• UTAMA
  • MENGENAI KAMI
  • HUBUNGI KAMI
  • PENAFIAN
  • ISI KANDUNGAN
Powered by Blogger.

KATEGORI ARTIKEL

  • Berita 120
  • Blogging 2
  • Filem 7
  • Gadjet 5
  • Gaming 6
  • Gossip 163
  • Kisah 84
  • Lawak 81
  • Video 20
  • WTF 18

Hairan Blog merupakan sebuah blog yang menyediakan artikel yang meliputi pelbagai jenis Informasi, Berita Semasa, Gosip Artis Malaysia, Dunia Teknologi, Panduan SEO dan Blogging.

Ditubuhkan pada tahun 2012 dan berharap pembaca masih setia dan sudi membaca blog ini. Segala kudrat dan usaha penulis pasti berbaloi dengan sokongan dari anda. TQ

BLOG LAIN YANG HAIRAN

  • BeautifulNara
  • Aksiz
  • Buasir Otak
  • Zaza Iman
  • HASRULHASSAN.COM
  • Encik Hairan - Benda Boleh Settle!
  • Oh! Media

SILA TEKAN LIKE

  • MENGENAI KAMI
  • HUBUNGI KAMI
  • PENAFIAN
  • ISI KANDUNGAN
Hairan Blog
  • Home-icon
  • UTAMA
  • _BERITA
  • _GOSIP
  • _GAMING
  • _TEKNOLOGI
  • _GAYA HIDUP
  • _VIDEO
  • BERITA
  • ARTIS
  • PANDUAN
  • _PEDOMAN
  • _TRAVEL
  • _BLOGGING
  • _SEO
  • _KEWANGAN
  • WOW!
  • FAKTA
  • KISAH MENARIK

Menu Footer Widget

  • KE BLOG ENCIK HAIRAN
  • KE GOSIP HAIRAN
youtube facebook instagram twitter

Hairan Blog

Datuk Nasir Wahab Telah Meninggal Dunia

Penyanyi terkenal era80an, Datuk Nasir Wahab meninggal dunia kira-kira jam 12.45 pagi tadi di sebuah hospital pakar swasta di ibu negara.

Pada Jun lalu, Allahyarham dilapor menjalani pembedahan membuang ketumbuhan pada rahang kiri.

Allahyarham merupakan salah seorang peserta GegarVaganza musim kedua dan mendapat tempat keempat dalam pertandingan nyanyian itu.

Lagu-lagu nyanyian Allahyarham diminati ramai antaranya Memori Cinta Luka, Sekali Aku Jatuh Cinta dan Bayangan Wajah Luka.

Sama-samalah kita sedekahkan Al -Fatihah kepada Arwah.
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Sudah semestinya kita yang memiliki rumah tidak ingginkan perkara - perkara buruk terjadi termasuklah kejadian pecah rumah. Namun, kami kongsikan pengalaman seorang suami memagar rumahnya dengan ayat Al Quran.

Bacalah Ayat Al Quran Ini Untuk Elakkan Rumah Dimasuki Pencuri

Saya nak share sesuatu yang saya rasa dapat memberi manfaat. Saya ibu kepada 2 orang anak. Saya dan suami bekerja syif (perhotelan). Kami bekerja nun di atas bukit Genting. Tapi kami tinggal di Batang Kali. Setiap hari kami berulang 30-35 minit. Cara bekerja di Genting ni lain. Kami bekerja 3 minggu tanpa cuti dan diberi cuti seminggu terus. Tiap bulan begitu.

Saya, suami dan anak² memang dah biasa rutin kami memang begitu. 3 minggu bekerja dan 1 minggu cuti. Selalunya cuti seminggu tu, kami akan tinggalkan rumah. Pergi bercuti, sebab tak ada banyak masa dengan anak². Time cuti sajalah boleh nak spend time.

Ceritanya begini, rumah kami memang ada CCTV, suami pasang sebab kami bekerja syif dan selalu tinggal rumah lama² hampir setiap bulan untuk bercuti. Nak dijadikan cerita, satu hari selepas kami balik bercuti, saya buka saja pintu rumah ternampak ada lelaki dalam rumah dalam keadaan tak bermaya, boleh dikatakan separuh sedar.

Saya berlari keluar panggil suami supaya pegang anak² dan saya nak telefon polis. Tetapi suami cakap tak perlu telefon dulu, biar dia jumpa lelaki tu dulu. Suami telefon ibu bapa saya yang tinggal berdekatan untuk datang.

Suami saya bagi air, lepas tu bagi pula makanan yang kami bungkus tadi sebelum balik kepada lelaki tu. Selepas dia selesai makan, suami mula menyoal.

"Buat apa di rumah kami??"

Dia kata dia memang mark rumah kami. Tiap bulan mesti akan kosong lama. So dia tunggu je bila masa sesuai untuk dia masuk dan rompak. Ye, rompak.

Menggigil tangan saya nak telefon polis. Suami tak izinkan. Suami tanya apa yang terjadi dan kenapa tak rompak? Kenapa masih di dalam rumah? Kenapa lemah tak bermaya?

