• UTAMA
  • MENGENAI KAMI
  • HUBUNGI KAMI
  • PENAFIAN
  • ISI KANDUNGAN
Powered by Blogger.

KATEGORI ARTIKEL

  • Berita 120
  • Blogging 2
  • Filem 7
  • Gadjet 5
  • Gaming 6
  • Gossip 163
  • Kisah 84
  • Lawak 81
  • Video 20
  • WTF 18

Hairan Blog merupakan sebuah blog yang menyediakan artikel yang meliputi pelbagai jenis Informasi, Berita Semasa, Gosip Artis Malaysia, Dunia Teknologi, Panduan SEO dan Blogging.

Ditubuhkan pada tahun 2012 dan berharap pembaca masih setia dan sudi membaca blog ini. Segala kudrat dan usaha penulis pasti berbaloi dengan sokongan dari anda. TQ

BLOG LAIN YANG HAIRAN

  • BeautifulNara
  • Aksiz
  • Buasir Otak
  • Zaza Iman
  • HASRULHASSAN.COM
  • Encik Hairan - Benda Boleh Settle!
  • Oh! Media

SILA TEKAN LIKE

  • MENGENAI KAMI
  • HUBUNGI KAMI
  • PENAFIAN
  • ISI KANDUNGAN
Hairan Blog
  • Home-icon
  • UTAMA
  • _BERITA
  • _GOSIP
  • _GAMING
  • _TEKNOLOGI
  • _GAYA HIDUP
  • _VIDEO
  • BERITA
  • ARTIS
  • PANDUAN
  • _PEDOMAN
  • _TRAVEL
  • _BLOGGING
  • _SEO
  • _KEWANGAN
  • WOW!
  • FAKTA
  • KISAH MENARIK

Menu Footer Widget

  • KE BLOG ENCIK HAIRAN
  • KE GOSIP HAIRAN
youtube facebook instagram twitter

Hairan Blog

Labi-labi diburu secara haram bagi mengubati penyakit lemah syahwat.

Kuala Lumpur: Masih ada individu yang taasub kononnya sup daging labi-labi boleh membesarkan saiz alat kelamin selain organ haiwan liar dilindungi itu boleh mengubati lemah syahwat.

Malah wujud kepercayaan lain daging haiwan ini boleh menyembuhkan pelbagai penyakit kulit serta melambatkan proses penuaan. Ia antara faktor haiwan liar itu terus diburu secara haram bagi memenuhi permintaan penggemar makanan eksotik tempatan.

Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, terbaru pihaknya menyerbu sebuah restoran di Georgetown, Pulau Pinang pada jam 12 tengah hari, kelmarin.

Menurutnya, sepasukan anggota Unit Penguatkuasa PERHILITAN Negeri Pulau Pinang menyoal siasat seorang lelaki tempatan yang juga pemilik premis berusia 40-an.

“Hasil pemeriksaan dijalankan menemui seekor labi-labi muncung babi Pig-nosed turtle yang diletakkan di dalam akuarium kaca di bahagian dalam premis itu.

“Labi-labi muncung babi itu dirampas dan dibawa ke pejabat PERHILITAN untuk tindakan lanjut,” katanya.


Labi-labi diburu secara haram bagi mengubati penyakit lemah syahwat.

Menurutnya, pihaknya kerap kali membongkar kegiatan pihak tertentu yang memburu haiwan itu untuk dijadikan hidangan makanan eksotik.

“Mereka percaya kononnya daging haiwan ini memiliki pelbagai khasiat menyebabkan hidupan liar yang dilindungi itu menjadi buruan dan dibunuh.

“Ia dibuktikan apabila PERHILITAN pernah membongkar tindakan pengusaha restoran di Cheras di sini, yang menjual pelbagai hidangan daging hidupan liar eksotik kepada pelanggan termasuk labi-labi.

“Ketika pemeriksaan dilakukan, pegawai PERHILITAN merampas tiga ekor labi-labi selain kaki beruang, hidung tapir, 20 keluang dan daging babi hutan,” katanya.

Serbuan di dua premis penyembelihan babi di Wakaf Tapai, Marang, Terengganu pernah dilakukan dan PERHILITAN merampas 40 labi-labi dan 20 katak.

“Labi-labi dan katak yang disimpan ini dipercayai untuk dijual di restoran berhampiran,” katanya.

