• UTAMA
  • MENGENAI KAMI
  • HUBUNGI KAMI
  • PENAFIAN
  • ISI KANDUNGAN
Powered by Blogger.

KATEGORI ARTIKEL

  • Berita 120
  • Blogging 2
  • Filem 7
  • Gadjet 5
  • Gaming 6
  • Gossip 163
  • Kisah 84
  • Lawak 81
  • Video 20
  • WTF 18

Hairan Blog merupakan sebuah blog yang menyediakan artikel yang meliputi pelbagai jenis Informasi, Berita Semasa, Gosip Artis Malaysia, Dunia Teknologi, Panduan SEO dan Blogging.

Ditubuhkan pada tahun 2012 dan berharap pembaca masih setia dan sudi membaca blog ini. Segala kudrat dan usaha penulis pasti berbaloi dengan sokongan dari anda. TQ

BLOG LAIN YANG HAIRAN

  • BeautifulNara
  • Aksiz
  • Buasir Otak
  • Zaza Iman
  • HASRULHASSAN.COM
  • Encik Hairan - Benda Boleh Settle!
  • Oh! Media

SILA TEKAN LIKE

  • MENGENAI KAMI
  • HUBUNGI KAMI
  • PENAFIAN
  • ISI KANDUNGAN
Hairan Blog
  • Home-icon
  • UTAMA
  • _BERITA
  • _GOSIP
  • _GAMING
  • _TEKNOLOGI
  • _GAYA HIDUP
  • _VIDEO
  • BERITA
  • ARTIS
  • PANDUAN
  • _PEDOMAN
  • _TRAVEL
  • _BLOGGING
  • _SEO
  • _KEWANGAN
  • WOW!
  • FAKTA
  • KISAH MENARIK

Menu Footer Widget

  • KE BLOG ENCIK HAIRAN
  • KE GOSIP HAIRAN
youtube facebook instagram twitter

Hairan Blog

muat turun pokemon go di android dan apple apps

Fenomena Permainan Aplikasi Pokemon Go yang kini sedang melanda seantero dunia dilihat turut menjadikan Mekah sebagai satu destinasi untuk pemain-pemain permainan berkenaan.

Kami difahamkan melalui Arab News, permainan itu telah menetapkan lokasi pertempuran antara karakter Pokemon GO di Kaabah dan hadiah-hadiah serta mata(points) boleh ditemui di pintu masuk Masjidilharam.

Menurut laman web itu juga, ketika pasukan mereka meninjau kawasan Kaabah, mereka mendapati salah satu kawasan pertarungan dalam permainan Pokemon Go adalah di atas Kaabah.

Selain itu, mereka juga mendapati lima jemaah bermain Pokemon Go di kawasan mataf yang baru dan jumlah pemain semakin meningkat.

Permainan Pokemon Go juga turut mendatang pelbagai pandangan dari pelbagai pihak di Saudi.

Ahli Majlis Ulama Arab Saudi, Sheikh Abdullah Al-Munea berkata, Pokemon Go bahaya kepada keselamatan negara itu kerana ia bertujuan untuk membongkar lokasi rahsia yang dianggap satu penderhakaan di negara itu.

Bagaimanapun, Hakim Mahkamah Rayuan yang juga anggota Majlis Syura, Shikh Issa Al-Ghaith berkata Pokemon Go tidak haram biarpun karakter Pokemon ditemui di atas Kaabah dan pemainnya bermain tanpa bergerak.

“Secara keseluruhan, saya berpendapat tiada yang haram dalam permainan itu,” katanya.

Suhaib Khairallah, seorang pakar teknologi dan ahli rakan kongsi dalam Microsoft Saudia mempertahankan permainan itu dengan berkata, Pokemon Go tidak boleh didapati di Saudi atau negara Arab yang lain. Jadi bagaimana ia boleh target orang Muslim?

Katanya lagi, karakter di dalam permainan itu banyak ditemui di masjid, pasar dan restoran kerana permainan itu menyasarkan tempat yang ramai orang berada menerusi Google Maps.

Sumber - SiakapKeli

tags: pokemon go, aplikasi pokemon go, permainan pokemon go, muat turun pokemon go, kaabah, majlis syura, download pokemon go, pokemon go android, pokemon go apple, hukum bermain pokemon go
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments

Semenjak Pokemon GO dilancarkan, applikasi permainan ini ternyata mempunyai ‘aura’ luar biasa sehingga menjadi ‘kegilaan’ seluruh dunia. (Maaf Malaysia belum boleh lagi bermain)

Buktinya, tidak sampai sebulan dilancarkan, seorang pemain aplikasi permainan Pokemon Go dari Brooklyn, Amerika Syarikat (AS) mendakwa telah berjaya menangkap kesemua watak animasi itu.

