• UTAMA
  • MENGENAI KAMI
  • HUBUNGI KAMI
  • PENAFIAN
  • ISI KANDUNGAN
Powered by Blogger.

KATEGORI ARTIKEL

  • Berita 120
  • Blogging 2
  • Filem 7
  • Gadjet 5
  • Gaming 6
  • Gossip 163
  • Kisah 84
  • Lawak 81
  • Video 20
  • WTF 18

Hairan Blog merupakan sebuah blog yang menyediakan artikel yang meliputi pelbagai jenis Informasi, Berita Semasa, Gosip Artis Malaysia, Dunia Teknologi, Panduan SEO dan Blogging.

Ditubuhkan pada tahun 2012 dan berharap pembaca masih setia dan sudi membaca blog ini. Segala kudrat dan usaha penulis pasti berbaloi dengan sokongan dari anda. TQ

BLOG LAIN YANG HAIRAN

  • BeautifulNara
  • Aksiz
  • Buasir Otak
  • Zaza Iman
  • HASRULHASSAN.COM
  • Encik Hairan - Benda Boleh Settle!
  • Oh! Media

SILA TEKAN LIKE

  • MENGENAI KAMI
  • HUBUNGI KAMI
  • PENAFIAN
  • ISI KANDUNGAN
Hairan Blog
  • Home-icon
  • UTAMA
  • _BERITA
  • _GOSIP
  • _GAMING
  • _TEKNOLOGI
  • _GAYA HIDUP
  • _VIDEO
  • BERITA
  • ARTIS
  • PANDUAN
  • _PEDOMAN
  • _TRAVEL
  • _BLOGGING
  • _SEO
  • _KEWANGAN
  • WOW!
  • FAKTA
  • KISAH MENARIK

Menu Footer Widget

  • KE BLOG ENCIK HAIRAN
  • KE GOSIP HAIRAN
youtube facebook instagram twitter

Hairan Blog


Ringgit Terus Menjunam Berbanding Dolar AS


Ringgit meneruskan kejatuhan yang dicatatkannya semalam berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), hari ini berikutan kurangnya minat risiko terhadap mata wang tempatan itu, kata peniaga.

Pada jam 9 pagi, ringgit berada pada paras 4.1300/1365 berbanding dolar AS daripada 4.1050/0100, semalam.

Peniaga berkata, sentimen terhadap pasaran tukaran asing dan ekuiti diselubungi oleh kenyataan pegawai rasmi Rizab Persekutuan AS, yang mengurangkan harapan terhadap sebarang kenaikan kadar faedah bulan ini.

Berbanding kumpulan mata wang utama, ringgit didagangkan bercampur-campur. Ia jatuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0208/0260 daripada 3.0182/0223 dan rendah berbanding euro kepada 4.6330/6420 daripada 4.6066/6135.

Mata wang tempatan, bagaimanapun, meningkat berbanding yen kepada 4.0179/0254 daripada 4.0261/0322 dan mengukuh berbanding pound kepada 5.4380/4486 daripada 5.4449/4527


Sumber: Bernama

tags: ringgit malaysia rendah, terjunam , dolar AS, mata wang ringgit turun
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments



Seorang lelaki Britain berusia 33 tahun bertindak menjual isterinya di laman eBay, kerana mendakwa isterinya itu langsung tidak bersimpati dengannya ketika jatuh sakit.

Simon O'Kane dari Wakefield, Yorkshire, menyiarkan gambar isterinya, Leandra, 27, di eBay minggu lalu dan memberi butiran alasan beliau menjual wanita berkenaan dan baik buruk 'pembelian' itu. O'Kane menekankan 'keadaan masih baik dan kemahiran di dapur'.

Bidaan iklan bertajuk 'isteri terpakai' sudah mencecah 65,880 pound (RM359,298).

Bapa kepada dua anak itu membuat senarai selepas mendakwa Leandra tidak menunjukkan tanggungjawab sebagai isteri setia, lapor Daily Express. Beliau terperanjat apabila bidaan mencecah 65,880 pound dalam masa dua hari walaupun isterinya 'mahu membunuh beliau' apabila mengetahui dia 'untuk dijual.'


Jurutera telekom itu berkata: "Saya pulang daripada kerja berasa letih dan tidak sihat, isteri saya cuma menunjukkan kebimbangan seperti biasa tetapi saya menanggung kesakitan sendirian. Saya rasa mahu menjual dia.

Iklan itu berbunyi : Isteri untuk dijual.  Bukan baru kerana sudah dipakai tetapi masih ada baik.  Kebaikan: keadaan masih baik dan ada kemahiran di dapur. Keburukan: Kerap membuat bising yang tidak boleh didiamkan kecuali menempah peralatan logam bersinar baru. Kadang-kadang kemahiran di dapur boleh membuatkan anda dimasukkan ke hospital.

