• UTAMA
  • MENGENAI KAMI
  • HUBUNGI KAMI
  • PENAFIAN
  • ISI KANDUNGAN
Powered by Blogger.

KATEGORI ARTIKEL

  • Berita 120
  • Blogging 2
  • Filem 7
  • Gadjet 5
  • Gaming 6
  • Gossip 163
  • Kisah 84
  • Lawak 81
  • Video 20
  • WTF 18

Hairan Blog merupakan sebuah blog yang menyediakan artikel yang meliputi pelbagai jenis Informasi, Berita Semasa, Gosip Artis Malaysia, Dunia Teknologi, Panduan SEO dan Blogging.

Ditubuhkan pada tahun 2012 dan berharap pembaca masih setia dan sudi membaca blog ini. Segala kudrat dan usaha penulis pasti berbaloi dengan sokongan dari anda. TQ

BLOG LAIN YANG HAIRAN

  • BeautifulNara
  • Aksiz
  • Buasir Otak
  • Zaza Iman
  • HASRULHASSAN.COM
  • Encik Hairan - Benda Boleh Settle!
  • Oh! Media

SILA TEKAN LIKE

  • MENGENAI KAMI
  • HUBUNGI KAMI
  • PENAFIAN
  • ISI KANDUNGAN
Hairan Blog
  • Home-icon
  • UTAMA
  • _BERITA
  • _GOSIP
  • _GAMING
  • _TEKNOLOGI
  • _GAYA HIDUP
  • _VIDEO
  • BERITA
  • ARTIS
  • PANDUAN
  • _PEDOMAN
  • _TRAVEL
  • _BLOGGING
  • _SEO
  • _KEWANGAN
  • WOW!
  • FAKTA
  • KISAH MENARIK

Menu Footer Widget

  • KE BLOG ENCIK HAIRAN
  • KE GOSIP HAIRAN
youtube facebook instagram twitter

Hairan Blog

Jadilah Isteri Pengikat Hati Suami


Bagi anda yang bakal melangkah ke alam perkahwinan, pastinya debaran kian terasa. Walaupun sudah lama bercinta, alam rumah tangga yang bakal tiba dan berkongsi hidup bersama sangat berbeza. Kerana dari situlah anda mengenali buruk baik pasangan yang belum anda ketahui semasa alam percintaan.

Namun, masih belum terlambat untuk jadi yang terbaik untuk suami anda. Usah lemahkan keyakinan dengan kekurangan anda, akan tetapi cuba ubah dan jadi yang terbaik untuk bakal suami yang tercinta.

Berikut merupakan ciri-ciri wanita dalam menambat hati sang suami sekaligus mengikat hati suami anda sehingga ke syurga.


PENYABAR

Tidak semua wanita dilahirkan mempunyai sikap yang sabar kerana wanita seringkali lebih emosional dalam tindakan dan bersikap terburu-buru. Cubalah pupuk sikap sabar dalam diri anda supaya bakal suami anda lebih menghormati anda. Sekiranya sebelum ini anda bersikap kuat cemburu dalam perhubungan, cuba pujuk diri anda supaya lebih  positif dan bertoleransi dengan baik sekiranya ada permasalahan yang timbul. Pastinya rumah tangga anda mekar bahagia sekiranya anda positif dan sabar dalam setiap hal yang timbul.


KEIBUAN

Sikap keibuan sangat penting dalam diri seorang wanita. Ini kerana dalam rumah tangga, anda bakal mempunyai anak dan bertanggungjawab mendidik anak-anak tersebut menjadi seorang yang berjaya dan berguna. Jadilah wanita yang lemah lembut dan bersikap keibuan untuk memikat hati suami anda. Wanita yang bersikap keibuan kelihatan lebih tenang dan juga mampu mendamaikan hati suami yang memandang setiap kali penat pulang bekerja.


MANJA

Lelaki umumnya sangat menyukai wanita yang manja. Tidak salah anda manja dengan suami sendiri tapi jangan terlalu manja dan mengada-ngada kerana sikap seperti ini boleh membuatkan bakal suamimu bosan dan jemu. Sikap manja berlaku dalam situasi yang bersesuaian dan bukanlah dibuat-buat di hadapan orang. Jadilah wanita yang bijak dalam menambat hati si dia. Sekali sekala jadi isteri yang manja dan nakal pastinya menyerikan lagi rumahtangga yang dibina.