Lelaki tu kata, dia rasa kaki dan tangan dia macam dipasung. Dia cuba mencari jalan nak keluar tetapi tak jumpa². Sudah 3 hari dia berada di dalam rumah saya, tak jumpa jalan keluar. Kaki tangan macam dipasung, langsung tak dapat bergerak walaupun untuk mencari setitis air untuk minum,

Suami saya kata, niat di hati memang nak sumbatkan saja dalam penjara tapi dia masih kasihan. Suami kata dia pernah terbaca:-

"Kalau kita nampak seseorang tu susah, dilanda musibah, sebenarnya Allah tu bukan saja sedang menguji dia, tetapi sedang uji kita juga bagaimana kita menangani perkara tu. Suami pilih untuk beri peluang dan memaafkan sebab dia memang tak sempat capai apa² barang pun lagi.

Selesai semuanya, suami saya buka cerita. Dengan wajah gembira dia kata, malam ni dia nampak kuasa Allah dan dia ingat pesan arwah bapanya supaya tiap kali nak keluar rumah walaupun nak pergi makan malam depan rumah, bacalah satu ayat dari surah yasin (ayat 9).

Bukan saja nak keluar rumah, tiap kali nak tidur pun suami akan baca seperti dipesan arwah bapanya. Anak² pun suami saya ajar doa ni. Tersangatlah berguna dan saya rasa terpanggil untuk berkongsi. Di sini saya kongsikan sekali ayatnya. Semoga bermanfaat dan semoga diri kita serta orang² kesayangan kita sentiasa dilindungi walau di mana saja mereka berada. Aamiin.

Bacalah Ayat Al Quran Ini Untuk Elakkan Rumah Dimasuki Pencuri

Gambar Sekadar Hiasan


Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Neelofa Nafi Bakal Berkahwin Tahun Hadapan

Siapa yang tidak kenal, artis tempatan yang kini menjadi usahawanita yang berjaya dan bakal melebarkan sayap seninya di Indonesia, Neefola tampil memberi kenyataan menafikan desas - desus yang mengatakan beliau bakal berkahwin tahun hadapan.

Jelas Neelofa, beliau semestinya akan berkongsi perkhabaran yang baik bersama peminat sekiranya sampai masanya nanti.
Ini bukan zaman dulu nak sorok-sorok.
Andai saya akan melangkah ke fasa baru saya akan kongsikan kepada umum.
Mungkin sebab umur saya sudah 30 tahun menyebabkan ramai yang membuat spekulasi.
Neelofa juga menyatakan bahawa dia dan keluarganya tidak ada perbincangan langsung mengenai hal itu lagi.

Sejujurnya tiada apa-apa perbincangan membabitkan ahli keluarga mengenai ke arah itu.

Cuma apa yang boleh saya kongsikan, adik dan sepupu saya ada yang bakal mendirikan rumah tangga tahun depan.
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Pinjaman Peribadi di Malaysia Yang Perlu Anda Tahu

Tahukah anda masih ramai yang tak tahu selok-belok tentang pembiayaan peribadi. Nak tanya kat bank nanti takut termakan promosi bank pula.

Kalau anda nak tahu, boleh dikatakan semua Bank akan cuba menggoda anda untuk memohon pinjaman jika anda bertanya tentang apa sahaja berkaitan pinjaman peribadi.

Jadi sebelum anda memohon pinjaman peribadi dengan bank, apa kata anda baca dahulu panduan yang kami sediakan ni untuk memudahkan anda memahami apa itu pinjaman peribadi dan bagaimana untuk memohon supaya permohonan anda mudah diluluskan bank.

Apa Itu Pinjaman Peribadi?

Secara ringkas, pinjaman peribadi adalah wang yang anda ‘pinjam’ dari institusi kewangan dengan kadar faedah dipersetujui yang anda bayar dalam tempoh tertentu.

Mereka yang memohon pembiayaan peribadi menggunakan wang pinjaman untuk banyak perkara; modal kahwin, beli kereta, bayar hutang PTPTN, melancong, dan sebagainya.

Pendek kata pinjaman peribadi sesuai digunakan untuk semua perkara, kecuali memulakan perniagaan.

Jenis Pembiayaan Peribadi

Terdapat dua jenis pembiayaan peribadi, iaitu “secured personal loans” dan “unsecured personal loans”. Apa yang membezakan kedua-dua jenis “personal loan” ini?

Pembiayaan Peribadi Bercagar (Secured Personal Loan)

Ini adalah jenis pinjaman yang memerlukan penjamin atau cagaran. Cagaran yang dimaksudkan adalah bentuk hartanah.

Ini bermaksud sekiranya peminjam gagal menjelaskan bayaran loan, bank boleh merampas cagaran atau memindahkan tanggungjawab kepada penjamin.

Pinjaman jenis “secured personal loans” selalunya digunakan oleh individu yang mempunyai rekod kredit yang lemah. Walau bagaimanapun pinjaman jenis ini juga diminati kerana kadar faedah yang lebih rendah berbanding pinjaman lain.

Pembiayaan Peribadi Tak Bercagar (Unsecured Personal Loans)

Ini adalah pinjaman peribadi yang popular pada masa sekarang. Jenis pinjaman ini tidak memerlukan penjamin atau sebarang cagaran. Pinjaman jenis ini juga lebih pantas dan lebih mudah diluluskan oleh pihak bank jika pemohon menepati syarat-syarat  minima yang ditetapkan.

Tetapi jenis pinjaman ini mempunyai kadar faedah yang lebih tinggi berbanding pinjaman-pinjaman bank yang lain.

