• UTAMA
  • MENGENAI KAMI
  • HUBUNGI KAMI
  • PENAFIAN
  • ISI KANDUNGAN
Powered by Blogger.

KATEGORI ARTIKEL

  • Berita 120
  • Blogging 2
  • Filem 7
  • Gadjet 5
  • Gaming 6
  • Gossip 163
  • Kisah 84
  • Lawak 81
  • Video 20
  • WTF 18

Hairan Blog merupakan sebuah blog yang menyediakan artikel yang meliputi pelbagai jenis Informasi, Berita Semasa, Gosip Artis Malaysia, Dunia Teknologi, Panduan SEO dan Blogging.

Ditubuhkan pada tahun 2012 dan berharap pembaca masih setia dan sudi membaca blog ini. Segala kudrat dan usaha penulis pasti berbaloi dengan sokongan dari anda. TQ

BLOG LAIN YANG HAIRAN

  • BeautifulNara
  • Buasir Otak
  • Aksiz
  • HASRULHASSAN.COM
  • Zaza Iman
  • Encik Hairan - Benda Boleh Settle!
  • Oh! Media

SILA TEKAN LIKE

  • MENGENAI KAMI
  • HUBUNGI KAMI
  • PENAFIAN
  • ISI KANDUNGAN
Hairan Blog
  • Home-icon
  • UTAMA
  • _BERITA
  • _GOSIP
  • _GAMING
  • _TEKNOLOGI
  • _GAYA HIDUP
  • _VIDEO
  • BERITA
  • ARTIS
  • PANDUAN
  • _PEDOMAN
  • _TRAVEL
  • _BLOGGING
  • _SEO
  • _KEWANGAN
  • WOW!
  • FAKTA
  • KISAH MENARIK

Menu Footer Widget

  • KE BLOG ENCIK HAIRAN
  • KE GOSIP HAIRAN
youtube facebook instagram twitter

Hairan Blog

Alhamdulilah, kembali pulih.

Kami akui bahawa kehidupan berpoligami bukanlah satu perkara yang senang baik dari segi tanggungjawab sehinggalah melibatkan perasaan. Namun bagi isteri kedua kepada Ashraf Muslim iaitu Wan Sakinah, sudah cukup lali dengan kritikan masyarakat yang menganggap beliau sebagai perampas.


Sudah sekian lama menyimpan rasa sedih di hati, Wan Sakinah telah meluahkan rasa beliau sebagai isteri kedua apabila salah seorang pengikutnya yang sering bertanya tentang hal tersebut.

Dalam luahan hati menjawab pertanyaan tersebut, beliau mengakui isteri kedua akan sering dipandang serong oleh masyarakat.
Salam. Maaf lewat memberi maklum balas. Ramai yg menghantar email kepada saya bertanya bagaimana saya selaku isteri kedua, menghadapi makian daripada orang sekeliling. Ini jawapannya. “Semua yg terjadi telah tertulis”. Samada anda memilih utk bahagia atau derita, semuanya terpulang kepada anda. Jangan biar orang lain pengaruhi kehidupan kita.

Allah sudah berikn nikmat kepada saya, suami yang mencintai & anak yg sihat. Alhamdulillah. Jadi kenapa saya mesti tunduk kepada manusia yang membenci saya? Kepada isteri kedua sekalian, memang kita tiada tempat yang istimewa dihati perempuan diluar sana. Tak kire la kahwin kat Malaysia atau Thailand.
Tambah Wan Sakinah lagi, buat mereka yang hidup bermadu supaya redha dengan ketentuan takdir dan bersyukur atas ketentuanNya itu.
Percayalah dengan apa yang Allah tentukan untuk kita. Hiduplah dengan bahagia. Bersyukurlah. Walau hakikatnya kadang-kadang kite merungut, marah, sedih, tapi tetapkan dalam hati, hidup ini indah!

#HairanBlog - Buat lelaki, Hidup berpoligami ini bukannya mudah baik dari segi tanggungjawab sehinggalah membahagikan masa dan kasih sayang buat isteri-isteri. Jadi jangan senang lenang mempermainkan perasaan wanita!


Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Hmmmmmmm...


Sharifah Sakinah yang bakal bergelar isteri pada 28 Mac ini  telah pun menjadi penghias kulit hadapan majalah Wanita & Wawasan edisi terbaharu. Aksinya yang menunjukkan sebahagian peha yang mulus untuk majalah tersebut telah pun mendapat kritikan ramai. Ramai yang melabel Sharifah Sakinah sebagai seorang yang terlalu berani beraksi seksi tanpa mempedulikan komen dan pendapat orang ramai.