MEMAHAMI

Walaupun anda teman wanitanya, tidak bermakna anda memahami segala kehendak hatinya. Sekiranya anda sedang dilamun cinta, jadilah pasangan yang sentiasa memahami situasi pasangan anda tidak kira dari segi kewangan, keluarga, persahabatan, permasalahan atau saat dia bersenang lenang. Sekiranya si dia sedang menghadapi masalah cuba cari jalan penyelesaiannya bersama dan usah pentingkan diri dengan melarikan diri dari masalah tersebut.


TERIMA SEADANYA

Setiap orang mempunyai citarasa yang berbeza dalam memilih pasangan hidup. Sekiranya anda benar-benar menyayanginya, terimalah si dia seadanya sama ada kacak, cantik,  buruk, atau sebagainya. Jangan disebabkan dia tidak kaya atau mempunyai kedudukan ekonomi yang tidak stabil membuatkan anda meninggalkannya.


HARGAI PASANGAN

Hargailah pasangan anda tatkala dia bersama anda. Jangan sesekali leka dengan telefon bimbit setiap kali anda keluar bersama. Tumpukan perhatian anda pada si dia dan lupakan masalah pejabat yang timbul untuk sementara. Setiap kali berjumpa, pujilah pasangan anda dengan perkataan-perkataan indah dan manis supaya dia merasa lebih dihargai dan disayangi.


JAGA PERNAMPILAN

Penampilan yang selekeh dan tidak terurus semestinya tidak disukai oleh mana-mana lelaki. Wanita terkenal dengan sikap pembersih, menjaga kecantikan dan penampilan. Sikap inilah yang menambat hati lelaki. Sekiranya anda sentiasa menjaga penampilan, pasti si dia tidak teragak-agak untuk melayari alam rumah tangga bersama anda kerana yakin anda pasti menjaga kebajikannya dengan baik dan teratur.



TIDAK BERKIRA

Sikap senang bertoleransi dan tidak berkira akan lebih memikat hati lelaki. Anda perlu memahami tahap kewangan si dia dan tidak terlalu mendesak dengan meminta-minta sesuatu yang tidak mampu diberikannya. Seandainya si dia amat memerlukan bantuan kewangan anda, bantulah dia seadanya dan ingat! Jangan terlalu memberi sehingga anda habis segalanya sebelum sah bergelar miliknya.


tags: isteri pengikat hati suami, isteri solehah, suri hati mr pilot, 7 hari mencintai 
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Tulus mencintai suami tidak cukup untuk terlihat hot atau menggiurkan di matanya. Cinta bagai nak rak, tetapi suka memberontak juga tidak akan menggoda suami. Suami yang merasa dicintai oleh isteri akan selalu diliputi kebahagiaan. Anda disebut isteri yang baik jika suami bahagia. Make him happy, everyday! Without fail.

Kepatuhan terhadap perintah suami merupaan kewajipan seorang isteri. Seandainya apa yang dikehendaki suami anda tidak sesuai atau kurang anda sukai, beritahu ia dengan cara yang paling halus. Buat suami faham apa yang anda inginkan tanpa menyakiti hatinya.

Jika betul anda cinta mati terhadap suami, tunjukkan suami 4 perkara ini:


1. URUS RUMAH TANGGA SEBAGAI JIHAD KE JALAN ALLAH

4 CIRI ISTERI HOT DI MATA SUAMI

Urus rumah tangga your level best! Makan pakai, anak-anak diuruskan secekap mungkin. Andalah super model untuk suami, andalah chef terkemuka, andalah guru terbaik anak-anak, anda juga best friend suami serta anak-anak. Banyak topi yang anda pakai.

2. TAAT KEPADA SUAMI

4 CIRI ISTERI HOT DI MATA SUAMI

Isteri yang hot, taat kepada suami tidak kira masa dan ketika. Isteri juga harus hebat dalam urusan kelambu. Isteri perlu juga tahu cara menjaga perhubungan suami isteri yang baik dan menggairahkan. Jangan malu-malu saat harus melayani hasrat suami. Sesekali anda juga menggoda suami untuk naik ke tempat tidur. Tidak berdosa jika anda menjadi “pemimpin” sekali-sekala. Be a hot wife ever!