Sementara itu, Leandra yang juga pakar kecantikan berkata beliau sangat marah dengan tindakan suaminya itu sehingga rasa seperti mahu membunuhnya. "Suami saya bukan hanya mahu menjual saya tetapi juga meletakkan gambar buruk.Semua orang di tempat kerja saya melihat dan ketawa.


Sumber:  Berita Harian

tags: isteri terpakai, ebay, suami jual isteri, britian, london 
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments

Askar Gemuk Di India Disekat Dari Kenaikan Pangkat

Di New Dehli khabarnya, anggota tentera mereka yang gemuk diberi kata dua sama ada berusaha menurunkan berat badan dan menjadi cergas atau tiada peluang kenaikan pangkat.

Tindakan dibuat berikutan terlalu ramai anggota tentera memiliki berat badan berlebihan dan kelihatan tidak kemas memakai pakaian seragam, kata kepemimpinan tentera, ketika melancarkan perang terhadap obesiti.

Tambah lagi, menurut kalangan tentera India sendiri isu ini mempunyai kesan serius bukan hanya menjejaskan kesediaan berperang tetapi membawa kepada penyakit yang boleh dielakkan,

Komander tentera percaya peningkatan masalah obesiti menyebabkan pengurangan jangka hayat selain memalukan apabila berada di khalayak kerana penampilan tidak kemas ketika memakai seragam.

Semua pegawai dan anggota tentera dalam pasukan itu, ketiga terbesar di dunia dengan lebih 1.3 juta anggota, akan menjalani 'pemeriksaan penilaian obesiti' tahunan, kejayaan atau kegagalan memberi kesan kepada peluang kenaikan pangkat. Jika anggota tentera memiliki berat badan berlebihan, satu set gambar akan disertakan dengan fail penilaian, menurut laporan akhbar.

Pegawai penyelia diarah melaporkan anggota yang memiliki Indeks Jisim Tubuh (BMI) lebih 10 peratus mengatasi tahap ditetapkan kepada ibu pejabat. Fail kes akan dikumpul dalam laporan tahunan sulit yang akan diedarkan dalam kalangan unit perubatan tentera untuk penilaian. Anggota gemuk yang gagal ujian kecergasan akan dilarang daripada bekerja di luar negara, latihan kerjaya dan prospek penempatan semula di bandar raya besar di negara itu.

Menurut sumber tentera, tindakan menghapuskan obesiti diilhamkan Ketua Turus Staf ketika ini, Jeneral Dalbir Singh, yang dilaporkan berlari 10 kilometer sehari dan diketahui cukup cergas.

Sumber: Berita Harian

tags: askar gemuk, kenaikan pangkat, askar india, india, obesiti

Share
Tweet
Pin
Share
1 Comments

Ibu Perdagangkan Anak Sendiri untuk Seks

Di Johor Bahru, seorang pembantu rumah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini hari ini kerana memperdagangkan anak perempuannya sendiri yang baru berusia 13 tahun untuk eksploitasi seks, tahun lalu.

Tertuduh, Lai Siew Jze berusia 47 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Kamarudin Kamsun. Dia didakwa memperdagangkan seorang kanak-kanak dengan maksud untuk eksploitasi seks di sebuah bilik hotel di Jalan Tebrau, dekat sini, kira-kira jam 9 pagi pada 20 September lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007 yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda jika sabit kesalahan. Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Safiah Abdul Aziz, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Dalam rayuannya, tertuduh memohon dibebaskan dengan jaminan dan memberi alasan perlu kembali bekerja sebagai pembantu rumah di Australia untuk menyara keluarga, termasuk tiga anak yang masih belajar, manakala suami tidak bekerja. Mahkamah tidak membenarkan tertuduh dijamin dan menetapkan 9 Oktober ini sebagai tarikh sebutan semula kes.


Sumber: Berita Harian

tags: perdagang anak, seks, eksploitasi seks, ibu, pembantu rumah, johor bahru
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments

Isu Pengguguran Kandungan Bagi Ibu DiJangkiti Virus Zika
Menteri Kesihatan, Datuk Seri S Subramaniam, berkata kerajaan perlu mendapatkan pandangan daripada semua mufti negeri atau kebangsaan berhubung keharusan menggugurkan kandungan dijangkiti virus zika sebelum boleh menyatakan pendirian.

Ini kerana mengikut undang-undang, pengguguran kandungan hanya boleh dibuat jika membahayakan kesihatan ibu, bukannya anak.

Hanya selepas satu keputusan bersama mengenai isu ini dicapai oleh semua mufti atau Majlis Fatwa Kebangsaan, kemudian baru kita boleh keluarkan garis panduan mengenai perkara ini

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Kesihatan Saintifik Bersekutu ke-11 di sini, sebentar tadi.

