. So, kalau yg nak tukar tayar tu, berhati2lah supaya kita x tertipu.

Berikut ialah senarai kod yg patut kita tahu.

Semoga dapat manfaat bersama.

Sahabat semua, kita selalu tukar tayar kereta, tapi kita tak tahu tayar itu tayar yang dah lama dan tak sepatutnya digunakan lagi (expired).

Ini info yang ada di tayar kenderaan.

1. Kod Tayar Kenderaan:

Contoh 205/65/R1594V

205 = Lebar
65 = Tinggi
R = Radial
15 = Saiz / Rim
94 = Had Maksimum Bebanan
V = Had Maksimum Kelajuan 210km/jam

Lihat Abjad yang last;
S = Maksimum Had Laju 180 km/jam
T = Maksimum Had Laju 190 km/jam
U = Maksimum Had Laju 200 km/jam
V = Maksimum Had Laju 240 km/jam
Z = Maksimum Had Laju 240 km/jam
W = Maksimum Had Laju 270 km/jam
Y = Maksimum Had Laju 300 km/jam

Bagaimana Untuk Anda Membeli Tayar Kereta Untuk Elak Ditipu?

2. Setiap Tayar Ada 4 Angka Tercatat Di Sisi Tayar.

Contoh 4 angka berkenaan ialah 0514

Indeks ini menunjukkan Tayar Baru Keluaran Kilang Pada Minggu Ke 5 Tahun 2014.
Tempoh penggunaan tayar adalah selama LIMA tahun dari tarikh tayar dikeluarkan.
Tayar baharu yang berusia lebih drpd LIMA tahun masih boleh digunakan tetapi tayar telah menjadi keras sebab getah tayar sudah tamat tempoh penggunaannya (Expired).

Jika anda menukar tayar yg baharu, pastikan tahun pengeluarannya ialah Tahun yg terkini.

Bagaimana Untuk Anda Membeli Tayar Kereta Untuk Elak Ditipu?

3. Diskaun

Jika membeli tayar keluaran Tahun 2015, minta diskaun sebanyak 20% daripada harga asal.

Berikut ialah diskaun harga tayar berdasarkan tahun tayar yang dikeluarkan dari Tahun Semasa (2016);
2015 = 20%
2014 = 40%
2013 = 60%
2012 = 80%
2011 ke bawah = PERCUMA

Semoga perkongsian ini membantu kalian agar tidak ditipu oleh pemilik kedai tayar. Semoga info ini memberi manfaat kepada kita semua.

Bagaimana Untuk Anda Membeli Tayar Kereta Untuk Elak Ditipu?

Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Merecikkkkkkk!

Perodua MYVI 2018 - Harga dan Spesifikasi

Secara rasminya Perodua mengumumkan pengenalan Myvi serba baru akan dibuka untuk tempahan. Lebih menarik, kami difahamkan harganya bermula dari RM44,300, tidak termasuk insurans. Ia akan menggantikan model Myvi sedia ada dalam pasaran, yang baru-baru ini diumumkan sudah mencapai produksi satu juta unit.

Perodua menyifatkan model Myvi generasi ketiga ini akan menampilkan rekaan yang lebih “muda” dan bergaya, dengan keselesaan dan keluasan yang tetap menjadi keutamaan bagi memastikannya kekal praktikal untuk ramai orang.

Perodua MYVI 2018 - Harga dan Spesifikasi

Dan, satu lagi aspek yang turut menjadi kebanggaan warga Perodua seperti yang dinyatakan oleh Presiden dan CEO Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh; “Myvi serba baru ini menjadi model Perodua pertama yang mana rekaan luarannya (upper body) dilakukan oleh Perodua sendiri tanpa input dari orang luar.”

Rekaan terbaru ini juga disifatkan lebih panjang, lebih rendah serta lebih lebar berbanding Myvi sebelum ini. Sebagai contoh, tandem distance ruang kabinnya ialah 973 mm, dengan konfigurasi 8+1 bagi tempat duduk.

Ada dua pilihan enjin yang ditawarkan; 1.3L dan 1.5L baru yang cekap tenaga (EEV), lengkap dengan ciri Dual VVT-i yang dipadankan dengan sistem transmisi lima-kelajuan manual atau automatik empat-kelajuan E-AT bagi semua varian. Walaupun maklumat terperinci bagi enjinnya belum didedahkan, kami menjangkakan ia akan mewarisi enjin 1.3 dari Perodua Bezza manakala enjin 1.5L pula dari Toyota Avanza, tentunya dengan penambah baikan yang khusus untuk model baru ini.