3. BERSOLEK UNTUK SUAMI

4 CIRI ISTERI HOT DI MATA SUAMI

Menjaga penampilan penting untuk membuat suami bahagia. Jangan ragu untuk mengunjungi Salon Muslimah, mengikuti klub senaman atau kelas yoga. Kecantikan anda bukan hanya untuk anda tetapi juga untuk suami. Merawat diri merupakan salah satu tip menjadi isteri yang baik dan disayangi suami. Anda juga dapat meminta opinion ikhlas daripada suami tentang apa yang kurang pada diri anda.


4. MINTA IZIN SUAMI UNTUK MEMBELANJAKAN HARTA

4 CIRI ISTERI HOT DI MATA SUAMI

Seorang isteri yang baik akan selalu meminta izin suami untuk membelanjakan wangnya; walaupun perbelanjaan itu merupakan komitmen bulan yang suami sedia maklum, jika lebih baik, sentiasa maklumkan suami akan sebarang pengeluaran duit dan sebagainya. Jangan sewenang-wenangnya membelanjakan harta suami tanpa pengetahuannya. Berdosa, tahu?


tags: 4ciri hot dimata suami, isteri hot, isteri penyejuk mata, suri hati mr hubby, isteri bijak, isteri solehah
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
4 Tanda Lelaki Tidak Serius Dalam Perhubungan - Ladies Please Take Note!

Mencintai lelaki adalah hak setiap wanita. Namun bukan bererti anda harus dibutakan cinta dan menyiksa diri sendiri. Walaupun kadang kita sayang sangat pasangan kita tu, tapi kalau perangai pun buat kita geram dan buat hati bertambah parah, It time to let it go ~

Kerana, tidak semua lelaki sesuai untuk anda tunggu. Terutama mereka yang tidak pernah menunjukkan perasaannya pada anda dan selalu menghindari anda. Jangan buang masa untuk lelaki yang tidak mencintai anda.  Antara tanda-tanda lsifat lelaki yang tidak serius dalam perhubungan cinta dengan anda :-

1) Lambat membalas mesej


Anda bersemangat menunggu teks mesej dari dia dan akan membalasnya dalam beberapa minit sahaja. Tetapi kemudian anda perlu menunggu berjam-jam atau malah berhari-hari untuk mendapat balasannya. Ini adalah petanda bahawa dia tidak menganggap anda penting dalam hidupnya. Selain itu, anda juga perlu melihat balasannya. Adakah hanya sekadar jawapan “ya” dan “saya tak tahu” atau kelihatan berminat dalam perbualan tersebut. Jika dia sekadar membalas “ya”, sudah dapat dipastikan dia tidak menyukai anda.

2) Tidak melayan anda berbeza


Jika lelaki melayan anda seperti rakan-rakannya yang lain, ertinya dia memang menganggap anda sebagai rakan. Berbeza jika dia menyukai anda, dia akan melayan anda dengan berbeza atau istimewa. Terutama ketika berinteraksi berdua. Tetapi jika dia memang tidak mengistimewakan anda, bermakna anda harus menerima kenyataan bahawa dia tidak suka pada anda.

3)Menghilangkan diri 


Menghilang berhari-hari atau berminggu-minggu tanpa khabar adalah penunjuk bahawa dia tidak menyukai anda. Dia tidak mahu berpayah menyediakan waktu untuk anda kerana dia tidak tertarik pada anda. Selain itu, ini dilakukan kerana dia bingung memberitahu anda bahawa dia tidak berminat. Jika anda bertemu lelaki seperti ini, segera tinggalkan dirinya kerana sudah jelas dia adalah jenis orang yang senang menghilangkan diri ketika ada masalah dan tidak boleh memberi komitmen.


4) Selalu beralasan


Orang yang berkali-kali memberi alasan untuk bertemu dengan anda tidak layak berada dalam hidup anda. Ini bermakna dia mencari alasan untuk mengelakkan diri dari anda, entah dengan alasan penat, sibuk atau bekerja. Jika dia selalu beralasan setiap kali anda mengajaknya bertemu, ini bermakna dia tidak menyukai anda. Jangan buang masa anda untuk lelaki seperti ini.