Isu Pengguguran Kandungan Bagi Ibu DiJangkiti Virus Zika

Sementara itu, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan telah mengeluarkan kenyataan orang Islam boleh menggugurkan kandungan mereka yang didapati terdedah dengan risiko mikrosefali atau pertumbuhan otak terencat kerana dijangkiti virus zika.

Bagaimanapun, ia tertakluk kepada beberapa syarat iaitu janin belum mencapai usia 120 hari serta mendapat persetujuan ibu bapa selepas diberi kefahaman mengenai kesan virus berkenaan.

Sumber: Berita Harian

tags: isu pengguguran, pengguguran kandungan, ibu dijangkiti, virus zika, mufti, menteri kesihatan 
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments


Kerja Dan Disiplin Terganggu Kerana Masalah Cinta - Kamal Adli


Khabar berita mengenai Kamal Adli yang sering tiba lewat ke lokasi penggambaran memang menjadi bualan hangat krew produksi.

Perkara itu diakui oleh Kamal sendiri dimana beliau memberitahu mutu kerjanya agak mengecewakan kerana emosi beliau terganggu selepas percintaan beliau dan Emma Maembong dikatakan mempunyai masalah.

Tipulah kalau saya katakan saya tidak terkesan dengan apa yang sudah berlaku di antara dengan dan Emma.

Menurut Kamal, beliau tahu semua orang sedar dengan perubahan sikapnya itu dan akan cuba untuk mencari kembali semangat yang hilang untuk memberikan fokus terhadap kerjayanya.

Kerja Dan Disiplin Terganggu Kerana Masalah Cinta - Kamal Adli


Saya seorang yang bekerja keras kerana saya fikirkan mengenai masa depan. Ini kerana saya mahu melangsungkan perkahwinan memandangkan usia semakin meningkat.
Insya-Allah, saya akan cuba cari semula semangat yang hilang itu. Maklumlah apabila berlaku perkara begini ibarat patah sebelah kaki. Bagaimanapun ketika bekerja saya tetap memberi sepenuh tumpuan.

Kerja Dan Disiplin Terganggu Kerana Masalah Cinta - Kamal Adli

Harap Kamal Adli bertabah dengan masalah cinta yang dihadapinya dan terus fokus dalam kerjaya. Kamal Adli sebelum ini penah bercinta dengan pelakon Intan Ladyana, tetapi hubungan mereka tidak kesampaian. Kamal Adli juga sekarang menyertai Super Spontan Superstar 2016. Tak sangka ada bakat pelawak Kamal Adli ini. Keep it up!

Sumber: Beutifulnara

tags: kerja dan displin terganggu, masalah cinta, kamal adli, emma maebong, super spontan
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments

Semalam netizen dikejutkan dengan satu peristiwa yang penuh nostalgia apabila Tun Mahathir berjabat salam dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ramai yang menyokong dan ramai juga yang memberi tohmahan.

Namun, komen dari Menteri Komunikasi dan Multimedia, Dr. Salleh Said Keruak berkata kehadiran Tun Mahathir di mahkamah untuk memberi sokongan kepada Anwar Ibrahim menunjukkan betapa terdesaknya keadaan yang dihadapi bekas perdana menteri itu.

Jabat Tangan Anwar Ibrahim, Tun Mahathir Terdesak, kata Salleh Keruak

Tambah beliau lagi, perkara itu bukanlah sesuatu yang memeranjatkan.
"Inilah apa yang kita panggil kepentingan politik. Ia jelas menunjukkan betapa terdesaknya Mahathir," kata beliau dalam laman blognya sskeruak.blogspot.my.
Menurut Salleh, Mahathir tahu parti Pribumi Bersatu Malaysia tidak mampu melangkah jauh secara sendirian.
"Jadi, beliau perlu menumpang Pakatan Harapan, seperti kapal angkasa yang memerlukan sebuah roket. Sebab itulah Mahathir cuba membina jambatan dengan Anwar - untuk memikat hati Pakatan," katanya.

"Mahathir akhirnya mengaku beliau sebenarnya tidak memiliki kekuatan untuk menjadikan partinya berjaya. Beliau perlu tumpang atas Anwar dan Pakatan,"

"Perbuatan Mahathir berjabat tangan dengan Anwar hari ini samalah seperti apa yang berlaku pada 1998, sehari sebelum Mahathir memusnahkan Anwar. Kucupan Mahathir adalah kucupan maut," katanya.
HairanBlog - Seraya membaca ayat -ayat dari blog Salleh Keruak itu , kami tertawa kecil kecilan

tags: tun mahathir, salleh keruak, menteri komunikasi dan multimedia, datuk seri anwar ibrahim, politik malaysia
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Penat Jadi Baik,Safiey Ilias Kembali Menjadi Sofea llias

Usahawan muda, Safiey Ilias, sebelum ini pernah menggegarkan Malaysia apabila dia membuat keputusan untuk berubah dari seorang mak nyah kepada seorang lelaki.