Kadir berkata, aktiviti menangkap haiwan ini perlu dibendung bagi mengelakkan spesis reptilia itu pupus akibat pemburuan haram.

Labi-labi diburu secara haram bagi mengubati penyakit lemah syahwat.


Sumber : K! Online


Share
Tweet
Pin
Share
1 Comments


Pembantu tadbir wanita suka menyindir kena bunuh

KUALA LANGAT – Hanya kerana tidak tahan kerap disindir menjalin hubungan sulit dengan rakan sekerja, Suspek nekad untuk membunuh pembantu tadbir wanita dengan mencekik dan menikam mangsa sebelum mayatnya dimasukkan ke stor dalam kejadian di Kolej Vokasional Sultan Abdul Samad di Telok Datok, Banting di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 2 petang, mayat Zaimah Mahmod, 57, ditemui di dalam stor di pejabatnya dengan mempunyai kesan tikaman di leher dan badan selain turut dicekik.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman berkata, polis menemui mayat Zaimah selepas menerima panggilan suspek yang berusia 28 tahun, memaklumkan dia baru membunuh seorang wani­ta kerana sakit hati de­ngan sikap mangsa yang kerap menyindirnya mempunyai hubungan sulit dengan rakan sekerja.

“Ketika polis tiba di lokasi kejadian, suspek masih berada di pejabat pentadbiran Kolej Vokasional tersebut. Polis juga menemui pisau yang digunakan suspek untuk menikam mangsa di lokasi sama,” katanya di sini semalam.

Pembantu tadbir wanita suka menyindir kena bunuh

Sumber: K! ONLINE
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Ziana Zain sah bercerai talak satu

Kemelut kes penceraian penyanyi terkenal, Ziana Zain akhirnya menemui titik noktah apabila sah bercerai dengan suaminya, Armin Zaharin Ahmad Zambri, 53, dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah di sini sebentar tadi.

Lafaz talak tersebut dilafazkan oleh Armin Zaharin pukul 2.48 petang di hadapan Hakim Syarie Mohd. Nizar Mohtar. Mohd. Nizar dalam penghakimannya memberitahu, talak tersebut adalah menerusi talak rajie' dengan Ziana Zain sebagai plantif perlu idah selama tiga bulan.

"Kamu berdua juga perlu mendaftarkan penceraian di Pejabat Agama Daerah Petaling.

"Berhubung isu penjagaan dan lawatan anak-anak, boleh memfailkannya di Mahkamah Tinggi Syariah," katanya.

Penceraian kedua-dua mereka mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003. Terdahulu, Armin Zaharin memohon supaya untuk berjumpa dengan empat orang anaknya sebelum melafazkan cerai tersebut.

Ziana Zain atau nama sebenarnya Siti Roziana Zain, 50, hadir memakai jubah serba hitam dengan diwakili peguam Syarie Yusfa Hanis Yussoff.

Ziana Zain sah bercerai talak satu

Turut hadir pada prosiding itu adalah adik Ziana yang merupakan penyanyi, Shahrul Anuar Zain atau Anuar Zain. Sementara itu, Armin Zaharin hadir dengan memakai baju kemeja putih dan berseluar hitam.

Pada 3 April lalu, Ziana yang popular dengan lagu Putus Terpaksa dan Berpisah Jua menfailkan tuntutan penceraian di Mahkamah Rendah Syariah selepas Armin enggan melafazkan cerai terhadap penyanyi tersebut.

Difahamkan fail tuntutan penceraian itu berkaitan penderaan mental dialaminya, nafkah dan kes dera anak-anak mereka.

Sepanjang perkahwinan Armin dan Ziana sejak 9 Mei 1998, mereka telah dikurniakan empat cahaya mata iaitu Muhammad Aiman, 18, dan Muhammad Ammar, 14, serta pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, 9

Ziana Zain sah bercerai talak satu


Ziana Zain sah bercerai talak satu


Sumber : - K! ONLINE

Share
Tweet
Pin
Share
1 Comments


Untungnya jadi Cik B, Dapat Hadiah Hari Jadi Mercedes-Benz CLS Daripada Datuk Seri Vida


Untungnyalah dapat emak orang kaya, nak minta hadiah hari jadi kereta terus dapat. Aku kalau minta hadiah mase umur 13 tahun hadiah kereta maunya kene penampor dengann bapak aku. belikan kereta mainan jela mampu pun. Jom tengok apa kata Datuk seri Vida mengenai isu hadiah buat anaknya.