4 Tanda Lelaki Tidak Serius Dalam Perhubungan - Ladies Please Take Note!


tags: tanda lelaki tidak serius, sifat lelaki, membuang masa, lelaki terangung , cinta 
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments

Nukilan Fynn Jamal Mengenai Delima Ibu  Autisme

Ikuti nukilan Fyn Jamal di Facebooknya yang menceritakan bagaimana delima seorang ibu yang mempunyai anak autisme.  Memang sedih bila baca tulisan Fyn Jamal ni. Kuat betul mereka ni membesarkan anak yang tidak normal seperti orang lain. 



"confirmed", kata psychiatrist yg diagnose juna. "he is autistic".
.
minggu itu juga aku balik kampung jumpa abah ibu. sesekali menangis. bukan pasal tak redha anak kita disahkan tak normal-- tapi risau bila kita dah tak ada.
.
siapa nak jaga dia?
yg boleh kasih dia?
.
yg kalau dibela dari kecik mungkin boleh--
tapi kalau mummy daddy ajal masa dia umur 30 lebih usia--
atok nenek semua dah tak ada--
ada ke yang sudi layan budak kecik dalam jasad orang tua?
.
kemudian pagi di rumah abah itu, ketika aku buka tv, aku nampak kak @zarinazainuddin_ sdg bercakap ttg anak kembarnya yg autistik: azal dan azil.
.
aku paling ingat kata kak ina masa tu:
saya pernah ckp pd azal; "jom kita matilah azal. ibu cekik awak dgn abang, lepas tu ibu pun mati. kita mati sama2".
.
wallahi bab itu betul2 buat aku terpana. i know EXACTLY how it feels. risau siapa nak jaga dia.
.
rasa nak mati.
.
but there she was on the tv screen-- talking about autism. masih bernyawa.
.
susah--
tapi bernyawa.
oklah.
.
and it hits me.
.
of course bila musibah dtg, kita tergamam. kita bukan umat terpilih yg bila dtg permasalahan kita bersorak dan berterima kasih. it'll take a while-- tp kita adapt dgn gigih.
.
at times bila kita rasa rebah, seru الله. minta tolong. dgn yakin minta tolong. tidaklah الله dtg dari singgahsananya semata utk kita, but he would respond from ways we choose to listen to his answer.
.
kak ina survived. sampai skrg dia tekun tak berserah. sgt resilient dan tak kenal rebah.
.
she thought of death--
havent we all?
tp dia masih tetap ada.
.
dan kalau dia yg lagi susah pun boleh, takkan aku nak lemah? kalau org dgn anak terkujur pun boleh, takkan aku berserah? kalau org dgn anak dah ajal, takkan aku nak sentap marah?
.
aku akan mati. semua akan mati. aku rancang mcmmana pun utk juna lps aku mati-- SEMUANYA kerja الله. pandailah الله uruskan juna; pada siapa, hidup mcmmana. aku patut tawakkal pada الله.
.
and that was what taught me that day kat rumah abah. pengajaran dari الله melalui kekuatan kak ina.
.
point aku adalah:
you have questions about anything--
ask الله.
.
dia sentiasa menjawab.
itu janji الله pada kita.
.
kita ni--
tinggal sudi tak sudi dengar je.


Sumber: Fynn Jamal

tags: austistic, autisme, fynn jamal, zarina zainuddin, azal,azil
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Contoh suami yang romantis gitu..

Artikel beliau mendapat pujian ribuan netizen dilaman sosial. Apa yang menariknya berkenaan artikel beliau? Lelaki ini berkongsi beberapa menu masakannya untuk isterinya yang berpantang. Memang menyelerakan dan mendapat pujian netizen.

Perkongsian beliau di sebuah group masakan itu telah dikongsi lebih 2000 kali oleh netizen. Malah ada yang memuji dan berseloroh dengan mengatakan “kalau macam ni beranak setiap tahun pun tak apa”.


Antara menu - menu yang beliau sediakan kepada isterinya semasa berpantang seperti menu masak ikan tengiri, menu ayam dan sup sayur dan menu ala - ala nasi goreng.









Sedapkan? Tahniah buat si suami. Anda menjalankan tanggungjawap anda dengan begitu baik sekali. Kami terharu.

tag: menu berpantang, suami masak, isteri berpantang, makanan untuk ibu berpantang, contoh masakan berpantang, gambar masakan berpantang, khasiat makanan berpantang

Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Acah - acah romantik gitu...