Perubahan positif Safiey itu mendapat liputan meluas sehingga dipanggil untuk ditemuramah di beberapa program televisyen.

Namun, kami difahamkan Safiey membuat keputusan untuk kembali menjadi 'Sofea Ilias' baru-baru ini.

Semuanya bermula apabila dia memuat naik gambarnya berpakaian wanita di laman Instagram seterusnya mencetuskan tanda tanya ramai.

Tidak lama selepas itu, Safiey membuat kenyataan di laman Facebooknya sendiri untuk menjelaskan keadaan.

Berikut kenyataan Safiey Ilias :

Assalammualaikum semua . Sebelum tu saya nk mintak maaf andai posting ni panjang lebar . Cuma ini luahan saya .

Saya sebenarnya dah terlampau penat untuk menjadi baik dengan kembali kepada fitrah . Sebab apa jua yg saya buat masih ada org tetap tak puas hati dan mempertikai . Saya jadi pondan org hina , saya jadi lelaki pun org hina dan org pertikai . Ada yg kata saya tunggang agama , ada yg kata saya gunakan agama untuk bisnes dan bermacam lagi sejak penghijrahan saya tempoh hari . 1-2 kali tohmahan mungkin saya boleh tahan tp kalau beratus kali ia beri efek pada mental dan emosi saya . Saya dh jadi lelaki pun org tanya mana misai dan janggut saya . Entah lah . Saya fedup .

Terus terang cakap saya penat sgt2 dan tak tahu nk tuju kemana lagi untuk bawak diri . Setiap apa yg saya lakukan semua org masih tak puas hati . Dah tak ada gunanya saya menjadi baik kalau saya terus dilemparkan dgn pelbagai kata2 hinaan . Saya pun ada perasaan tipu kalau saya kata saya tak sedih dengan semua ni . Sumpah saya penat sgt2 . Sana sini org fitnah , dan org tak habis2 kaitkan penghijrahan saya dengan bisnes . Memang agaknya korg tak boleh pisahkan dua benda ni drpd saya . Maaf tapi bisnes saya dh meletops 3 tahun lalu sejak saya menjadi pondan lagi . Tak perlu nk ckp saya berhijrah sebab bisnes saya tengah down , nak bayar Hummer tak boleh bayar , saya jual kereta mini Cooper sebab bisnes tengah lingkup , dan bermacam lagi dakwaan lain . Saya penat lah dengan semua ni . Saya tak penah ada masalah kewangan !

Saat ni , hari ni , saya betul2 nak mintak maaf dkt semua followers saya yg mengkagumi saya tak kesah lah atas apa jua sebab sama ada pghijrahan saya mahupun kejayaan bisnes saya , saya ambik keputusan untuk jadi pondan semula sebab saya dh terlalu penat melalui dugaan yg tak pernah putus2 . Saya dh penat nak layan dan hadap tohmahan korg semua bila saya jadi baik pun org bercakap. Biarlah saya menjadi diri sendiri dan happykan diri saya ikut cara saya .

To all my family , saya mintak maaf sgt2 sebab kecewakan harapan akak2 saya dan mak ayah saya . Tak perlu lah nk libatkan mereka dalam keputusan yg saya ambik hari ini sebab mereka pun sedih dan kecewa . Tak perlu libatkan mereka apa2 dan tak perlu nak blame mereka mcm korg blame saya . Keputusan saya ni biarlah saya yg tanggung dan biarlah saya yg hadap . Hanya family yg tahu apa yg saya lalui .

Kepada kawan2 saya terutama Harry Zulkifli , aku harap ko terus tabah dan istiqomah dalam penghijrahan yg berliku dan pedih ni . Maafkan aku sebab tarik ko berhijrah dlu tp aku yg terkandas dlu . Aku dh pnat sgt2 dan ko sendiri yg tahu apa aku lalui . Teruskan melangkah dan doakan aku

Kepada Sheikh Sulaiman , Azie Shaziana dan Syarifah Furaiha , maafkan saya tau sebab saya telah mengalah dan tewas kali ni . Korg baik sgt2 dan sentiasa beri moral support pada saya . Thanks u jugak kepada org kuat Al Hijrah yg mesej saya tadi dan siap doakan saya di depan Kaabah tadi . Thanks u juga pada ustaz2 dan Daie Wan Dazrin sebab whatsapp saya tadi . Maafkan saya buat anda semua kcewa .

Akhir kata , doakan saya semoga penamat hidup saya dikembalikan dalam keadaan yg sebaik baiknya . Thanks u sangat2 sebab korg sentiasa mendoakan saye . Harap Allah beri ruang untuk saya .