Nick Johnson, 28, dilaporkan telah berjaya menangkap kesemua 142 watak animasi yang boleh ditemui di sekitar AS. Menurut laporan Business Insider, pakar IT itu mengambil masa kira-kira dua minggu untuk mencari kesemua raksasa digital itu.

Johson memberitahu, dia pernah berjalan selama 8 jam tanpa henti hanya untuk mencari Pokemon itu. Selain itu, aplikasi kesihatan di telefonnya juga menunjukkan dia berjaya sejauh kira-kira 12 kilometer setiap hari untuk menangkap Pokemon. Beliau juga terkejut kerana kehilangan berat badan sebanyak 4 kilogram semenjak beliau muat turun Pokemon GO.

Sementara itu, Johnson kini bakal memulakan jelajah dunia untuk menangkap banyak lagi watak animasi itu. Apa yang menariknya, kos perjalanannya menangkap Pokemon itu bakal ditaja oleh sebuah agensi pelancongan.

Berdasarkan video game asli Pokemon, jumlah keseluruhan watak animasi tersebut adalah 151.

Bagaimanapun, tiga watak pokemon lain hanya boleh didapati di negara lain iaitu Farfetch’d (Asia), Kangaskhan (Australia) dan Mr. Mime (Eropah).

Manakala enam lagi watak Pokemon Articuno, Ditto, Mew, Mewtwo, Moltres dan Zapdos masih lagi belum dilihat di mana-mana.

tags: pokemon, pokemon go, pokemon go android, pokemon go apple, nick johnson, download pokemon go, install pokemon go, muat turun pokemon go
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Pernah suatu ketika ada satu cerita viral berkenaan seorang suami didera isteri. Cerita berkenaan mendapat perhatian ramai netizen dengan tajuk 'Cinta Lepas Kahwin Tidak Semanis Khabarnya'. Ramai juga yang mengatakan bahawa ini kisah yang direka namun, si suami mempunyai penjelasan tersendiri. Mari kita ikuti kisah beliau.


Aku Fadhil, bekas budak UIA yang pernah menulis tentang kehidupan aku lepas berkahwin. Aku tak sangka kisah tu dapat perhatian ramai. Sungguh aku tak sangka. Dekat 10k jugalah yang like, dan beberapa page-page dah viralkan cerita aku. Aku memula happy juga sebab luahan hati aku ni diambil perhatian. Aku rasa gembira sebab pada awalnya, aku sangka kisah aku tu org x ambil endah je.

Tapi bila aku bukak komen2, rasa gembira aku tu hilang. Banyak komen negatif berbanding positif. Ramai kecam aku sebab aku luahkan benda tu. Dan paling aku sedih, cerita aku tu dah dipadam oleh page ini. Aku tak faham kenapa dipadam, tapi aku rasa kecewa sebab seolah2 org ramai x percaya dengan kisah hidup aku tu.

Bai, apa yang aku ceritakan tentang isteri tu semua betul.SEMUA. Dia tendang aku sebab aku tertidur masa nak pergi kenduri, dia malas mandi sampai pernah tak mandi 4 hari, dia selalu belasah dan cubit aku, dia tak bagi keperluan batin yang secukupnya pada aku, malas masak tu takyah ceritalah, malas kemas rumah, dan kemuncaknya, dia belasah aku kat luar rumah sebab lupa nak bagi duit makan dua tahun lepas.

Sumpah, demi Allah aku tak reka cerita ni. Ini benar2 berlaku, dan aku takde masa nak reka2 cerita buat korang semua terhibur. Tak kuasa teman. Apa yang aku tulis ni semuanya peristiwa yang benar2 berlaku.

Ada yang sangkal cerita aku. Dia kata, macam mana aku boleh ingat semua detail cerita tu walhal benda tu dah lama. Bai, segala detail dan perincian cerita yang aku tulis, aku memang ingatinya sebab ada beberapa detail tu bagi kesan besar kat aku. Cuma aku tak cerita lebih2 sebab apa yg aku tulis hari tu pun dah cukup panjang.