Tempoh Bayaran Semula Pinjaman Peribadi

Tempoh pembayaran adalah bergantung kepada jenis pinjaman peribadi yang diluluskan, dan peminjam boleh memilih tempoh bayaran semula yang sesuai dengan situasi kewangan mereka.

Boleh dikatakan semua bank yang menawarkan pinjaman peribadi mempunyai tempoh bayaran semula yang fleksibel – sesingkat 1 tahun sehingga mencapai 7 tahun.

Sebagai contoh, pihak AEON Credit menawarkan tempoh pembiayaan dari 1 tahun hingga 7 tahun untuk pinjaman peribadi AEON iCash. Manakala CIMB pula menawarkan tempoh bayaran dari 1 tahun sehingga 5 tahun untuk CIMB Cash Plus & CIMB Xpress Cash.

Nilai bayaran semula ini pula bergantung kepada kadar faedah yang dikenakan untuk pelan pinjaman peribadi tersebut.

Kadar Faedah Pinjaman Peribadi

Seperti tempoh bayaran, kadar faedah pembiayaan peribadi juga adalah bergantung kepada jenis pinjaman bank yang dipohon.

Setiap bank mengenakan kadar faedah yang berbeza untuk pelan pinjaman mereka.

Pada masa sekarang, kebanyakan bank di Malaysia menawarkan dua jenis pelan pembiayaan peribadi. Jenis pelan pinjaman yang saya maksudkan di sini bukanlah “unsecured personal loan” dan “secured personal loan”, tetapi pinjaman patuh syariah dan pinjaman konvensional.

Oleh kerana agama rasmi Malaysia ialah Agama Islam, kebanyakan bank mula menawarkan pinjaman patuh Syariah yang menggunakan konsep Bai Al-Inah.

Secara ringkas, pelan pembiayaan peribadi bank yang berkonsepkan Bai Al-Inah mempunyai kadar faedah tetap berbanding pelan pembiayaan peribadi yang biasa.

Pelan pinjaman yang tidak menggunakan konsep Bai Al-Inah pula menawarkan kadar faedah yang berubah. Selalunya kadar faedah ini bergantung kepada nilai pinjaman yang diluluskan.

Bagaimana Memilih Pelan Pinjaman Yang Sesuai?

Pemilihan pelan pinjaman yang sesuai bergantung kepada beberapa faktor yang perlu anda pertimbangkan.

Faktor seperti status kewangan anda sangat mempengaruhi pelan pembiayaan peribadi yang perlu anda pilih.

Anda juga perlu tahu tujuan anda ingin mendapatkan pembiayaan peribadi dari bank. Adakah anda terdesak dan inginkan pinjaman segera tanpa penjamin atau cagaran.

Dan adakah anda pasti anda akan dapat membayar kembali pinjaman tersebut mengikut kadar faedah yang ditetapkan oleh bank?

Itu adalah antara faktor-faktor yang mempengaruhi keputusan anda untuk mendapatkan pinjaman.

Menggunakan Pembiayaan Peribadi Dengan Bijak

Sesetengah individu yang pandai mengurus kewangan mereka akan memilih untuk mendapatkan pembiayaan peribadi untuk membeli barang – walaupun mereka mampu untuk mendapatkan barangan tersebut secara tunai.

Contohnya dari menggunakan simpanan untuk motor, anda boleh dapatkan pembiayaan peribadi untuk tujuan tersebut – dan gunakan simpanan anda untuk pelaburan yang lebih menguntungkan.

Perkara Lain Yang Perlu Diberi Perhatian Sebelum Memohon

Selain tempoh bayaran semula dan kadar faedah yang dikenakan, terdapat beberapa perkara lain yang perlu anda beri perhatian sebelum memohon pinjaman.

Antara perkara dan istilah yang anda perlu ambil tahu:

Syarat & Terma pinjaman – siapa yang nak baca syarat & terma kan? Sudahlah panjang, mengelirukan pula tu. Cara paling mudah untuk mendapat penjelasan tentang syarat & terma pinjaman adalah dengan berhubung terus dengan pegawai bank. Mereka boleh terangkan syarat & terma pinjaman. Atau jika anda menggunakan perkhidmatan kami, anda boleh tanya apa sahaja berkaitan pinjaman kepada kami, kami akan bantu anda.

Penalti – Semua bank mengenakan penalti atau denda lewat bayar. Selalunya jumlah ini adalah 1% dari jumlah pinjaman. Tetapi terdapat bank yang mengenakan lebih.

Per annum (p.a) – Ini adalah istilah yang digunakan untuk “interest rate” atau kadar faedah tahunan. Lebih lama anda mengambil masa untuk membayar balik pinjaman, lebih tinggi nilai kadar faedah yang perlu anda bayar.

Cara Memohon Pinjaman Peribadi Bank di Malaysia

Cara memohon pinjaman pada sekarang sangat mudah. Kebanyakan bank sudah menyediakan permohonan secara atas talian (online) untuk memudahkan pemohon.

Secara ringkas, anda boleh memohon pinjaman bank melalui kaedah berikut:

Walk-In ke Bank

Jika anda boleh luangkan masa, anda boleh memohon pinjaman peribadi dengan cara walk-in ke cawangan bank terdekat.