So sorry sahabat2 semua . Saya penat . Lepasni korg nk cakap apa korg cakap lah saya dah tak kesah . Now saya buktikan kpd korg semua saya tak kisah bisnes saya lingkup atas keputusan saya ni sebab saya tak pentingkan bisnes dah ! Stop cakap saya berubah itu ini sebab bisnes dan duit . Perlaking saya meletops dlu sebelum saya berhijrah lagi . Biarlah saya menjadi diri saya sendiri . Kalau nk viralkan pun saya tak kisah dan saya tak akan jawab apa2 dah pasal isu ni . Org dh jadi jahat dan jahil , nk ckp apa pun cakap lah dh memang kita jadi jahat .

Ig ni ig betul saya . Ada pihak siap buat akaun fake dah nak tambah followers . Pelik2 korang ni . Saya give up . Sorry again . Wasalam . Nite

Sama - sama kita doakan Safiey mendapat hidayah Allah dan berubah kepada fitrah.

tags: safiey ilias, sofea ilias, facebook safiey ilias, usahawan muda, dsi empire, jutawan produk kecantikan
Share
Tweet
Pin
Share
1 Comments

Respon Hafiz Mengenai Pembatalan Nikah Dengan Fara Fauzana

Pemuda bernama Mohamed Hafiz, yang sepatutnya berkahwin dengan Fara Fauzana pada 17 September ini, berkata akan membuat kenyataan berhubung pembatalan perkahwinannya dengan personaliti radio dan televisyen itu dalam masa terdekat.

Artikel berkaitan - Sebab Fara Fauzana batalkan pernikahannya

Hafiz ketika dihubungi enggan memberi respon lanjut mengenai kenyataan media yang dikeluarkan Fara petang tadi.

Setakat ini, saya tidak ada sebarang komen. Tunggulah sehari dua nanti.  Saya pun baru tahu mengenai kenyataan media itu daripada pemberita yang menghubungi saya, katanya.
Tambah Hafiz, selama ini beliau tidak dapat mengeluarkan sebarang kenyataan atas sebab peribadi.

Sebelum ini, identiti lelaki terbabit menjadi persoalan apabila Fara hanya memperkenalkannya dengan nama Hafiz, tanpa memberikan maklumat lanjut mengenai dirinya.

Ia juga kenyataan pertama daripada pemuda itu, sejak Fara mengadakan sidang akhbar mengenai perancangan perkahwinan dirinya pada 1 Ogos lalu.

Sebentar tadi, Fara atau nama penuhnya Fara Fauzana Mohd Fadzli, 36, memaklumkan perkahwinan beliau dengan jejaka bernama Hafiz yang sepatutnya berlangsung pada 17 September ini dibatalkan.

Menerusi kenyataan media yang dibuat oleh Fara, beliau berkata, keputusan itu dibuat atas beberapa sebab peribadi yang sukar untuk dikongsikan dengan umum.

Tambah Fara, keputusan itu juga dibuat selepas memikirkan perkara itu sebaik-baiknya, selain membincangkan hal berkenaan bersama kedua-dua orang tuanya.


Sumber: Berita Harian

tags: respon hafiz, pembatalan nikah fara fauzana, mohamed hafiz, dj hotfm, melodi, muzik-muzik
Share
Tweet
Pin
Share
1 Comments
Fara Fauzana Batalkan Pernikahan

Personaliti radio dan televisyen terkenal, Fara Fauzana, 36, memaklumkan perkahwinan beliau dengan jejaka bernama Hafiz yang sepatutnya berlangsung pada 17 September ini dibatalkan. 

Kami difahamkan bahawa keputusan Fara Fauzana membatalkan perkahwinan ini atas sebab-sebab peribadi yang sukar untuk dikongsikan pada umum.
Dengan penuh rasa dukacita, saya ingin memaklumkan bahawa hasrat saya untuk menamatkan zaman bujang pada 17 September ini dibatalkan.  Jujur saya akui, keputusan untuk membatalkan pernikahan ini satu keputusan yang sukar untuk saya, katanya. 

Tambah Fara lagi, keputusan itu juga dibuat selepas memikirkan perkara itu sebaik-baiknya, selain membincangkan hal berkenaan bersama kedua-dua orang tuanya.

Pada 1 Ogos lalu, Fara telah mengadakan sidang media khas bagi mengumumkan dirinya bakal menamatkan zaman bujang bersama ahli perniagaan dikenali dengan nama Hafiz pada 17 September 2016.

Bekas penyampai Hot FM itu juga pada majlis sama berkata, pernikahan mereka akan dilangsungkan di Dewan Mustapha Kamal, Neo Damansara, di sini.

Mengenai perkenalan bersama Hafiz, wanita itu berkata, mereka sudah saling mengenali sejak lebih dua tahun lalu. Bagaimanapun Fara enggan mendedahkan identiti Hafiz.