Contohnya, peristiwa dia tak kemas rumah, dan dia goreng telur utk dia je. Kesan besarnya adalah, lepas2 tu, aku sentiasa bagi dia duit makan dan aku dah mula ambil tahu hal ehwal peti ais. Sebelum2 tu, aku tak ambil tahu sangat sebab aku ingat dia boleh uruskan. So, aku ingat detail kisah tu sebab itulah titik tolak aku buat habit baru lepas berkahwin.

Ada juga yang tak bagi kesan besar, tapi aku ingat detail. Cuma aku tak faham kenapa isu ingat detail tak ingat detail ni diperbesarkan. Aku muda lagi kot. Benda yang berlaku tu pun baru jadi dua tiga tahun lepas.

Ada jugak yang cakap, aku ni sengaja tulis sebab nak burukkan perempuan pakai purdah. Inilah masalahnya. Apa yang buat korang semua tak percaya dengan cerita aku ni sebab isteri aku ni pakai purdah. Aku takkan burukkan orang pakai purdah sebab aku sendiri hormat orang pakai purdah. Sebab tu lah aku tak berani nak mintak dia bukak purdah depan aku sebelum kahwin. Aku rasa orang purdah ni special snowflakes yang tak boleh saja2 nak diusik.

Walaupun aku dah lalui kehidupan dengan isteri aku ni, aku tetap hormat golongan berpurdah. Aku tetap berpegang bahawa perbuatan isteri aku takde kena-mengena lah dengan purdah. Tujuan aku cerita dia ni pakai purdah adalah sebab dia pakai purdah la. Buat apa aku nak cerita dia pakai purdah kalau dia pakai purdah. Kalau dia pakai tudung saji kat kepala, aku cerita la yg isteri aku ni jenis pakai tudung saji kat kepala.

Ada orang marah aku sebab tak tengok muka dia sebelum kahwin. Aku akui, family aku ni bukan jenis family ada background agama. Akulah satu2nya adik beradik yang kahwin dengan orang ada background agama ni. Abang kakak aku kahwin dengan orang2 biasa je. Mungkin mama dan ayah nak tengok ada menantu dia yg boleh bawa agama dalam family, sebab tu mama pilih isteri aku ni. Ibu mentua aku dulu sama universiti dgn mama aku sebab tu kenal.

Jadi, disebabkan kurangnya ilmu agama, kami tak tahu pun boleh bukak purdah utk sesi perkenalan. Walid dan ummi (mentua aku) dulu pun tak pernah pula dia cakap pasal isu buka tunjuk muka ni. Aku rasa mama aku takut nak minta isteri aku ni buka purdah depan aku sebab takut benda tu sensitif bagi keluarga dia. Mama aku ni jenis macam aku jugaklah, jenis yang patuh dan takut2. Ayah tak ambik port sangat.

Bila fikir balik, kalau dia bukak purdah sebelum kahwin dan tunjuk pada aku pun, aku takdelah nak menolak sangat. Aku tak kisah sangat dengan rupa paras dia. Cuma waktu malam pertama tu, aku terkejut sebab tak macam expectation aku. Aku selalu dengar dan baca kisah kahwin2 dengan perempuan purdah, dan tengok2 diorang ni lawa gila. Lebih terinspirasi bila aku tengok cerita Ayat-Ayat Cinta. Kakakaka. Aku dah terbayang isteri aku ni mesti macam Aisha. Tapi bagi aku, isteri aku sekarang ni lagi lawa berbanding Aisha walaupun mula2 tengok, aku tak rasa macam tu.

Ada orang cakap aku bacul sebab tak melawan. Ya, inilah sebab aku tak cerita kat sesiapa. Dengan mama, ayah, kawan2, semua aku tak cerita tentang keganasan isteri aku ni sebab aku takut orang ejek aku penakut. Ya, memang aku penakut. Tapi, bukan sekadar aku takut, kalau korang jumpa isteri aku, korang akan faham kenapa aku takut. Masa kahwin, badan dia sedang2. Tak sampai lima enam bulan, badan dia mula naik, dan terus naik. Jadi dia agak gempal dan nampak dia macam kakak-kakak je dengan aku.

Lagi2, kalau dia mengamuk, dia jenis mengamuk mcm kena rasuk. Aku ada beberapa kali melawan balik, tapi tak lut. Dia lagi ganas daripada aku dan dia buat aku takutkan dia. Korang fikir lelaki ni lagi kuat daripada perempuan, tapi sebenarnya utk kes aku ni, aku akui yang aku lemah. Aku tak macam suami lain yg boleh balas balik perbuatan isteri dia.