Mohon Secara Atas Talian (online)

Seperti yang saya katakan sebelum ini, kebanyakan bank sudah menyediakan kemudahan untuk memohon pinjaman peribadi secara atas talian, atau online. Anda cuma perlu isi maklumat berkaitan dan akan dihubungi oleh pihak bank untuk urusan selanjutnya.
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Pagi ini heboh di media sosial tentang tularnya sebuah memo yang didakwa dikeluarkan oleh sebuah syarikat. Memo berkenaan menyatakan larangan kepada para pekerjanya untuk menunaikan solat kecuali pada waktu rehat sahaja.  Malah, sesiapa yang ingkar arahan tersebut akan dikenakan denda sebanyak RM500.00.

Tular Memo Sebuah Syarikat Didakwa Keluarkan Arahan Larang Pekerja Solat?
Pihak pengurusan ingin memaklumkan kepada semua pekerja bahawa tidak dibenarkan pergi solat ketika waktu bekerja kecuali pada waktu makan tengah hari sahaja.

Dengan serta-merta jika didapati melanggar arahan akan dikenakan denda sebanyak RM500.00 (Ringgit Malaysia: Lima Ratus Sahaja) Untuk setiap kali kesalahan. 

Pada tahun 2018, Kementerian Sumber Manusia telah melancarkan Garis Panduan Pelaksanaan Solat dalam waktu bekerja khusus untuk sektor swasta.

Ini Objektif Garis Panduan Pelaksaan Solat Dalam Waktu Kerja Menurut Kementerian Sumber Manusia

Jabatan Tenaga Kerja ada menerima aduan daripada pekerja yang beragama Islam dan persoalan daripada pihak majikan berkaitan pelaksanaan solat dalam waktu kerja yang antaranya termasuklah kebenaran menunaikan solat dalam waktu kerja, tempoh waktu menunaikan solat dan tempat yang khusus serta bersih untuk menunaikan solat. Kekurangan maklumat yang tepat telah menimbulkan salah faham antara majikan dan pekerja seterusnya menjejaskan suasana harmoni.

Objektif Garis Panduan ini bertujuan untuk memberi panduan dan penerangan kepada majikan dan pekerja bersabit kebenaran kepada pekerja untuk menunaikan solat dalam waktu kerja dan pada masa yang sama mematuhi peruntukan berkaitan waktu bekerja sebagaimana yang ditetapkan di bawah Akta Kerja 1955.

Waktu Kerja Di Bawah Seksyen 60A(1) Akta Kerja 1955

Seseorang pekerja tidak boleh bekerja:

1. Lebih daripada 5 jam berturut-turut tanpa diberikan rehat sekurang-kurangnya 30 minit;

2. Lebih daripada 8 jam dalam satu hari;

3. Melebihi tempoh masa 10 jam dalam satu hari (spread over period of 10 hours); dan

4. Lebih daripada 48 jam dalam satu minggu

Kebenaran Menunaikan Solat Dalam Waktu Kerja

Bagi melaksanakan langkah-langkah di bawah Garis Panduan ini pihak majikan hendaklah memberi pelepasan kepada pekerja yang beragama Islam untuk menunaikan solat bagi masa:

- Sekurang-kurangnya selama 20 minit bagi setiap waktu solat; dan
- Sekurang-kurangnya 1 jam 30 minit bagi solat Jumaat.
- Pelaksanaan kewajipan seseorang pekerja beragama Islam untuk menunaikan solat dalam waktu bekerja boleh diselaraskan oleh majikan mengikut kesesuaian waktu rehat seseorang pekerja.

Tular Memo Sebuah Syarikat Didakwa Keluarkan Arahan Larang Pekerja Solat?

Kemudahan Tempat Solat

Selain daripada pelepasan waktu untuk menunaikan solat, majikan juga perlu menyediakan kemudahan tempat untuk menunaikan solat di tempat kerja seperti berikut:

- Ruang khas tertutup dengan saiz yang bersesuaian, bersih, selesa dan berhampiran atau di persekitaran tempat bertugas;
- Ruang untuk menunaikan solat yang berasingan bagi pekerja lelaki dan pekerja wanita;
- Peralatan asas untuk menunaikan solat seperti sejadah/tikar/ alas lantai;
- Tempat mengambil wuduk yang berhampiran dengan ruang solat; dan
- Petunjuk arah kiblat yang disahkan oleh Jabatan-jabatan Mufti Negeri.
- Garis Panduan ini diharap dapat dilaksanakan sepenuhnya oleh semua majikan di negara ini bagi memastikan hubungan harmoni antara para pekerja dan para majikan di tempat kerja sentiasa dapat dipupuk dan dipelihara selain membantu memperkasa integriti dalam kalangan warga pekerja.

Sumber: siakapkeli dan Kementerian Sumber Manusia
Share
Tweet
Pin
Share
2 Comments
Siapa tekan snooze kita geng!


Boleh dikatakan majoriti daripada kita akan menggunakan penggera bagi mengejutkan kita daripada tidur. Telah menjadi kebiasaan, sekiranya jam penggera berbunyi, kita akan menekan butang ‘snooze’ supaya dapat kembali tidur dalam tempoh yang singkat sebelum bangun.