Lima varian ditawarkan semuanya – 1.3 Standard G (MT), 1.3 Standard G (AT), 1.3 Premium X (AT), 1.5 High (AT) dan 1.5 Advance (AT). Ditawarkan pertama kali untuk Myvi ialah ciri Eco Idle bagi tiga varian paling tinggi – di mana enjin akan mati dan hidup semula jika brek dilepaskan (dalam keadaan statik)

Perodua MYVI 2018 - Harga dan Spesifikasi

Turut menjadi kelebihan bagi model ini; ia menjadi model pertama dalam kelasnya yang diperkenalkan untuk pasaran Malaysia yang dilengkapi dengan ciri keselamatan termaju. Sebagai contoh, varian tertinggi 1.5 Advance akan dilengkapi dengan Advance Safety Assist (ASA) – yang turut merangkumi ciri-ciri seperti Pre-Collision Warning, Pre-Collision Braking, Front Departure Alert dan Pedal Misoperation Control. Sistem ini berfungsi melalui sebuah kamera yang terletak di belakang bahagian cermin pandang belakang.

Bukan itu saja, semua varian Myvi 2018 serba baru ini akan dilengkapi dengan ciri ABS dengan EBD serta Vehicle Stability Control (VSC) sebagai ciri standard. Selain itu, semua varian 1.5L akan dilengkapi dengan enam beg udara, sementara varian 1.3L dengan empat beg udara. Perodua mensasarkan untuk memperoleh ASEAN NCAP lima bintang.

Kelengkapan lain yang disertakan ialah lampu utama LED dengan fungsi Follow-Me-Home serta boleh laras, sistem tanpa kunci dengan butang Push Start, nisbah lipatan kerusi belakang 60:40 dan sensor undur. Varian 1.3L akan hadir dengan rim 14 inci, manakala varian 1.5L dengan rim 15 inci.

Enam pilihan warna akan ditawarkan kepada pelanggan – Ivory White, Glittering Silver, Mystical Purple, Lava Red, Peppermint Green (warna baru untuk varian 1.3L) dan Granite Grey (warna baru untuk varian 1.5L).

Harga setiap varian pula adalah seperti berikut; 1.3 Standard G (MT) – RM44,300, 1.3 Standard G (AT) – RM46,300, 1.3 Premium X (AT) – RM48,300, 1.5 High (AT) – RM51,800 dan 1.5 Advance (AT) – RM55,300. Semua harga tidak termasuk insurans.


sumber : paultan
Share
Tweet
Pin
Share
1 Comments

Kepada mereka yang tertunggu - tunggu pelancaran Proton Persona 2016,  akhirnya video pertama sebagai “teaser” model ini telah pun dikeluarkan. Video berdurasi 1 minit 45 saat ini menunjukkan ciri ciri keselamatan yang ada pada model tersebut. Idea video ini datangnya dari Editor, Shamsul Yunos dengan kerjasama Proton. Jom layan video ni! Ada dua lagi video bakal menyusul tak lama lagi, tunggu!


sumber - funtastiko

tags: proton, proton persona 2016, persona 2016, model proton persona, kereta persona, video proton persona, gambar proton persona
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Warna merah - MANTAP! TQ

Proton Holdings Bhd. (Proton) telah melancarkan versi baharu kereta Proton Perdana generasi ke-4 secara rasmi dalam majlis pelancaran yang berlangsung pada hari Selasa 14 Jun 2016 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)

Proton Perdana baharu (The New Perdana) itu dibina melalui kerjasama strategik bersama Honda Japan Ltd di bawah inisiatif perkongsian platform bagi mempertingkatkan daripada segi pengendalian kereta dan keselesaan

Proton Perdana didatangkan dengan tawaran dua varian iaitu 2.0 dan 2.4 liter, menampilkan kereta sedan eksekutif yang sofistikated (canggih) serta bergaya.



SPESIFIKASI DAN HARGA PROTON PERDANA BARU 2016

Secara ringkasnya, The New Perdana bagi varian 2.0 didatangkan dengan enjin SOHC empat silinder 16 injap yang menghasilkan 154 kuasa kuda (bhp) dan kilas (tork) 189Nm. Manakala Varian 2.4 pula dipadankan dengan enjin DOHC empat silinder 16 injap yang menghasilkan 178 bhp dan 222Nm tork.

Enjin bagi varian 2.0 L

Enjin bagi varian 2.4 L

Kedua-dua Proton Perdana bagi varian 2.0 L dan 2.4 L itu berharga RM113,888 dan RM138,888

Proton Perdana 2016 masih lagi mengekalkan enjin Honda K24Z I-VTEC aci sesondol berkembar untuk varian 2.4L (178 hp/222 Nm) dan R20A I-VTEC aci sesondol tunggal untuk varian 2.0L (154 hp/189 Nm)

Proton Perdana 2016 memiliki ukuran 5,020 mm panjang, 1,845 mm lebar, 1,475 mm tinggi dan jarak roda pula 2,800 mm. Tangki bahan apinya pula berkapasiti 70 liter