Ada orang cakap yang cerita aku ni macam tak logik sebab takkanlah akan ada peristiwa macam ni berlaku. Yang ini aku tak faham, apa korang ingat takde perempuan kaki pukul ke? Takde isteri berani lawan suami ke? Korang ingat perkahwinan ni seindah yang disiarkan dalam TV tu ke?

Kes pukul suami ni banyak berlaku kat dunia ni tau. Tapi tu la, benda ni orang ambik endah tak endah semua perempuan pukul lelaki. Kalau suami pukul isteri, dikatakan keganasan rumah tangga. Kalau isteri pukul suami, dikatakan cerita jenaka.

Sebab dalam kepala otak masyarakat kita fikir, hanya perempuan saje jadi mangsa keganasan. Semua orang ingat lelaki ni kuat. Dah tu suami macam aku ni macam mana? Siapa nak tolong dan siapa nak backup aku?

Aku sedih dengan komen2 tentang diri aku.

Aku tak tokok tambah pun cerita tentang perkahwinan aku ni. Malah, aku buang sikit cerita supaya xnampak sangat jahatnya isteri aku ni. Kalau siapa yang dah kahwin,nanti dah kahwin nanti kau akan faham perasaan suami terhadap isteri dia.

Walaupun dia benci, tapi dlm hati tetap sayang. Dalam kes aku ni, dia buat mcm mana pun kat aku, aku ada rasa sayang kat dia.

Aku nak tulis sambungan kisah yang terjadi lepas aku kena belasah dengan isteri aku kat luar rumah dan kena tumbuk dengan jiran kami sampai orang2 surau tuduh aku pulak yang belasah isteri aku.

Tapi sebab aku tengok banyak komen negatif terhadap cerita aku, aku rasa cukuplah sampai di sini. Aku memang dah cadang dah nak sambung part II sebab nak habiskan kisah hidup aku bersama dia.

Tapi sebab banyak sangat respon negatif, dicampur lagi dengan cerita aku sebelum ni dah dipadam, aku rasa eloklah aku tak sambung lagi. Post ini hanya nak clarify sahaja komen2 yang orang bagi sebelum ni.

Apapun, cukuplah korang tahu bahawa kami masih suami isteri sehingga kini. Kenapa, bagaimana, dan apa terjadi, cukuplah biar aku dan isteri aku sahaja yang tahu. Aku ada sikit tawar hati dengan masyarakat yang tak habis2 respon negatif pada kisah hidup aku.

Terima kasih atas kesudian utk like dan share cerita aku. Terima kasih juga kerana sudi bagi pendapat. Dan minta maaf kalau aku menyinggung perasaan orang lain. Wasalam.– Fadhil

tags: kisah, cinta, kisah cinta, cinta lepas kahwin, semanis khabarnya, cinta lepas kahwin tidak semanis khabarnya, isteri pukul suami
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments

Kami terkejut apabila mengetahui bahawa isteri kedua pelakon Adi Putra, Nor Shahida Zolkifly, adalah antara yang ditahan polis berhubung siasatan sindiket penyeludupan warga asing di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Sumber berkata, Nor Shahida ditahan di pejabatnya di Putrajaya pada Selasa lalu dalam operasi khas polis jam 4.30 petang. Wanita itu sebelum ini pernah bertugas sebagai Penyelia Gred 27 di Kaunter Imigresen KLIA sebelum dipindahkan ke Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Putrajaya, susulan kenaikan gred kepada 32. Selain wanita terbabit, dua kakitangan Imigresen yang pernah bertugas bersamanya di KLIA, turut ditahan bagi membantu siasatan kes sama.

Sementara itu, Adi Putra atau nama sebenarnya Adi atau Mohamed Hadi Putera Halim, 35, ketika dihubungi untuk mengulas perkembangan terkini membabitkan isterinya itu, berkata beliau menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat.

"Saya tidak begitu pasti (butiran siasatan) tetapi biarkan pihak berkuasa menjalankan dulu kerja mereka. Apapun, saya akan maklumkan kemudian," katanya ketika dihubungi menerusi mesej WhatsApp, semalam. Adi bernikah dengan Nor Shahida, 33, pada 20 Jun lalu. BH semalam melaporkan polis membanteras sindiket penyeludupan warga asing, majoritinya dari Bangladesh, berikutan penahanan lebih 15 penjawat awam, sebahagian besarnya Imigresen, dalam beberapa siri tangkapan sejak bulan lalu.