Tidak kiralah kita gunakan jam loceng biasa ataupun telefon bimbit untuk menetapkan penggera, kita sentiasa akan memilih untuk melanjutkan tidur dalam beberapa minit. Namun, sedarkah anda perlakuan tersebut sebenarnya membawa kesan buruk terhadap diri dan kesihatan anda ?

Perkara ini kerana perbuatan menekan butang ‘snooze’ boleh menyebabkan peningkatan dalam tempoh inersia. Tidur inersia merupakan perasaan gugup atau pening yang terkesan kepada kebanyakan orang ketika mereka bangun tidur. Disebabkan minda kita yang masih belum bersedia untuk bangun daripada tidur, keadaan ini boleh menyebabkan seseorang itu terdedah kepada risiko pening kepala yang kebiasaannya berlaku 15 hingga 30 minit.


Akibatnya, badan menjadi lemah dan mengantuk sehingga tidak dapat menumpukan perhatian pada aktiviti yang akan dilakukan.

Dengan menekan butang ‘tunda’ pada penggera, kita beranggapan dapat kembali tidur beberapa minit dan hormon dari badan akan dilepaskan. Namun, kita tidak sedar sebenarnya kita telah menipu badan kita sendiri.

Seperti kebiasaan yang dialami oleh kebanyakan daripada kita, terjaga daripada tidur yang sekejap  boleh membuatkan kita berasa tidak selesa dan tidak segar sepenuhnya.
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments

Dalam menguruskan kewangan peribadi, anda perlu mengamalkan tabiat kewangan yang betul. Anda tidak perlu menjadi pakar kewangan, cuba amalkan 5 langkah bijak ini yang mudah untuk dipelajari dan laksanakan supaya pengurusan kewangan wang anda dapat diuruskan dengan bijak dan teratur.

1. Fokus Tingkatkan Pendapatan

Secara realitinya, berapa jumlah simpanan yang anda mampu simpan dari pendapatan bulanan sedia kala? Sebagai contoh, jika gaji bulanan anda RM3,000 dan anda membelanjakan sekurang-kurangnya RM500 setiap bulan untuk keperluan asas, ini bermaksud anda tidak mampu untuk menyimpan lebih daripada RM2,500 sebulan.

Bagi kebanyakan individu, pekerjaan tetap mereka tidak akan menjadikan mereka kaya, sebaliknya ia lebih untuk menyara hidup dan sebagai sumber pendapatan yang stabil. Individu yang mempunyai kewangan stabil adalah mereka yang aktif mengusahakan pertumbuhan pendapatan mereka yang sedia ada.

Salah satu tips yang anda boleh ikut ialah dengan mencuba untuk mengembangkan pendapatan anda sekurang-kurangnya 10% setiap tahun. Katakanlah gaji anda tahun ini RM3,000 sebulan, cuba untuk dapatkan pendapatan RM3,300 pada awal tahun hadapan. Walaupun  nampak sukar, mulakannya dari sekarang; sama ada dengan mencari pendapatan tambahan, ataupun meningkatkan kemahiran supaya anda boleh berunding kenaikan gaji.

2. Amalkan Peraturan 5%

Jika anda membuat pelaburan, pastikan anda amalkan peraturan 5%. Peraturan ini menyarankan supaya 5% dari portfolio pelaburan terdiri daripada pilihan pelaburan yang berbeza. Secara amnya, ia akan menjadikan pelaburan-pelaburan anda lebih bervariasi, dengan gabungan pelaburan berisiko tinggi dan rendah, tanpa menjejaskan kewangan.

Contohnya, peruntukkan 5% dari modal untuk pelaburan berisiko tinggi dengan pulangan 7% setahun. Tindakan ini dapat menambah nilai pelaburan sekiranya fokus portfolio anda terletak kepada pelaburan-pelaburan berisiko rendah. Walaupun dengan risiko yang tinggi tidak menjanjikan pulangan, kesannya tidak terlalu teruk, kerana anda telah menghadkannya kepada 5% sahaja.

3. Berbelanja Dengan Cermat

Pesanan yang kerap kali anda dengan, mungkin sejak kecil, namun akan terus relevan. Tabiat ini perlu diamalkan sekiranya anda serius untuk mengembangkan kekayaan. Ianya akan lebih berguna jika anda turut beri perhatian kepada perbelanjaan-perbelanjaan kecil juga.

Sebagai contoh, melanggan keahlian gymnasium namun tidak pernah pergi ke mana-mana sesi. Selain itu, contoh-conoh lain termasuklah membayar pinjaman perumahan lebih dari sepatutnya (dengan tidak menggunakan pembiayaan semula) atau membeli minuman dan makanan mahal, walaupun ada pilihan yang lebih murah.

Tindakan ini sebenarnya adalah membeli berdasarkan kehendak berbanding keperluan. Dalam contoh makanan dan minuman tersebut, kita sebenarnya lebih mementingkan jenama, walaupun rasanya mungkin lebih kurang sama dengan pilihan lain yang lebih murah. Mereka yang arif akan pengurusan kewangan sedar akan hal ini. Bukanlah terus tidak berbelanja, namun pandai dan tahu bila dan bagaimana wang mereka dibelanjakan.

4. Elak Menganalisa Lebih Dari Diperlukan

Tindakan ini, yang juga dikenali sebagai analysis paralysis akan menghalang anda untuk mengambil tindakan, disebabkan terlalu memikirkan apa yang bakal berlaku. Tidak dinafikan, analisa amat penting dalam membuat keputusan kewangan. Tetapi, sesetengah individu terlalu fokus dengan analisa dan membuat kajian sehingga langsung tidak mengambil tindakan.