Proton Perdana 2.4L Premium dilengkapi dengan lampu utama projektor xenon (projektor halogen untuk model 2.0L) turut disertakan dengan lampu nyalaan siang LED. Ia juga dihiasi dengan kit badan termasuk skirt sisi dan spoiler di bahagian belakang

Ia juga dilengkapi dengan Bantuan Parkir termasuk pengesan di bahagian hadapan dan belakang. Selain itu, aspek keselamatan yang ditampilkan pada Perdana 2016 ini, pastinya bersama ABS dan EBD serta Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC)

Bahagian kabinnya tidak banyak berbeza dengan apa yang ditampilkan pada Honda Accord. Ia turut dilengkapi dengan pedal penukar gear dan kawalan kelajuan pada roda stereng, sistem hiburan dan navigasi GPS, penghawa dingin dua-zon, kamera undur, dan tempat duduk larasan kuasa dengan lapan cara untuk pemandu

Proton Perdana 2016 turut didatangkan dengan enam pilihan warna iaitu Graphite Grey, Sterling Silver, Ruby Red, Cotton White, Midnight Black dan Citrine Gold





HairanBlog - #ProtonPerdana #Perdana2016 #likethelookslovethedrive

tag: #Proton, #ProtonPerdana, All Tags, cool, Cool Kot, Perdana Baru, Proton Perdana, Proton Perdana 2016, Santai, 

Share
Tweet
Pin
Share
1 Comments
Tudiaaa..All New Civic 2016! Mengancam. TQ


Berita baik buat penggemar Honda Civic 2016. Honda Malaysia Sdn Bhd telah memperkenalkan model segmen C yang baharu menerusi model itu generasi ke-10 sebentar tadi.

Menurut Harian Metro, Honda Civic 2016 ditawarkan dengan tiga varian dimana dua darinya didatangkan dengan enjin 1.5 liter turbo dan satu lagi dengan enjin 1.8 liter.

Enjin 1.5 liter turbo boleh menghasilkan 173PS dengan tork setinggi 220Nm.

Enjin 1.8 liter pula menghasilkan 141PS, manakala 174Nm bagi kuasa torknya.

Model Civic baharu itu dijual pada harga RM113,800 bagi varian 1.8 S, RM127,800 (1.5 Turbocharger Premium) dan RM135,800 (1.5 Turbocharger Premium) termasuk insuran.








HairanBlog - #RideTheDream #AllNewCivic #HondaCivic2016 #HondaMalaysia

tags: #AllNewCivic, All Tags, Civic 2016, Cool Kot, Honda, Honda Civic 2016, Honda Malaysia, Model Civic, Santai, 
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Nice job Proton! TQ

Kami tergamam apabila portal dunia permotoran tempatan, Funtastiko, telah mendedahkan dua keping gambar yang dikatakan Proton Perdana 2016 yang telah terbocor.

Menurut portal terbabit, mereka yakin ia versi produksi Perdana 2016 kerana melihatkan kepada bentuk lampu belakang dan depan adalah sama dengan imej teaser yang pernah dikeluarkan.

Selain itu, portal tersebut sebelum ini turut mendedahkan spesifikasi Perdana 2016



Spesifikasi Proton Perdana 2016

ENJIN & TRANSMISI
– Enjin 2.4L DOHC i-VTEC dengan teknologi Advance VVT
– Transmisi 5-kelajuan automatik dengan Shift Hold Control dan Paddle Shift

KESELAMATAN
– 4 beg udara
– Cangkuk ISOFIX dan Top Tether untuk tempat duduk kanak-kanak
– ABS, EBD, ESC
– Sensor undur depan dan belakang
– Tali pinggang keledar pra-regangan untuk dua penumpang hadapan
– Tali pinggang keledar dengan pelaras ketinggian

CIRI-CIRI ISTIMEWA
– Kawalan iklim automatik dua zon
– Lampu depan dengan lampu nyalaan siang LED (DRL)
– Tempat duduk elektronik boleh laras dengan sokongan lumbar : Pemandu – 8 cara, Penumpang – 4 cara
– Lampu “Follow Me Home”
– Penyandar kepala kekangan aktif semula
– Sistem audio bunyi keliling dengan enam pembesar suara
– Antena sirip jerung
– Kawalan Auto Cruise

PRAKTIKALITI
– Ruang kabin yang luas dengan ketinggian, ruang bahu dan ruangan kaki yang mencukupi
– Bantuan parkir dengan kamera undur dan paparan pandangan belakang
– Cermin sisi elektrik boleh dilipat
– Lampu depan automatik
– Alat kawalan pembuka but
– Lampu kabus depan dan belakang
– Sistem infohiburan Proton
– GPS terbina dalam

REKABENTUK
– Rekaan luaran yang elegan
– Kit badan dan spoiler belakang yang sporty
– Kemasan dalaman dua tona dengan tempat duduk kulit kombinasi warna hitam dan beige

PILIHAN WARNA
– Kelabu Graphite
– Perak Sterling
– Merah Ruby
– Putih Cotton

HairanBlog - Berbanggalah bahawa Malaysia juga mampu bersaing dengan industri automotif luar negara.