Sementara itu, BERNAMA melaporkan, isteri seorang pelakon terkenal adalah antara 28 pegawai dan anggota Jabatan Imigresen yang ditahan polis dalam operasi khas Selasa lalu di Putrajaya kerana dipercayai terbabit dengan sindiket penyeludupan manusia. Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim, berkata semua mereka, termasuk wanita berusia 33 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan. "Mereka disyaki terbabit dalam pemalsuan dokumen dan memberi laluan segera kepada warga asing yang memasuki negara ini tanpa melalui prosedur yang sah," katanya ketika dihubungi agensi berita itu.

Noor Rashid berkata, polis tidak menolak kemungkinan ada pegawai kanan Imigresen yang terbabit dalam kes itu. Beliau berkata, siasatan lanjut dilakukan untuk mengenal pasti individu lain yang mungkin terbabit. Semua suspek ditahan di bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959.

tags: adi putra, adi putra kahwin dua, isteri adi putra, isteri kedua adi putra, nor shahida zolkifly
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments

Kami difahamkan bahawa Ruhainies, kini ditemani 'pengawal peribadi', iaitu ibunya sendiri, setiap kali menghadiri urusan berkaitan kerjaya seni. Beliau yang terpalit dengan kontroversi selepas video dan gambarnya keluar bersama suami kepada penyanyi, Adira, Datuk Seri Adnan Abu, tersebar baru-baru ini berkata, tindakan itu bertujuan mengelak daripada berulangnya insiden sama.

"Saya bertuah kerana ibu yang mahu menemani saya dan menjadi teman paling rapat. Ibu juga banyak memberikan sokongan dan nasihat kepada saya. "Seperti insiden yang berlaku baru-baru ini, ibu banyak nasihatkan saya supaya bertenang berdepan dengan dugaan," katanya kepada BH Online ketika menghadiri Majlis Aidilfitri Warga Kerja NSTP, di sini, hari ini.

Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, yang terkenal menerusi drama bersiri Hello Mr Perfect itu percaya akan lebih selamat apabila wanita terbabit sentiasa berada di sisi.

"Ketika kejadian lalu itu pun saya tidak berseorangan, malah ditemani adik dan beberapa teman. Jadi, untuk beberapa tempoh waktu ini saya lebih selesa dan yakin apabila ibu berada di sisi. "Mengenai apa yang berlaku, saya yakin semua pihak sudah maklum dan saya juga sudah berikan kenyataan," katanya. Ibu Ruhainies,

Che Bunga Salleh, berkata sebagai ibu beliau sentiasa mendoakan yang terbaik buat anaknya. "Saya selalu berpesan supaya mereka menjaga tingkah laku dan tutur kata. Seperti apa yang menimpa Ruhanies, saya ingatkan dia berhati-hati apabila berkata-kata. "Saya sedih apabila tengok Ruhainies berkurung dalam bilik tempoh hari. Syukurlah dia seorang yang kuat dan tenang berdepan semua ini," katanya. Beliau sanggup menemani Ruhainies demi kebaikan anaknya itu.

Walau apapun terjadi, bersabar dan berhati - hatilah Ruhainies agar tidak terpalit dengan kontroversi yang kurang menyenangkan. Jom lihat sepintas lalu gambar terkini Ruhainies.




tags: gambar Ruhainies, gambar terkini Ruhainies, Ruhainies, gambar Ruhainies bertudung, gambar Ruhainies berhijab 
Share
Tweet
Pin
Share
1 Comments
Hahahahaha!


Kalau anda seorang peminat dan juga suka bermain permainan Pokemon GO, jangan lepaskan peluang untuk menonton dokumentari khas dari PewDiePie, nombor satu YouTube star!


tags: pewdiepie, pokemon go, video lawak, youtube star
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Comelnyaaaaa


Siapa tidak kenal Aaisyah Dhia Rana yang comel ini? Walaupun baru berusia 2 tahun, anak kepada pasangan popular Zain Saidin dan Rozita Che Wan kerap kali ditawarkan menjadi duta produk bayi dan kanak - kanak Mini Me. Jom kita lihat koleksi foto - foto terkini Aaisyah Dhia Rana yang terkini.















tags: aasyiah dhia rana, anak che ta, Foto Aasyiah Dhia Rana, gambar terkini Aasyiah Dhia Rana, Gossip, Instagram Che Ta, Rozita Che Wan, Zain Saidin
Share
Tweet
Pin
Share
1 Comments
Tragis dan Dasyat!