Contohnya, jika anda ingin membeli rumah pertama, tetapi tidak pasti sama ada ia masa yang sesuai. Individu yang memiliki kefahaman kewangan akan tentutukan tarikh akhir untuk mereka lakukan keputusan. Dengan in, mereka akan membuat analisa dan persediaan secukupnya, tanpa mengabaikan tindakan yang bakal diambil.

Jadi, dalam membuat keputusan,  anda perlu tetapkan satu tempoh masa bagi anda membuat analisa. Jangan lupa letakkan tarikh akhir untuk tempoh tersebut, dan apa tindakan seterusnya yang perlu diambil. Seterusnya, laksanakan keputusan tersebut dan jangan berlengah, kerana bertangguh dalam mengambil tindakan hanya akan merugikan anda.

5. Ketahui Cara Menggunakan Pinjaman Wang Dengan Betul

Bukan semua pinjaman adalah buruk. Jika anda menggunakan pinjaman wang dengan bijak, ia akan bantu anda untuk menjana pulangan yang lebih tinggi. Akhirnya, anda bukan sahaja mampu membayar balik pinjaman tersebut, bahkan anda juga boleh menambah pendapatan.

Contohnya, anda memohon pinjaman untuk membeli telefon pintar. Ini merupakan contoh pinjaman yang tidak berfaedah, kerana gajet tersebut akan susut nilai dengan cepat, dan tidak boleh dianggap sebagai aset yang boleh menjana pendapatan.

Sebaliknya, jika anda memohon pinjaman untuk mengembangkan perniagaan merupakan situasi berbeza. Pinjaman ini merupakan sejenis hutang baik kerana ia berpotensi untuk menambahkan pendapatan anda. Hutang baik juga boleh dikenalpasti seperti berikut:

  • Menambah nilai bersih peribadi
  • Mengembangkan wang
  • Bayaran ansuran yang berpatutan
  • Kadar faedah yang rendah
  • Jadi, sebelum memohon pinjaman, fahami konsep leverage terlebih dahulu. Ini kerana pinjaman wang boleh mendatangkan faedah jika anda gunakannya untuk menjana keuntungan.

Demikianlah 5 Langkah bijak untuk anda menguruskan kewangan anda dengan bijak agar anda tidak terjerumus dalam bebanan hutang.
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Tahukah Anda Kenapa Lalat Selalu Gosok Kaki

Lalat merupakan serangga yang sering kita lihat terutamanya pada makanan terdedah dan juga kotoran seperti bangkai. Jika dilihat pada serangga itu dengan lebih teliti, lalat kebiasaannya akan menggosokkan kedua-dua kakinya bersama ketika berehat.

Adakah anda pernah terfikir mengapakan lalat berkelakuan seperti itu?

Lalat sebenarnya mempunyai mempunyai deria rasa istimewa di kaki mereka. Kebolehan ini adalah untuk membolehkan mereka tahu akan jenis makanan dan mengenal pasti sekiranya makanan tersebut boleh dimakan atau tidak.

Oleh itu, tabiat lalat yang sering menggosok kaki mereka bersama-sama adalah untuk memastikan kaki mereka bersih. Perbuatan ini supaya segala kekotoran dan benda lain dapat dibuang dari deria rasa mereka yang terletak di kaki. Adalah sangat penting untuk membersihkan kaki mereka supaya dapat bekerja kembali untuk mencari makanan.

Walaupun lalat dikenali sebagai serangga yang kotor, namun serangga ini mempunyai sifat untuk membersihkan diri. Ini kerana selain menggosokkan kaki untuk dibersihkan, lalat juga kadang-kadang membersihkan bahagian lain di tubuh mereka seperti seperti kaki yang lain, sayap dan juga mata mereka.

sumber: Jack's Nature
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Intel dan Qualcomm Juga Putuskan Hubungan Dengan Huawei

Nampaknya kisah sedih Huawei belum berakhir lagi. Beberapa jam selepas Google membuat pengumuman bahawa mereka tidak dapat memberikan lesen android kepada Huawei atas sekatan US, mereka sekali lagi menerima tamparan yang hebat.

Syarikat pengeluar dan pembekal cip gergasi iaitu Intel, Qualcomm dan Broadcom turut mengesahkan mereka akan memutuskan ‘hubungan’ dengan Huawei berkuat-kuasa serta merta.

Menurut sumber, kesemua syarikat pembuat cip tersebut telah dimaklumkan untuk berhenti menjual perkakasan kepada Huawei sehingga notis selanjutnya.

Sementara itu, Microsoft belum memberi sebarang komen berhubung isu ini sama ada ingin terus membekalkan sistem operasi Window bagi komputer riba Huawei. Namun, terdapat kemungkinan bahawa mereka akan turut mengikut jejak langkah yang sama.

Penghentian jualan perkakasan dan sokongan perisian ini dibuat setelah Huawei disenaraikan ke dalam Entity List oleh Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat kerana didakwa meningkatkan risiko terhadap keselamatan negara.

Perkara ini sekaligus membuatkan semua syarikat yang berada di A.S tidak boleh melakukan sebarang perdagangan dengan Huawei, melainkan mendapat kebenaran daripada pihak kerajaan sendiri.