Sari Yanti dan Jep

Umum mengetahui hubungan antara Jep Sepahtu dan Sari Yanti semakin hangat diperkatakan didalam media sosial apabila keakraban mereka jelas kelihatan. Teka-teki mengenai status hubungan pelakon Sari Yanti dan pelawak Jep Sepahtu akhirnya terjawab apabila Sari Yanti secara terang-terangan mengungkapkan kata-kata cinta menerusi Instagram LIVE.

Luahan perasaan Sari Yanti di Instagram Jep Sepahtu mendapat perhatian ramai netizen dan menguatkan lagi gosip mengenai mereka berdua. Sari Yanti sempat memberikan komen “handsomenya” dan “i love you” di ruangan komen Instagram LIVE Jep.

Sari Yanti dan Jep

Nampaknya Sari Yanti tidak mahu berselindung lagi dengan perasaan cintanya terhadap Jep Sepahtu. Rasanya korang pun setuju kerana mereka sememangnya mempunyai 'chemistry' yang kuat.

Apa-apa pun, kami doakan yang terbaik buat Sari Yanti dan Jep Sepahtu.  Siapa tahu memang mereka ada jodoh bersama. Sepadan dan romantik sangat dah ni. Betul tak?

tag: sari yanti, jep sepahtu, sepahtu reunion, instagram sari yanti, instagram jep sepahtu, gosip sari yanti dan jep sepahtu, gambar sari yanti dan jep sepahtu
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Siapa tidak kenal dengan pelakon serba boleh Aeril Zafril yang semakin popular. Lagi-lagi lepas drama kat TV3 meletop. Drama yang bertajuk Patahnya Sebelah Sayap mendapat tempat dihati penonton kerana plot cerita yang lain dari yang lain. Tapi kalau korang nak tahu drama ni lebih kurang sama dengann plot cerita korea Secret. Memang sedih cerita Secret ni. Korang tengok lah.

Ok2 berbalik pada tajuk kita ye, so Aeril Zafril antara artis lelaki yang hot la orang kata. Hensem pun hensem ye dak?

Wawa Zainal 'Pasang Badan' Untuk Aeril Zafrel

Perkara itu sebenarnya membuatkan isterinya, Wawa Zainal sedikit terganggu dan memberitahu beliau terpaksa  menjaga badannya untuk tidak kelihatan selekeh kerana suaminya berjumpa dengan perempuan cantik setiap hari.

So as wife mesti la Wawa kena jaga pernampilan untuk sentiasa kelihatan cantik. Tapi Wawa ni memang dah cantik dah, comey je dan sweet tengok dorang ni walaupun dah ada dua orang anak.

Memang saya nak kurus sebab sebagai selebriti kita kena jaga penampilan. Aeril setiap hari jumpa perempuan cantik, takutlah. Jadi, saya kena pasang badan untuk kekal cantik.

Wawa Zainal 'Pasang Badan' Untuk Aeril Zafrel

Tapi sebenarnya, saya tidak cemburu pun. Mungkin saya kurang tidur sebab terlalu sibuk dengan kerjaya seni dan juga perniagaan. Anak-anak pun semakin lasak, jadi banyak bergerak.
Walaubagaimanapun, Aeril ada mengeluarkan kenyataan beliau tidak akan pernah mencari perempuan lain dan setia bersama Wawa. Malah, Aeril juga sedang aktif membina badan atas pujukan Wawa juga.

Wawa Zainal 'Pasang Badan' Untuk Aeril Zafrel

 Pasangan Aeril Zafrel dan Wawa Zainal memang cukup sepadan dan menjadi favourite ramai diluar sana. Biasalah tu, kalau dah popular pasti akan ada ramai peminat. Apa yang penting, kepercayaan didalam perhubungan itu. Kami doakan agar pasangan ini kekal bahagia sehingga akhir hayat.


Sumber: Beautifulnara

tags: wawa zainal, aeril zafril, wawa pasang badan, wawa nak kurus, patah sebelahnya sayap
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments

Semalam, pada hari Ahad 22 Januari 2017 telah berlangsungnya pertandingan anugerah juara lagu yang ke 31. Memang hebat hebat semua 12 lagu yang berentap pada malam semalam. Menjadi rezeki buat Dayang Nurfaizah apabila lagu ‘Lelaki Teragung’ dinobatkan sebagai juara lagu buat kali ini. Rata rata netizen sangat berpuas hati dengan keputusan malam itu.