Jika dilihat di Instagram beliau, banyak lagi gambar - gambar seksi beliau namun bagi kami cukuplah semua ini. Sudah tiba masa untuk berubah. Namun bagi empunya badan, berani buat beranilah tanggung. Kata Sharifah Sakinah:-
Kalau kita asyik nak fikir apa orang kata, tidak ke manalah jawabnya. Saya ada pendirian saya. Lagipun bakal suami saya mengenali saya seadanya. Sebagai artis saya faham, sentiasa ada banyak mata yang memerhatikan kita. Ini jalan yang kita pilih, kita harus terima.

Bagi saya, imej itu bukan isunya tapi apa yang penting kita tahu tanggungjawab. Kalau nak terbuka atau tertutup, soal seksi atau tidak, jika seseorang itu berani buat dia juga perlu berani tanggung risikonya. Kalau kita seksi tapi orang tak suka, ada orang kata apa yang kita buat itu salah atau betul, kita kena terimalah.

Berbalik kepada isu perkahwinan Sharifah Sakinah, rupanya tiada wang hantaran untuk majlis perkahwinan Sharifah Sakinah bersama bakal suaminya, Aliff Adha kelak. Bukan selalu si gadis berbuat sebegini. Hmmmm baguih2. Katanya:-
Bakal suami saya tak beri wang hantaran sebab memang saya tak minta. Lagipun apa yang penting kami mahu halalkan perhubungan kami, jadi kami tak ikut sangat adat. Saya rasa selepas kahwin pun, tiada apa yang berubah sangat. Kerjaya saya masih lagi seperti biasa. Dia (Aliff) sangat memahami. Kami akan tetap seperti teman lelaki dan teman wanita cuma bezanya hubungan kami sudah halal.

#HairanBlog - Apapun tahniah diatas perkahwinan Sharifah Sakinah dengan suami cuma kami berharap dan berdoa supaya Sharifah Sakinah mengambil pendekatan untuk lebih sensitif dan berubah dengan menutup aurat. Bukan untuk kami, tapi untuk Allah, Agama, Suami dan keluarga. 


Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Tudia, sampai macam tu sekali?

Kaka Azraff menerima pelbagai kritikan apabila memuat naik gambar beliau bersubang di hidung sehinggakan beliau disamakan dengan seekor lembu.


Sedar dirinya menjadi bahan jenaka ramai kini, Kaka merasakan komen itu antara paling jahat. Walaubagaimanapun, anak saudara kepada penyanyi rock Ella ini tidak berkecil hati kerana peminat tidak tahu cerita sebenar disebaliknya
Biarpun saya merasakan komen menyamakan saya seperti lembu itu adalah yang paling jahat tetapi saya tidak ambil hati kerana mereka tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku.
Tambahan pula saya tidak menjelaskan apa sebabnya saya berpakaian sedemikian sehingga mereka sanggup berkata sebegitu.
Kaka turut memberitahu, beliau hanya mengikut tema apabila ditawarkan untuk menjadi model busana tersebut bagi sebuah sesi fotografi seorang penuntut universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam yang sedang menyiapkan projek akhirnya.
Saya setuju menjayakan projek itu kerana tidak sebelum ini tidak pernah menjayakan tema Bollywood selain ingin menyokong pelajar berkenaan yang ingin menggunakan selebriti untuk projek mereka.

Saya tidak boleh masuk campur urusan konsep yang hendak disampaikan kerana itu projek mereka dan saya sebagai model hanya ikut sahaja.

#HairanBlog - Lumrah seorang public figure untuk menerima dan menelan segala kritikan pemerhati dan keyboard warrior. Namun, bagi kami sekiranya tiada subang dihidung pun temanya tetap menjadi kan?

Share
Tweet
Pin
Share
3 Comments
Apa sudah jadi?? #PutusCinta #EmmaMaembong #GossipArtis #MelodiTV3


Persoalan mengenai status hubungan selebriti popular, Emma Maembong denga Zizan Razak akhirnya terjawab dalam satu sesi temuramah yang dilakukan oleh sebuah akhbar tempatan, mStar online.

Seperti yang diketahui peminat, hubungan cinta mereka dilihat sentiasa bermasalah dan emma pula gemar meluahkan perasaan di laman sosial.

Berikut adalah beberapa soalan yang diajukan kepada Emma.

Ada pihak yang menganggap anda cuba melarikan diri daripada media selepas kontroversi hubungan cinta dengan pelawak Zizan Razak?

Saya tidak pernah terfikir tentang itu, malah sebelum ini saya tetap hadir pada majlis-majlis hiburan yang besar walaupun dihimpit kontroversi. Secara jujurnya saya pun tidak tahu bahawa Zizan juga tidak dapat hadir pada malam itu.