Sumber: SiakapKeli
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Baru-baru ini viral video seorang wanita yang menjerit meminta tolong kononnya mendakwa diragut sambil menyembur racun serangga ke arah beberapa orang lelaki yang ditugaskan untuk menarik keretanya di Langkawi.

Melaui video yang tular, kereta Honda City yang dipandu wanita tersebut didakwa mempunyai tunggakan sehingga lima bulan.

Viral Wanita Sembur Racun Serangga Kepada Penarik Kereta Beri Penjelasan

Dalam video tersebut, seorang lelaki masuk ke dalam kereta perempuan itu dan duduk dibahagian pemandu sebelum wanita tersebut menyemburnya dengan racun serangga sambil menjerit. Apabila lelaki tersebut keluar, wanita itu terus menjerit dan menutup pintu kenderaan sebelum memandu pergi dari situ.


Perbuatan wanita itu mendapat kecaman hebat dari warga maya, membuatkannya tampil memberi kenyataan bela diri dalam Group Langkawi Sana Sini Baru.

Dalam kenyataan tersebut, wanita itu mendakwa tindakan kumpulan lelaki yang ingin menarik kereta tersebut yang duduk di sebelahnya telah membuatkannya merasa cemas dan bertindak menyembur racun serangga untuk melindungi diri.

Viral Wanita Sembur Racun Serangga Kepada Penarik Kereta Beri Penjelasan

Perhatian kepada semua netizen yang viral kan video saya dan yang komen tentang video ni.. Baca betul-betul keterangan ni.. Ini bukan rekaan semata-mata.. Kalau nak tahu betul ke tidak tolong bagi kerja sama untuk pihak yang berkuasa jalankan tugas..

Saya seperti yang tertera di dalam video tersebut .. Pada hari kejadian saya dan anak saya berumur 2 tahun sebelum saya ke bank saya pergi membeli sedikit barang rumah bersama anak.

Semasa saya keluar dari bank di datangi dua orang lelaki dan berkasar dengan saya dan anak saya menyatakan mahu mengambil kereta yang bukan hak milik saya dan sekiranya saya tidak mahu bagi kereta, saya perlu membayar kepada mereka.

Dalam kejadian itu pak cik tua itu telah menyigung (menyiku) saya sehingga saya tersandar di kusyen kereta lalu saya dapat mencapai ridsect yang dibeli saya itu. Saya seorang perempuan apabila mereka berkelakuan sedemikian saya dan mana-mana perempuan sekali pun akan bertindak begitu.

Nasib dalam kereta saya tidak ada senjata tajam kalau ada mesti saya sudah tikam mereka kerana saya panik dan nak pertahankan diri dan anak saya.

Kalau betul mereka agen sah penarik kereta mereka tahu undan-undang untuk tarik kereta bukan datang seperti penyamun. Wajar bagi saya berbuat sedemikian kerana nak mempertahankan diri dan anak saya, bukan nak pertahankan kereta yang bukan hak milik saya yang sah.

Difahamkan, individu-individu yang ingin menarik kereta tersebut turut membuat laporan polis mendakwa wanita tersebut memukul dan menyembur mereka. Bagaimanapun, kiriman tersebut telah dipadam selepas 12 jam.

Kenyataan tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Ada yang mengecam wanita tersebut dan ada yang menegur cara agen-agen tersebut menjalankan tugas.

Sumber: SiakapKeli
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Chef Selebriti Adamdidam Meninggal Dunia

Kami dimaklumkan satu berita yang menyedihkan pada pagi ini apabila chef selebriti, Adam Mahamed Ismail atau lebih dikenali sebagai Adamdidam telah meninggal dunia pada pagi tadi akibat jangkitan paru - paru.

Berita itu telah disahkan oleh sepupu arwah yang juga pelakon dan pengacara terkemuka negara, Neelofa melalui satu perkongsian InstaStory-nya sebentar tadi.

Chef Selebriti Adamdidam Meninggal Dunia

Chef Adam begitu popular di Internet terutamanya di platform Instagram apabila beliau sering berkongsikan video masakannya di platform media sosial berkenaan.

Beliau juga merupakan bapa saudara kepada pasangan adik-beradik Fatimah dan Ali yang popular di media sosial kerana petah berdialek Kelantan walaupun tingga di United Kingdom. Arwah digelar sebagai Mamajee dan sangat rapat dengan mereka berdua.

Menurut seorang lagi sepupu arwah yang menggunakan nama natashaamran di Instagram, jenazah arwah akan disembahyang di Masjid Telipot, Kota Bharu pada pukul 10 pagi sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Lemal, Pasir Mas hari ini.

Takziah diucapkan kepada seluruh keluarga Allahyarham dan pemergian ini pasti dirasai oleh ramai pihak terutamanya mereka yang mengikuti perkembangan arwah di media sosial.

 Al-Fatihah.
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Isu Sungai Kim Kim - Polis Buru Pemilik Kilang Warga Singapura

Kami difahamkan Polis Johor sedang giat mengesan seorang pemilik kilang warga Singapura bagi membantu siasatan kes melupuskan sisa bahan kimia ke dalam Sungai Kim Kim, di Pasir Gudang, awal bulan ini.