Sementara itu, Fara menyifatkan perkara yang berlaku ini sebagai ketentuan Tuhan dan pasti ada hikmat yang menantinya. Dalam pada itu, Fara turut meminta pihak media untuk memberi ruang peribadi kepada beliau yang memerlukan sedikit waktu untuk menenangkan diri.
Sesungguhnya saya yakin apa yang berlaku ini semuanya adalah ketentuan Allah dan tentu sekali ada hikmah yang menanti.

Saya berharap kenyataan yang dikeluarkan ini secara tidak langsung akan menjawab pertanyaan segelintir rakan wartawan yang barangkali sudah menghidu berita ini.

Ketika ini, saya harus mengakui bahawa saya sedang melalui waktu-waktu yang amat sukar dan memerlukan sedikit ruang untuk menenangkan fikiran. Dan saya mungkin tidak dapat menjawab sebarang pertanyaan lanjut daripada rakan-rakan media," katanya.

Sumber: Berita Harian

tags: fara fauzana, fara fauzana batal nikah, hafiz, hot fm, fara fauzana hot fm, gambar fauzana
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments

Pasangan ini dinikahkan oleh Sahibus Samahah Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Selangor, Dato’ Seri Haji Mohd. Tamyes di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang.

Menurut Dato’ Lela Bakti Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Dato Haji Mahamad Munir dalam satu kenyataan, majlis pernikahan diraja tersebut diadakan secara sederhana dan ringkas atas titah baginda sendiri.

Beliau berkata pernikahan turut dihadiri oleh Timbalan Mufti Selangor, Dr. Anhar Opir; Al Fadil Imam Paduka Mohd. Rasid Mahful; bekas Timbalan Mufti Selangor, Datuk Abdul Majid Omar dan Ahli Majlis Agama Islam Selangor, Datuk Salehuddin Saidin

Isteri baginda iaitu Norashikin merupakan bekas seorang pramugari sebelum menjadi penyampai berita televisyen. Turut hadir pada majlis ini ialah bapa dan ahli keluarga pengantin perempuan.

Norashikin, 45, yang berasal dari Kuala Lumpur adalah anak bongsu daripada tiga beradik. Beliau pernah meraih anugerah Penyampai Berita TV Terbaik dalam Anugerah Seri Angkasa pada 2005 lalu.





Sultan Sharafuddin dilahirkan di Istana Jema’ah Klang (kini Kolej Islam Sultan Alam Shah) pada 24 Disember 1945 merupakan Sultan Selangor ke-9 sejak 22 November 2001 berikutan kemangkatan ayahanda baginda, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj.

Terdahulu, Sultan Selangor pernah mendirikan rumah tangga dengan Raja Zarina Raja Tan Sri Zainal namun berpisah pada tahun 1988. Hasil perkahwinan itu, pasangan Diraja ini dikurniakan dua puteri bernama Tengku Zerafina dan Tengku Zatashah.

Setelah itu, baginda berkahwin dengan Puan Nur Lisa Idris Abdullah warga Amerika Syarikat pada tahun 1988 sebelum masing-masing mengambil keputusan untuk berpisah pada 1997. Baginda mempunyai seorang putera bernama Tengku Amir Shah.


Sumber: MyNewsHub.cc

tags: Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj, sultan selangor, pemaisuri,  Norashikin Abdul Rahman, norashikin, pembaca berita, RTM


Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
PBT Gesa Roboh Patung Helang di Langkawi

Pihak Mufti Kedah akan berbincang dengan majlis jawatankuasa fatwa terlebih dahulu jika terdapat gesaan supaya tugu helang di Langkawi dirobohkan atas faktor haram dari sudut agama.

Timbalan Mufti Kedah, Sheikh Marwazi Dziyauddin berkata selepas perbincangan rasmi, perkara itu akan dikemukakan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) supaya tindakan susulan diambil.

“Kita belum lihat perkara ini tapi kalau ada (gesaan), kita akan bincang secara rasmi. Buat masa ini mufti tak kata apa lagi dan isu ini telah berlalu lama. 
“Pihak kita akan buat perbincangan dengan majlis jawatankuasa fatwa terutamanya, di situlah kita lihat apa yang sesuai dan kita akan lihat apa yang patut untuk dikemukakan pada PBT,” 

Marwazi berkata demikian ketika ditanya berhubung kenyataan Timbalan Mufti Perak Zamri Hashim bahawa memasang replika burung helang sebagai mercu tanda adalah haram kerana ia menyerupai bentuk haiwan hidup.

Beliau turut memetik hadis riwayat Ibnu Abbas mengenai larangan Nabi Muhammad terhadap pembinaan patung seumpama itu.

Zamri menjelaskan perkara itu selepas menerima surat rasmi daripada sebuah pihak berkuasa tempatan yang bertanya hukum membuat replika burung helang untuk tempat yang berkaitan dengan binatang itu.

Sementara itu Marwazi berkata, ketika pembinaan tugu tersebut dibina, pihak yang membuatnya tidak merujuk kepada Jabatan Agama Negeri Kedah terlebih dahulu.