Menurut portal berita tempatan, Seorang lelaki berumur lingkungan 40 an yang memandu sebuah kereta Honda Accord maut selepas kereta yang dinaikinya telah dihujani tembakan di jalan Genting Klang berhadapan dengan Festival City.

Kejadian yang dikatakan berlaku kira-kira jam 3 petang itu, dua lelaki yang tidak dikenali telah menghampiri kereta mangsa sebelum melepaskan tembakan bertalu-talu dipercayai sekurang-kurangnya 10 das tembakan.

Hairan Metro juga melaporkan bahawa Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi Mohd Isa berkata empat suspek datang menghampiri kereta mangsa menggunakan motosikal.

"Keempat-empat suspek menghampiri kereta mangsa sebelum pembonceng kedua-dua motosikal turun dan melepaskan beberapa das tembakan pada tingkap di bahagian kanan dan kiri kereta.

"Polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung motif kejadian. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.






HairanBlog - Wow! Syukur Malaysia masih aman!

Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Newer Posts
Older Posts

CARI ARTIKEL HAIRAN

TAWARAN MENARIK

LIKE FACEBOOK KAMI

CERITA HAIRAN MINGGU INI

  • Zahra Puteri Ais Berhijab
  • WTF KOT - Kek Bentuk Manusia Versi Drama Siri Dexter (9 Gambar)
  • TERKEJUT KOT - Haiwan Apakah Yang Mempunyai Tengkorak Sebegini? (4 Gambar)
  • Empat mangsa terperangkap dalam gua telah diselamatkan
  • Pinjaman Peribadi di Malaysia Yang Perlu Anda Tahu

ARKIB HAIRAN

  • ►  2023 (1)
    • ►  November 2023 (1)
  • ►  2021 (2)
    • ►  April 2021 (2)
  • ►  2019 (12)
    • ►  December 2019 (3)
    • ►  November 2019 (1)
    • ►  August 2019 (1)
    • ►  July 2019 (2)
    • ►  May 2019 (4)
    • ►  March 2019 (1)
  • ►  2018 (44)
    • ►  November 2018 (14)
    • ►  October 2018 (1)
    • ►  July 2018 (9)
    • ►  April 2018 (2)
    • ►  March 2018 (11)
    • ►  February 2018 (2)
    • ►  January 2018 (5)
  • ►  2017 (58)
    • ►  November 2017 (3)
    • ►  October 2017 (5)
    • ►  September 2017 (2)
    • ►  August 2017 (1)
    • ►  February 2017 (38)
    • ►  January 2017 (9)
  • ▼  2016 (101)
    • ►  December 2016 (2)
    • ►  November 2016 (3)
    • ►  October 2016 (12)
    • ►  September 2016 (14)
    • ►  August 2016 (50)
    • ▼  July 2016 (8)
      • Watak Pokemon GO Dijumpai Di Atas Kaabah Undang Pe...
      • Lelaki Ini Berjaya Tangkap Semua Watak Dalam Pokem...
      • Isteri Sering Pukul dan Terajang Aku, Kisah Cinta ...
      • Isteri Kedua Adi Putra Ditahan Kerana Kes Seludup ...
      • Ruhainies Kini Ditemani Pengawal Peribadi Elak Kon...
      • (VIDEO) Apabila PewDiePie Buat Video Dokumentari M...
      • Koleksi Foto Aaisyah Dhia Rana Yang Comel (16 Gambar)
      • Mangsa Maut Dihujani 10 Das Tembakan di Setapak Pe...
    • ►  June 2016 (2)
    • ►  April 2016 (2)
    • ►  February 2016 (8)
  • ►  2015 (45)
    • ►  December 2015 (1)
    • ►  October 2015 (2)
    • ►  September 2015 (15)
    • ►  July 2015 (3)
    • ►  April 2015 (3)
    • ►  March 2015 (17)
    • ►  January 2015 (4)
  • ►  2014 (80)
    • ►  November 2014 (2)
    • ►  October 2014 (15)
    • ►  September 2014 (36)
    • ►  July 2014 (1)
    • ►  May 2014 (1)
    • ►  January 2014 (25)
  • ►  2013 (351)
    • ►  December 2013 (34)
    • ►  November 2013 (1)
    • ►  September 2013 (31)
    • ►  August 2013 (47)
    • ►  July 2013 (130)
    • ►  June 2013 (108)

PAUTAN LINK BERKAITAN

CREATE BY PEOPLE | MAINTAIN BY PASSION. WE ARE HAIRANGERS!