Ketua Polis Negeri, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata, lelaki berusia lingkungan 30-an itu kini diletakkan dalam senarai orang dikehendaki dan pihaknya telah memohon bantuan pihak berkuasa Singapura untuk menahan lelaki tersebut.

Bercakap pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor hari ini, beliau berkata lapan daripada 11 individu ditahan sebelum ini bagi membantu siasatan telah dibebaskan dengan jaminan polis setelah didapati tidak terbabit dalam insiden pencemaran bahan toksik di sungai berkenaan.

Dalam pada itu, seorang pemandu lori dan dua pengarah syarikat mengaku tidak bersalah selepas dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan membuang dan bersubahat melupuskan bahan sisa toksik ke dalam sungai tersebut pada 7 Mac lalu.

Mohd Khalil juga menegaskan anggota dan pegawai yang terbabit dalam siasatan kes tersebut telah bekerja keras untuk menahan suspek berasaskan fakta yang diperolehi, sekali gus menepis dakwaan segentir netizen kononnya pihak polis hanya ‘wayang’ berhubung kes itu.

”Kita buat kerja seikhlas hati, sebaik mungkin. Kita tidak tangkap orang sesukati hati, mesti ada fakta dan apabila kita tangkap dengan fakta, kita juga mesti ada dapat jaminan pertuduhan, baru kita tuduh di mahkamah,” katanya.

Justeru, beliau meminta netizen supaya jangan mengguris hati anggota dan pegawai yang bertungkus lumus untuk cuba menyelesaikan kes itu dengan kadar segera.

Sumber: BERNAMA
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Newer Posts
Older Posts

CARI ARTIKEL HAIRAN

TAWARAN MENARIK

LIKE FACEBOOK KAMI

CERITA HAIRAN MINGGU INI

  • Zahra Puteri Ais Berhijab
  • WTF KOT - Kek Bentuk Manusia Versi Drama Siri Dexter (9 Gambar)
  • TERKEJUT KOT - Haiwan Apakah Yang Mempunyai Tengkorak Sebegini? (4 Gambar)
  • Empat mangsa terperangkap dalam gua telah diselamatkan
  • Pinjaman Peribadi di Malaysia Yang Perlu Anda Tahu

ARKIB HAIRAN

  • ►  2023 (1)
    • ►  November 2023 (1)
  • ►  2021 (2)
    • ►  April 2021 (2)
  • ▼  2019 (12)
    • ▼  December 2019 (3)
      • Datuk Nasir Wahab Telah Meninggal Dunia
      • Bacalah Ayat Al Quran Ini Untuk Elakkan Rumah Dima...
      • Neelofa Nafi Bakal Berkahwin Tahun Hadapan
    • ►  November 2019 (1)
      • Pinjaman Peribadi di Malaysia Yang Perlu Anda Tahu
    • ►  August 2019 (1)
      • Hak Pekerja Muslim Untuk Solat di Tempat Kerja
    • ►  July 2019 (2)
      • Jangan Tekan 'Snooze' Setiap Kali Alarm Berbunyi
      • 5 Langkah Bijak Uruskan Kewangan Anda
    • ►  May 2019 (4)
      • Tahukah Anda Kenapa Lalat Selalu Gosok Kaki
      • Intel dan Qualcomm Juga Putuskan Hubungan Dengan H...
      • Viral Wanita Sembur Racun Serangga Kepada Penarik ...
      • Chef Selebriti Adamdidam Meninggal Dunia
    • ►  March 2019 (1)
      • Isu Sungai Kim Kim - Polis Buru Pemilik Kilang War...
  • ►  2018 (44)
    • ►  November 2018 (14)
    • ►  October 2018 (1)
    • ►  July 2018 (9)
    • ►  April 2018 (2)
    • ►  March 2018 (11)
    • ►  February 2018 (2)
    • ►  January 2018 (5)
  • ►  2017 (58)
    • ►  November 2017 (3)
    • ►  October 2017 (5)
    • ►  September 2017 (2)
    • ►  August 2017 (1)
    • ►  February 2017 (38)
    • ►  January 2017 (9)
  • ►  2016 (101)
    • ►  December 2016 (2)
    • ►  November 2016 (3)
    • ►  October 2016 (12)
    • ►  September 2016 (14)
    • ►  August 2016 (50)
    • ►  July 2016 (8)
    • ►  June 2016 (2)
    • ►  April 2016 (2)
    • ►  February 2016 (8)
  • ►  2015 (45)
    • ►  December 2015 (1)
    • ►  October 2015 (2)
    • ►  September 2015 (15)
    • ►  July 2015 (3)
    • ►  April 2015 (3)
    • ►  March 2015 (17)
    • ►  January 2015 (4)
  • ►  2014 (80)
    • ►  November 2014 (2)
    • ►  October 2014 (15)
    • ►  September 2014 (36)
    • ►  July 2014 (1)
    • ►  May 2014 (1)
    • ►  January 2014 (25)
  • ►  2013 (351)
    • ►  December 2013 (34)
    • ►  November 2013 (1)
    • ►  September 2013 (31)
    • ►  August 2013 (47)
    • ►  July 2013 (130)
    • ►  June 2013 (108)

PAUTAN LINK BERKAITAN

CREATE BY PEOPLE | MAINTAIN BY PASSION. WE ARE HAIRANGERS!