Datuk Seri Vida tidak melihat hadiah berupa sebuah kereta Mercedes-Benz CLS yang diberikan kepada anak perempuannya, Cik B atau Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, sempena hari jadi yang ke-13 sebagai satu yang keterlaluan.

Vida atau nama sebenarnya, Hasmiza Othman, 46, berkata, beliau memang berniat memberikan hadiah kereta untuk Cik B selepas anaknya itu meminta kereta jenis Mustang beberapa bulan lalu.


“Sebenarnya, Cik B mahukan sebuah kereta Mustang sempena hari jadinya yang jatuh pada 19 Mei lalu. Namun, saya hanya belikan dia Mercedes-Benz sahaja.

“Pada pendapat saya, tidak salah untuk saya belikan dia kereta memandangkan saya ibunya dan berkemampuan,”

Biarpun Cik B masih belum mencapai usia 18 tahun dan tidak mempunyai lesen, Vida hanya membenarkan anaknya itu memandu di perkarangan rumah sahaja.

“Dia belum mempunyai lesen dan saya hanya membenarkan Cik B memandu di perkarangan rumah sahaja,” katanya lagi.

Sementara itu, Vida berkata, dia akan membelikan kereta baharu buat Cik B setiap kali tiba hari lahirnya pada masa depan.

Sebelum ini, Vida pernah menghadiahkan kereta Mini Cooper Countryman kepada Cik B sempena hari jadinya yang ke-12.

CiK B..Cik B.. Mana Fanz Ciik B.. Nak ajak naik kereta ni.. Cik B bawa
A post shared by Dato' Seri Dr. Hajah Vida (@datoserivida) on Jul 10, 2018 at 10:46pm PDT
Sumber : K! ONLINE
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments


Datuk Merogol dan Mencabul 2 Orang Cucu


IPOH - Seorang datuk bakal berhadapan dengan hukuman penjara sehingga 50 tahun dan sebatan selepas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan merogol dan mencabul dua cucunya yang berusia enam dan lima tahun pada bulan lalu.

Tertuduh yang merupakan bekas tukang kebun berusia 71 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Julie Lack Abdullah. 


Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan persetubuhan terhadap cucunya yang berusia enam tahun itu di sebuah rumah di Desa Chemor Permai di sini antara pukul 7 malam 3 Jun hingga 7 pagi 6 Jun lalu. 

Tertuduh didakwa melalukan sumbang mahram tersebut di bawah Seksyen 376B(1) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara tidak kurang 10 tahun dan tidak lebih 30 tahun serta sebatan kika sabit kesalahan.

Tertuduh turut didakwa melakukan perbuatan seksual fizikal ke atas adik mangsa berusia lima tahun dengan cara memasukkan jari ke dalam lubang dubur mangsa di lokasi dan waktu sama.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Naidatul Athirah Azman manakala tertuduh diwakili peguam bela, Sukhdev Singh. Naidatul Athirah memohon mahkamah untuk tidak membenarkan tertuduh dijamin. 

Terdahulu, dalam rayuan kepada anak guamnya memohon mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 atas alasan kesihatan tertuduh serta kemampuan kewangannya selain menyatakan kedua-dua mangsa tidak tinggal bersama tertuduh. 

Julie Lack membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan. Tertuduh masih belum membayar jaminan tersebut.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh agar tidak menghubungi mangsa dalam apa cara sekalipun serta dan menetapkan 13 Ogos depan untuk sebutan semula kes. 


Sumber : K! ONLINE
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments


Tahniah buat  Dato Aliff Syukri dan Datin Shahida atas kelahiran bayi lelaki pada 25 Jun 2018 yang lalu. Bayi mereka diberi nama Yusoff Al-Qardawi sempena nama alim ulama Islam.



Majlis cukur jambul Yusoff Al- Qardawi  telah berlangsung pada 8 Julai 2018 yang lalu dengan dihadiri oleh kumpulan berzanji, rakan - rakan  artis dan rakan perniagaan Dato Aliff Syukri.

Apa yang menarik perhatian netizen dengan majlis cukur jambul anak Dato Aliff Syukri ialah rekaan pelamin dengan katil mewah yang direka khas oleh pereka terkenal tanah air,  Rizalman. Pelamin yang diilhamkan oleh Rizalman adalah berkonsep ala-ala Perancis. Katil ala Perancis ini direka khas hanya untuk Yusoff Al-Qardawi, sampaikan  Dato Aliff sanggup menabung selama 8 bulan untuk mendapatkan sentuhan pelamin dari Rizalman ini.