“Ya, dari hukumnya haram semua sedia maklum cuma apabila dah jadi dan ketika pembinaan dulu pihak berkenaan tak merujuk pada pihak berkuasa agama jadi mereka buat juga. 
“Sekarang ni kalau nak suruh buang kena ada rundingan dan tak boleh didedahkan pada umum nanti jadi cerita lain pula,” katanya.

Langkawi merupakan pusat tumpuan pelancongan yang antara tarikan utamanya ialah patung seekor helang yang bersedia untuk terbang di Dataran Lang berhampiran Jeti Kuah.


Menurut portal rasmi Majlis Perbandaran Langkawi, pusat peranginan itu memperolehi namanya daripada helang - dalam Bahasa Melayu Lama, kawi bermaksud perang kemerahan oleh itu, Langkawi bermaksud ‘Helang perang kemerahan'. Bagaimanapun portal itu tidak menyatakan bilakah tugu ini dibina.'


Sumber : MalaysiaKini

tags: PBT, gesaan roboh patung helang, langkawi, majlis fatwa, kedah
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Kes Pertama Virus Zika Dikenalpasti Di Klang

Di khabarkan seorang wanita dari Bandar Botanik, Klang dikenalpasti dijangkiti virus Zika selepas pulang dari melawat anaknya di Singapura. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam, berkata wanita berkenaan berada di Singapura selama tiga hari bermula 19 Ogos lalu. 

Katanya, selepas pulang dari negara berkenaan wanita itu mengalami beberapa gejala Zika seperti demam dan ruam di beberapa anggota badan. "Wanita berkenaan sedar mempunyai tanda-tanda demam itu selepas seminggu pulang dari Singapura, dan kemudiannya merujuk ke Hospital Sungai Buloh untuk pengesahan. 

"Hasil pemeriksaan melalui air kencing, mangsa disahkan positif virus Zika bersama anaknya. Manakala suaminya yang turut bersama ke Singapura tidak dijangkiti virus itu," katanya dalam sidang media di kementeriannya, di sini hari ini. 

Dr Subramaniam berkata, kementerian sudah mengambil langkah kawalan di kawasan perumahan wanita berkenaan di Taman Botanik bagi mengawal virus daripada berkenaan merebak. "Saya turut meminta supaya orang awam dapat meningkatkan tahap kawalan pembiakan aedes di kawasan rumah masing-masing," katanya.

"Langkah kawalan yang dilaksanakan termasuk menghapuskan tempat pembiakan Aedes, membasmi larva nyamuk dan semburan kabus racun serangga selain mereka yang mempunyai hubungan terdekat pesakit diperiksa serta dipantau sama ada mengalami demam atau simptom Zika yang lain. 

"Kes pertama Zika yang dilaporkan di Malaysia menunjukkan bahawa mudah untuk dijangkiti virus ini dengan melawat tempat yang mengalami wabak seperti Singapura dan orang ramai perlu meningkatkan usaha menghapuskan nyamuk Aedes yang menjadi vektor pembawa penyakit Zika, denggi dan Chikungunya ini. 

"Mereka yang berkunjung ke negara yang mengalami wabak Zika atau mempunyai simptom penyakit ini perlu segera menjalani pemeriksaan darah supaya penularan wabak ini dapat dibendung," katanya.


Waspada akan bahaya virus zika yang menyerang ibu hamil dan mengakibatkan kecacatan janin dalam kandungan dan menyebabkan bayi lahir ukuran kepala bayi yang lebih kecil atau disebut Microcephaly.

Zika virus adalah disebabkan gigitan nyamuk dan menyebabkan bayi lahir cacat dan kelainan ukuran kepala bayi. Tanda gejala orang terkena virus zika antara lain demam, timbul ruam, nyeri sendi dan mata merah (Konjungtivitis), pusing.

Virus Zika, chikungunya dan demam berdarah dengue ditularkan melalui perantara nyamuk yang sama yaitu nyamuk Aedes Aegypti. 

Sumber: Berita Harian

tags: virus zika, nyamuk, kes pertama, klang


Share
Tweet
Pin
Share
No Comments


Filem Pekak Merangkul Dua Anugerah Di Russia

Filem Pekak terbitan Grand Brilliance dan Lightbulb Pictures melakar kejayaan awal apabila merangkul dua anugerah utama pada International Motivational Film Festival - Bridge of Arts 2016 (IMF) di Russia, baru-baru ini.

Anugerah terbabit diraih menerusi lakonan Zahiril Adzim dalam kategori Pelakon Lelaki Terbaik, manakala naskhah tulisan pengarahnya sendiri, Mohd Khairul Azri Md Noor pula dinobatkan sebagai Skrip Terbaik pada festival yang berlangsung di Restv-on-Don, Russia, 24 hingga 28 Ogos lalu.