Namun, semalam Chef Wan telah memuat naik turun gambar AJL31 berserta ‘caption’ mengenai anugerah ini. Katanya anugerah ini tak seperti tahun tahun terdahulu. Aik dah kenapa?

Host Merapu & Penyanyi Tiada Kualiti – Chef Wan Kecewa AJL31 Tak Macam Dulu

Dah berzaman tak mengikuti lagu2 Melayu ini tonight i tried to watched Juara Lagu. Personally i find it hard to enjoy some of the male singer song. Lain rasanya quality penyanyi zaman Juara Lagu i grew up and so used to then what i see tonight.
May be the music and song are just not my cup of tea and saya cepat rasa bosan apa tah lagi quality suara penyanyi itu sendiri yg some i find to be tak sedap for my ears.

Host dan Mc Merapu 

Wow susah juga bila nak Host dan MC beramai ramai ini and its a tough job to keep the audiences entertain and in good spirit with seem as merapu too much and abit of a drag.Obviously there should be some chemistry between all of them kan. Ya la bila kita ni dah jadi golongan orang lama apa tah lagi kurang berminat lagu2 rock, hip hop mau pun rap and more towards the Jazz type perhaps that is why i cannot seem to enjoy or appreciate some of this performance.
Ya la masa pun sudah berubah. Kita pulak rasa mcm ketinggalan zaman pulak and i kept asking myself where are all the quality singers and voices in my mind. May be its just me feeling that way..Baik apa pun its just my own personal view and opinion sahaja. Waiting for one of my favorite female singer Dayang pulak. Jacky opening song for Gemilang was Wow! Loved the song and its lyric. Even enjoyed Shamsul and Mawi voice. Didnt know Shamsul anak Yusoff Haslam tu can sing. Ketinggalan zaman saya asyik tengok American Idol with all that super quality singer voices sampai lupa lagu2 Melayu baru pulak. Seriously i have not watched for years and years as masa pun tak ada.
Super loved Dayang song tonight.Lyric so wonderful and her voice is so powerful .Memang vocal terbaik so far.I hope she will win the best vocal tonight. Hafiz and Misha Omar song pun baik but tak sehebat lagu Dayang and her performance la to me that seem more powerful. But i like the song lyric though. Their music composition tu mcm dah selalu dengar rasanya rentak nya bila dua penyanyi berduet to my ears lah. Despite that its still a good song compared to so many others yg compete tonight.

Brooch Fara Fauzana besar muka

Host Merapu & Penyanyi Tiada Kualiti – Chef Wan Kecewa AJL31 Tak Macam Dulu

Yes i loved this song and the duet by Shiela Dan Alif Satar. Better than what Misha and Hafiz has delivered. Anyway both Lyrics are great. Besar nya brooch si Farah Fauzana. Almost the size of her face! Didnt like her outfit too..abit too complicated.

Host Merapu & Penyanyi Tiada Kualiti – Chef Wan Kecewa AJL31 Tak Macam Dulu

Ella tetap terbaik

Host Merapu & Penyanyi Tiada Kualiti – Chef Wan Kecewa AJL31 Tak Macam Dulu

Alhamdulilah lepas rindu pada Ella tonight being entertained by her song. I have not seen her for ages but masa muda2 dahulu selalu jumpa time kita pi clubbing. She so sweet, very kind and respectful to me. I am one of her biggest fans including Shiela Majid, Siti, Ning, Ziana Zain and off course arwah Kak Pah tu.

sumber:  Oh bulan!

tags: AJL31, chefwan, shila Amzah, Aliff Satar, Fara fauzana, ella, vokal terbaik, tv3
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Usaha Memastikan Diri Subur, Makanan Ini Perlu Ada Dalam Jadual Pemakanan Anda


Dalam usaha memastikan diri subur, anda digalakkan untuk makan 70% bahan-bahan mentah dan segar iaitu buah-buahan dan sayur-sayuran. Anda juga perlu makan lebih banyak  buah-buahan tempatan seperti betik, nenas, jambu batu, tembikai, buah naga dan lain-lainya.

Untuk sayur-sayuran, anda sangat digalakkan untuk makan ulam-ulam dan sayur-sayuran seperti bayam, bendi, terung, kangkung, cekur manis, daun turi, keledek merah dan banyak lagi. Amalkan juga meminum jus buatan sendiri tanpa gula.  Jauhkan roti putih atau nasi putih. Sebaliknya, makanlah roti wholemeal dan beras perang.