Fasha sanda turut hadir di majlis Dato Aliff

















Sumber: Instagram @aliffsyukri, @yusoffalqardawi
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Najib bersama isterinya Datin Seri Rosmah Mansor melambai kepada penyokong semasa hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini.

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memfailkan saman terhadap Peguam Negara, Tommy Thomas, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Mohd. Syukri Abdull dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh berhubung siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Najib selaku pemohon memfailkan tiga saman pemula ex-parte (sebelah pihak) secara berasingan di Mahkamah Tinggi di sini pada 30 Jun lepas menerusi Tetuan Badrul Samad Faik & Co bagi memohon deklarasi bahawa pembabitan ketiga-tiga individu itu selaku responden dalam penyiasatan 1MDB adalah tidak sah dan memprejudiskannya selain memohon kos serta perintah lain yang sesuai oleh mahkamah.

Pengurusan kes itu ditetapkan di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Norhatini Abd. Hamid pada 16 Julai. Media memperoleh salinan saman pemula itu hari ini.

Dalam afidavit sokongan yang dikemukakan bersama saman itu, Najib mendakwa Thomas semasa belum dilantik sebagai Peguam Negara telah menulis sebuah artikel bertajuk ‘Grand Lacerny in 1MDB’ pada Julai 2016 dan merumuskan bahawa wang dimasukkan ke akaun peribadi bekas Perdana Menteri ketika itu adalah wang 1MDB.

Najib mendakwa pendirian Thomas melalui artikel itu jelas tidak menyukainya dan melahirkan kebimbangannya bahawa Peguam Negara akan mencari jalan untuk mengenakan satu pertuduhan terhadapnya dengan apa alasan sekalipun selain mendakwa Thomas tidak sepatutnya terlibat dalam siasatan 1MDB. - Bernama

Sumber: Kosmo Online
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Gambar Hiasan

KOTA BHARU – Nasib seorang suri rumah yang mahu mengubati penyakit ‘buatan orang’ bagai jatuh ditimpa tangga apabila dirinya menjadi mangsa rogol ketika mendapat khidmat rawatan seorang bomoh dalam tiga kejadian di sini bulan lalu.

Mangsa yang berusia 40 tahun dan telah bersuami mendakwa dirinya dirogol tiga kali oleh bomoh dikenali dengan panggilan Ah Keong, 52, di sebuah hotel bajet, tokong dan di sebuah rumah kedai.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan berkata, mangsa mengenal bomoh berasal dari Kedah itu pada awal Mei lalu sebelum dia menjalani rawatan pertama di sebuah chalet di Pantai Cahaya Bulan di sini dengan upacara mandi bunga bagi membuang masalahnya yang didakwa suka meracau selepas terkena ‘buatan orang’.

Menurut beliau, semasa rawatan mandi bunga mangsa disuruh tidak melanggar pantang larang iaitu makan atau hadir ke mana-mana majlis kenduri bagi mengelak keluarga dan suaminya ditimpa masalah

Sumber: Kosmo Online
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments



BANGKOK - Empat daripada sekumpulan budak lelaki yang terperangkap telah dapat dikeluarkan dengan selamat dari gua yang dilanda banjir di Chiang Rai, bahagian utara Thailand dan kini sedang menerima rawatan perubatan, demikian menurut laporan media tempatan Thailand.

Namun, belum ada pengesahan rasmi daripada pihak berkuasa.Tetapi bekas gabenor Chiang Rai Narongsak Ossothanakorn yang mengetuai operasi menyelamat dijangka mengadakan sidang akhbar berkenaan hal ini.

Menyebut sumber, agensi media tempatan, Khaosod English, Thai Rath dan Bangkok Post telah membuat laporan mengenai dua budak lelaki pertama itu, yang dibawa keluar dari gua Tham Luang antara 5.30 petang hingga 5.50 petang (waktu tempatan).

Dua budak yang pertama diselamatkan itu kemudian diterbangkan dengan helikopter tentera ke sebuah hospital wilayah berhampiran sementara dua lagi menerima rawatan di tempat kejadian terlebih dahulu.