Emma mengakui hubungan kini hanya sebagai kawan dan tidak pernah sambung seperti didakwa Zizan.

Apa yang Emma boleh katakan tentang status hubungan cinta Emma dan Zizan yang menjadi teka-teki?

Sebenarnya saya dan Zizan sudah lama tidak ada apa-apa hubungan cinta iaitu sebelum saya umum kepada media hingga sekarang. Kami tidak pernah sambung semula hubungan itu seperti yang diberitahu kepada umum.

Cuma kami masih berhubungan sebagai kawan dan saya masih lagi sokong dia dalam bidang seni, tetapi ia tidak sama seperti dulu lagi.

Kenapa Emma jarang mengeluarkan kenyataan bagi mengulas hubungan cinta tersebut?

Saya malas untuk keluar kenyataan apa-apa sahaja kerana apa yang saya katakan mesti salah di mata orang. Orang akan tuduh saya seperti budak-budak dan bersikap tidak matang.

Saya yakin kalau mereka berada ditempat saya sekalipun, mereka akan lakukan perkara yang sama.

Apa komen Emma terhadap gosip terbaharu bahawa Zizan kini rapat dengan orang kuat sebuah stesen televisyen?

Saya tidak mahu ambil tahu dan biarlah dia lakukan terbaik buat dirinya dan selesaikan hal itu sendiri. Kalau saya komen lebih-lebih peminat dia akan serang saya di laman sosial. Orang ramai tetap menyalahkan saya juga.

Tentang wanita itu, hmmm... yelah mungkin benar lah kot kata mereka, sentiasa ke mana-mana bersama kerana ada urusan kerja yang penting untuk diselesaikan.

Sumber: mStar online


Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Older Posts

CARI ARTIKEL HAIRAN

TAWARAN MENARIK

LIKE FACEBOOK KAMI

CERITA HAIRAN MINGGU INI

  • JOIN SEGMENT KOT - Segment 12 Jam Follow & Blogwalking #3 Oleh Maliana.com?
  • WTF KOT - Wajah - Wajah Selebriti Terkenal Dulu Vs Sekarang? (18 Gambar)
  • WTF KOT - Gambar Misteri Budak Perempuan Yang Tidak Terungkai (Gambar)
  • GOSSIP KOT - Lana Nordin Tak Kisah Dengan Isu Tak Puasa Dan Judi (3 Gambar)
  • TERKINI KOT - Diugut Bunuh, Ketua Syiah Kedah Tampil Membuat Laporan Polis

ARKIB HAIRAN

  • ▼  2023 (1)
    • ▼  November 2023 (1)
      • SPOILER MANGA ONE PIECE 1100 MEMBONGKAR BANYAK PER...
  • ►  2021 (2)
    • ►  April 2021 (2)
  • ►  2019 (12)
    • ►  December 2019 (3)
    • ►  November 2019 (1)
    • ►  August 2019 (1)
    • ►  July 2019 (2)
    • ►  May 2019 (4)
    • ►  March 2019 (1)
  • ►  2018 (44)
    • ►  November 2018 (14)
    • ►  October 2018 (1)
    • ►  July 2018 (9)
    • ►  April 2018 (2)
    • ►  March 2018 (11)
    • ►  February 2018 (2)
    • ►  January 2018 (5)
  • ►  2017 (58)
    • ►  November 2017 (3)
    • ►  October 2017 (5)
    • ►  September 2017 (2)
    • ►  August 2017 (1)
    • ►  February 2017 (38)
    • ►  January 2017 (9)
  • ►  2016 (101)
    • ►  December 2016 (2)
    • ►  November 2016 (3)
    • ►  October 2016 (12)
    • ►  September 2016 (14)
    • ►  August 2016 (50)
    • ►  July 2016 (8)
    • ►  June 2016 (2)
    • ►  April 2016 (2)
    • ►  February 2016 (8)
  • ►  2015 (45)
    • ►  December 2015 (1)
    • ►  October 2015 (2)
    • ►  September 2015 (15)
    • ►  July 2015 (3)
    • ►  April 2015 (3)
    • ►  March 2015 (17)
    • ►  January 2015 (4)
  • ►  2014 (80)
    • ►  November 2014 (2)
    • ►  October 2014 (15)
    • ►  September 2014 (36)
    • ►  July 2014 (1)
    • ►  May 2014 (1)
    • ►  January 2014 (25)
  • ►  2013 (351)
    • ►  December 2013 (34)
    • ►  November 2013 (1)
    • ►  September 2013 (31)
    • ►  August 2013 (47)
    • ►  July 2013 (130)
    • ►  June 2013 (108)

PAUTAN LINK BERKAITAN

CREATE BY PEOPLE | MAINTAIN BY PASSION. WE ARE HAIRANGERS!