Bagi mereka yang masih belum diberi rezeki menimbang cahaya mata, jangan pernah putus asa!.Korang amalkan permakanan yang seimbang untuk betulkan hormon dalam badan dan paling penting sentiasalah berdoa pada Allah yang Maha Memberi setiap rezeki.

Usaha Memastikan Diri Subur, Makanan Ini Perlu Ada Dalam Jadual Pemakanan Anda


Kalau korang ada tip-tip kehamilan atau kesuburan bolehlah hendaknya berkongsi agar orang lain pun dapat manfaat dan mana tahu dengan tips korang ada yang berjaya hamil. Alhamdulillah.

Kongsi tip-tip korang di ruangan komen ok =)

Terima Kasih.

tags: makanan kesuburan, kehamilan, kesuburan, tips kesuburan, petua hamil
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Newer Posts
Older Posts

CARI ARTIKEL HAIRAN

TAWARAN MENARIK

LIKE FACEBOOK KAMI

CERITA HAIRAN MINGGU INI

  • Zahra Puteri Ais Berhijab
  • WTF KOT - Kek Bentuk Manusia Versi Drama Siri Dexter (9 Gambar)
  • TERKEJUT KOT - Haiwan Apakah Yang Mempunyai Tengkorak Sebegini? (4 Gambar)
  • Empat mangsa terperangkap dalam gua telah diselamatkan
  • Pinjaman Peribadi di Malaysia Yang Perlu Anda Tahu

ARKIB HAIRAN

  • ►  2023 (1)
    • ►  November 2023 (1)
  • ►  2021 (2)
    • ►  April 2021 (2)
  • ►  2019 (12)
    • ►  December 2019 (3)
    • ►  November 2019 (1)
    • ►  August 2019 (1)
    • ►  July 2019 (2)
    • ►  May 2019 (4)
    • ►  March 2019 (1)
  • ►  2018 (44)
    • ►  November 2018 (14)
    • ►  October 2018 (1)
    • ►  July 2018 (9)
    • ►  April 2018 (2)
    • ►  March 2018 (11)
    • ►  February 2018 (2)
    • ►  January 2018 (5)
  • ▼  2017 (58)
    • ►  November 2017 (3)
    • ►  October 2017 (5)
    • ►  September 2017 (2)
    • ►  August 2017 (1)
    • ►  February 2017 (38)
    • ▼  January 2017 (9)
      • Jadilah Isteri Pengikat Hati Suami
      • 4 CIRI ISTERI HOT DI MATA SUAMI
      • 4 Tanda Lelaki Tidak Serius Dalam Perhubungan - La...
      • Confirmed! He is Autistic - Nukilan Fynn Jamal
      • Artikel Suami Sediakan Menu Berpantang Buat Isteri...
      • Sari Yanti Ungkapkan I Love You Kepada Jep Sepahtu?
      • Wawa Zainal 'Pasang Badan' Untuk Aeril Zafrel
      • Host Merapu & Penyanyi Tiada Kualiti – Chef Wan Ke...
      • Usaha Memastikan Diri Subur, Makanan Ini Perlu Ada...
  • ►  2016 (101)
    • ►  December 2016 (2)
    • ►  November 2016 (3)
    • ►  October 2016 (12)
    • ►  September 2016 (14)
    • ►  August 2016 (50)
    • ►  July 2016 (8)
    • ►  June 2016 (2)
    • ►  April 2016 (2)
    • ►  February 2016 (8)
  • ►  2015 (45)
    • ►  December 2015 (1)
    • ►  October 2015 (2)
    • ►  September 2015 (15)
    • ►  July 2015 (3)
    • ►  April 2015 (3)
    • ►  March 2015 (17)
    • ►  January 2015 (4)
  • ►  2014 (80)
    • ►  November 2014 (2)
    • ►  October 2014 (15)
    • ►  September 2014 (36)
    • ►  July 2014 (1)
    • ►  May 2014 (1)
    • ►  January 2014 (25)
  • ►  2013 (351)
    • ►  December 2013 (34)
    • ►  November 2013 (1)
    • ►  September 2013 (31)
    • ►  August 2013 (47)
    • ►  July 2013 (130)
    • ►  June 2013 (108)

PAUTAN LINK BERKAITAN

CREATE BY PEOPLE | MAINTAIN BY PASSION. WE ARE HAIRANGERS!