Sebuah helikopter tentera dipercayai membawa dua budak yang berjaya diselamatkan untuk diterbangkan ke sebuah hospital di wilayah berhampiran bagi menerima rawatan. - Foto oleh AFP

Dua belas budak lelaki, berusia antara 11 dan 15 tahun dan jurulatih mereka berumur 25 tahun terperangkap dalam kompleks gua yang luas itu dekat sempadan Thai-Myanmar lebih 16 hari  menyebabkan insiden itu telah menarik perhatian seluruh dunia.

Pada kira-kira 10 pagi (waktu tempatan) hari ini, usaha untuk membawa keluar budak-budak itu bersama jurulatih mereka dari Akademi Bola Sepak Mu Pa bermula dengan bantuan 13  juruselam asing  dan lima dari Tentera Laut Diraja Thai, SEALS. - Bernama


keadaan di sekitar gua dalam usaha membawa keluar mangsa-mangsa terperangkap

Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Newer Posts
Older Posts

CARI ARTIKEL HAIRAN

TAWARAN MENARIK

LIKE FACEBOOK KAMI

CERITA HAIRAN MINGGU INI

  • Zahra Puteri Ais Berhijab
  • WTF KOT - Kek Bentuk Manusia Versi Drama Siri Dexter (9 Gambar)
  • TERKEJUT KOT - Haiwan Apakah Yang Mempunyai Tengkorak Sebegini? (4 Gambar)
  • Empat mangsa terperangkap dalam gua telah diselamatkan
  • Pinjaman Peribadi di Malaysia Yang Perlu Anda Tahu

ARKIB HAIRAN

  • ►  2023 (1)
    • ►  November 2023 (1)
  • ►  2021 (2)
    • ►  April 2021 (2)
  • ►  2019 (12)
    • ►  December 2019 (3)
    • ►  November 2019 (1)
    • ►  August 2019 (1)
    • ►  July 2019 (2)
    • ►  May 2019 (4)
    • ►  March 2019 (1)
  • ▼  2018 (44)
    • ►  November 2018 (14)
    • ►  October 2018 (1)
    • ▼  July 2018 (9)
      • Labi-labi diburu secara haram bagi mengubati penya...
      • Pembantu tadbir wanita suka menyindir kena bunuh
      • Ziana Zain sah bercerai talak satu
      • Untungnya jadi Cik B, Dapat Hadiah Hari Jadi Merce...
      • Datuk Merogol dan Mencabul 2 Orang Cucu
      • Pelamin Mewah Majlis Cukur Jambul Yusuf Al-Qardawi...
      • Najib saman Peguam Negara, KP SPRM, Amar Singh
      • Suri rumah dirogol bomoh tiga kali ketika proses r...
      • Empat mangsa terperangkap dalam gua telah diselama...
    • ►  April 2018 (2)
    • ►  March 2018 (11)
    • ►  February 2018 (2)
    • ►  January 2018 (5)
  • ►  2017 (58)
    • ►  November 2017 (3)
    • ►  October 2017 (5)
    • ►  September 2017 (2)
    • ►  August 2017 (1)
    • ►  February 2017 (38)
    • ►  January 2017 (9)
  • ►  2016 (101)
    • ►  December 2016 (2)
    • ►  November 2016 (3)
    • ►  October 2016 (12)
    • ►  September 2016 (14)
    • ►  August 2016 (50)
    • ►  July 2016 (8)
    • ►  June 2016 (2)
    • ►  April 2016 (2)
    • ►  February 2016 (8)
  • ►  2015 (45)
    • ►  December 2015 (1)
    • ►  October 2015 (2)
    • ►  September 2015 (15)
    • ►  July 2015 (3)
    • ►  April 2015 (3)
    • ►  March 2015 (17)
    • ►  January 2015 (4)
  • ►  2014 (80)
    • ►  November 2014 (2)
    • ►  October 2014 (15)
    • ►  September 2014 (36)
    • ►  July 2014 (1)
    • ►  May 2014 (1)
    • ►  January 2014 (25)
  • ►  2013 (351)
    • ►  December 2013 (34)
    • ►  November 2013 (1)
    • ►  September 2013 (31)
    • ►  August 2013 (47)
    • ►  July 2013 (130)
    • ►  June 2013 (108)

PAUTAN LINK BERKAITAN

CREATE BY PEOPLE | MAINTAIN BY PASSION. WE ARE HAIRANGERS!