Sumber: Funtastiko

tags: #Proton, All Tags, cool, Cool Kot, Funtastiko, Proton, Proton Perdana, Proton Perdana 2016, Proton Perdana V8, Santai, 
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Damn Good!

Kami difahamkan bahawa kelmarin, Proton telah mempamerkan model konsep trak pikapnya di karnival Alami Proton 2015 Kompleks Centre of Excellence di Shah Alam.

Memetik laporan dari Carlist.my, model yang belum mempunyai nama itu menyerlahkan rekabentuk yang garang. Namun setakat ini Proton masih belum memberi kepastikan sama ada trak konsep itu akan diprodukkan.

Karnival Alami Proton 2015 yang dijadualkan berlangsung bermula hari ini sehingga esok di Kompleks Centre of Excellence di Shah Alam akan dibuka pada jam 10 pagi hingga 7 petang.


COOL - Reka Bentuk Terbaru Proton Dengan Konsep Trak Pikap

COOL - Reka Bentuk Terbaru Proton Dengan Konsep Trak Pikap

COOL - Reka Bentuk Terbaru Proton Dengan Konsep Trak Pikap

COOL - Reka Bentuk Terbaru Proton Dengan Konsep Trak Pikap

COOL - Reka Bentuk Terbaru Proton Dengan Konsep Trak Pikap

tags: #Proton, cool, Cool Kot, Proton, Santai, Proton pickup
Share
Tweet
Pin
Share
2 Comments
Older Posts

CARI ARTIKEL HAIRAN

TAWARAN MENARIK

LIKE FACEBOOK KAMI

CERITA HAIRAN MINGGU INI

  • JOIN SEGMENT KOT - Segment 12 Jam Follow & Blogwalking #3 Oleh Maliana.com?
  • WTF KOT - Wajah - Wajah Selebriti Terkenal Dulu Vs Sekarang? (18 Gambar)
  • WTF KOT - Gambar Misteri Budak Perempuan Yang Tidak Terungkai (Gambar)
  • GOSSIP KOT - Lana Nordin Tak Kisah Dengan Isu Tak Puasa Dan Judi (3 Gambar)
  • TERKINI KOT - Diugut Bunuh, Ketua Syiah Kedah Tampil Membuat Laporan Polis

ARKIB HAIRAN

  • ▼  2023 (1)
    • ▼  November 2023 (1)
      • SPOILER MANGA ONE PIECE 1100 MEMBONGKAR BANYAK PER...
  • ►  2021 (2)
    • ►  April 2021 (2)
  • ►  2019 (12)
    • ►  December 2019 (3)
    • ►  November 2019 (1)
    • ►  August 2019 (1)
    • ►  July 2019 (2)
    • ►  May 2019 (4)
    • ►  March 2019 (1)
  • ►  2018 (44)
    • ►  November 2018 (14)
    • ►  October 2018 (1)
    • ►  July 2018 (9)
    • ►  April 2018 (2)
    • ►  March 2018 (11)
    • ►  February 2018 (2)
    • ►  January 2018 (5)
  • ►  2017 (58)
    • ►  November 2017 (3)
    • ►  October 2017 (5)
    • ►  September 2017 (2)
    • ►  August 2017 (1)
    • ►  February 2017 (38)
    • ►  January 2017 (9)
  • ►  2016 (101)
    • ►  December 2016 (2)
    • ►  November 2016 (3)
    • ►  October 2016 (12)
    • ►  September 2016 (14)
    • ►  August 2016 (50)
    • ►  July 2016 (8)
    • ►  June 2016 (2)
    • ►  April 2016 (2)
    • ►  February 2016 (8)
  • ►  2015 (45)
    • ►  December 2015 (1)
    • ►  October 2015 (2)
    • ►  September 2015 (15)
    • ►  July 2015 (3)
    • ►  April 2015 (3)
    • ►  March 2015 (17)
    • ►  January 2015 (4)
  • ►  2014 (80)
    • ►  November 2014 (2)
    • ►  October 2014 (15)
    • ►  September 2014 (36)
    • ►  July 2014 (1)
    • ►  May 2014 (1)
    • ►  January 2014 (25)
  • ►  2013 (351)
    • ►  December 2013 (34)
    • ►  November 2013 (1)
    • ►  September 2013 (31)
    • ►  August 2013 (47)
    • ►  July 2013 (130)
    • ►  June 2013 (108)

PAUTAN LINK BERKAITAN

CREATE BY PEOPLE | MAINTAIN BY PASSION. WE ARE HAIRANGERS!