Filem itu juga pernah dicalonkan pada World Premiere Film Festival Philippines, tahun lalu, manakala pada Mei tahun ini lalu, Pekak dipilih secara rasmi oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) untuk tayangan di Marche du Film 2016, iaitu acara pasaran filem terbesar di Cannes, Perancis.

Bakal menemui penonton di seluruh negara mulai esok, Pekak mengisahkan seorang pemuda cacat pendengaran bernama Uda, yang terjebak dengan jenayah pengedaran dadah. Beliau berbuat demikian bagi menampung kos pembedahan memulihkan pendengarannya.

Takdir menemukan Uda dengan Dara, seorang pelajar sekolah bermasalah yang ingin melarikan diri daripada kongkongan bapanya.

Selain Zahiril, filem ini turut diperkuatkan barisan pelakon berbakat lain seperti Sharifah Amani, Amerul Affendi, Sharifah Sakinah, Iedil Putra dan ramai lagi.


Sumber: Berita Harian

tags: pekak, russia, sharifah amani, zahiril adzim, pelakon lelaki terbaik
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Newer Posts
Older Posts

CARI ARTIKEL HAIRAN

TAWARAN MENARIK

LIKE FACEBOOK KAMI

CERITA HAIRAN MINGGU INI

  • Zahra Puteri Ais Berhijab
  • WTF KOT - Kek Bentuk Manusia Versi Drama Siri Dexter (9 Gambar)
  • TERKEJUT KOT - Haiwan Apakah Yang Mempunyai Tengkorak Sebegini? (4 Gambar)
  • Empat mangsa terperangkap dalam gua telah diselamatkan
  • Pinjaman Peribadi di Malaysia Yang Perlu Anda Tahu

ARKIB HAIRAN

  • ►  2023 (1)
    • ►  November 2023 (1)
  • ►  2021 (2)
    • ►  April 2021 (2)
  • ►  2019 (12)
    • ►  December 2019 (3)
    • ►  November 2019 (1)
    • ►  August 2019 (1)
    • ►  July 2019 (2)
    • ►  May 2019 (4)
    • ►  March 2019 (1)
  • ►  2018 (44)
    • ►  November 2018 (14)
    • ►  October 2018 (1)
    • ►  July 2018 (9)
    • ►  April 2018 (2)
    • ►  March 2018 (11)
    • ►  February 2018 (2)
    • ►  January 2018 (5)
  • ►  2017 (58)
    • ►  November 2017 (3)
    • ►  October 2017 (5)
    • ►  September 2017 (2)
    • ►  August 2017 (1)
    • ►  February 2017 (38)
    • ►  January 2017 (9)
  • ▼  2016 (101)
    • ►  December 2016 (2)
    • ►  November 2016 (3)
    • ►  October 2016 (12)
    • ▼  September 2016 (14)
      • Ringgit Terus Menjunam Berbanding Dolar AS
      • Lelaki Jual Isteri di eBay
      • Askar Gemuk Di India Disekat Dari Kenaikan Pangkat
      • Ibu Perdagangkan Anak Sendiri untuk Seks
      • Isu Pengguguran Kandungan Bagi Ibu DiJangkiti Viru...
      • Kerja Dan Disiplin Terganggu Kerana Masalah Cinta ...
      • Jabat Tangan Anwar Ibrahim, Tun Mahathir Terdesak,...
      • Penat Jadi Baik,Safiey Ilias Kembali Menjadi Sofea...
      • Respon Hafiz Mengenai Pembatalan Nikah Dengan Fara...
      • Fara Fauzana Batalkan Pernikahan
      • Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Selamat Diija...
      • Pihak Berkuasa Tempatan Gesa Roboh Patung Helang d...
      • Kes Pertama Virus Zika Dikenalpasti Di Klang
      • Filem Pekak Merangkul Dua Anugerah Di Russia
    • ►  August 2016 (50)
    • ►  July 2016 (8)
    • ►  June 2016 (2)
    • ►  April 2016 (2)
    • ►  February 2016 (8)
  • ►  2015 (45)
    • ►  December 2015 (1)
    • ►  October 2015 (2)
    • ►  September 2015 (15)
    • ►  July 2015 (3)
    • ►  April 2015 (3)
    • ►  March 2015 (17)
    • ►  January 2015 (4)
  • ►  2014 (80)
    • ►  November 2014 (2)
    • ►  October 2014 (15)
    • ►  September 2014 (36)
    • ►  July 2014 (1)
    • ►  May 2014 (1)
    • ►  January 2014 (25)
  • ►  2013 (351)
    • ►  December 2013 (34)
    • ►  November 2013 (1)
    • ►  September 2013 (31)
    • ►  August 2013 (47)
    • ►  July 2013 (130)
    • ►  June 2013 (108)

PAUTAN LINK BERKAITAN

CREATE BY PEOPLE | MAINTAIN BY PASSION. WE ARE HAIRANGERS!